Saturday 14 June 2014

Backpacking Trip to Krabi, Thailand





Trip krabi ni kitorang decide last minute bile hotel kat Perhentian semua dah full and kalau ada pun mahal kemain package dia. Since rasa tak berbaloi, kitorang decide nak buat backpacking ke Krabi jer. Trip 3 hari 2 mlm dengan cost Rm554.90. Breakdown budget will be listed later. So stick on okeyh :))

Trip ni gunakan bas jer.. cari punya cari tiket flight harga murah nan hado. Nak naik kereta pun tak boleh sebab kenderaan tak mencukupi.. so kitorang decide naik bas jer. Bas yang kitorang pilih dari KL - Hadyai ialah Alisan. Diatas permintaan Ijwang nak ada bas ada wifi and plug la bagai. Price varies, korang boleh cek sendiri. Yang kitorang pilih rm57.00 sehala.

22/5/2014 (Khamis)

Bas bertolak pukul 1130 mlm walaupun dalam tiket patut bertolak pukul 12 mlm.. mgkn tak ramai sgt kot yang masuk Thailand sebab time kitroang pergi ni ada lah time Thailand tengah bergolak + ada curfew lagi kat sana. Ni pesen degil nak redah jgk la ni.. 

23/5/2014 (Jumaat)

Selepas beberapa jam perjalanan, pukul 5 mcm tu tak silap aku kitorang dah sampai Changlun. Owh yer.. dinasihatkan sebelum korang naik bas makan la dulu atau pun bawak la makanan sebab dia non-stop travel. korang boleh makan just bila dah sampai Changlun. Kat sini driver bas akan mintak passport korang untuk dia buatkan white slip utk msk ke Thailand. Sementara tunggu settle korang boleh pergi makan dlu. And dinasihati jgk la tukar duit awal2 dekat Malaysia, even kat Changlun ni pun tukar dah mahal. Tapi ok lagi la daripada tukar dalam Thailand.

Settle urusan white slip tuk perjalanan diteruskan sampai ke border Malaysia - Thailand.


Ramai jugak yang beraturkan. Driver bas kitorang nasihatkan jangan pergi dekat auto gate. Siap cakap orang bodoh je yang pergi dekat auto gate. Oleh kerana tak nak dilevelkan sedemikian kitorang pun tak pergi kekeke.. Alasannya system dekat auto gate tu rosak. So korang akan stranded kat situ and orang yang beratur lagi laju dari korang. 

Settle sudah urusan di Imegresen.. Thailand here we come :)))))

Perjalanan dari sempadan ke Hadyai mengambil masa 2 jam, sampai kat Hadyai tengok jam dah pukul 8. 
Kitorang beli tiket balik ke Kl siap-siap. Paling lewat yang ada pukul 7 mlm. Kitorang decide jugak amek van untuk transfer ke Aonang. Harga tiket bas and harga van ialah 500bath dan 350bath. Kitorang tak decide nak amek van pergi balik sebab decide cari kat sana jer nanti. Sementara tggu van datang pukul 9 pagi, kitorang pergi makan dulu dekat kedai makan muslim yang terletak betul2 depan office Alisan Golden ni.



Ini yang aku order. Roti canai and milo ais. Serius korang kena try. Roti canai dia sedap and kuah dia buat aku berfikir rasa dia. Kurma kah? kari campur kurma kah? tapi sedap..

Pukul 9 pagi van kitorang sampai..

Beginilah rupa van tersebut
Perjalanan dari Hadyai ke Aonang mengambil masa lagi 4 jam. Bayangkan bontot korang, sure berkematu asyik duduk jer dari Kl sampai Krabi.. kakakaka.. Perjalanan van ni 2 jam - 2 jam.. maksudnya, bila dia berhenti kat perhentian diaorg, kita dah half perjalanan ke Krabi. Kat perhentian ni korang boleh makan, pergi toilet dan sembahyang. Perjalanan diteruskan selepas 10 minit berehat.

Sampai dekat Krabi Town, driver van ni berhentikan dekan agent diaorang dulu, konon-konon nak offer package diaorang. kitorang tanye harga ferry ke Phi-phi Island sebab esoknya kitorang akan tidur kat sana pulak. Mahal!! 500 bath Krabi-Phi-phi and 450 bath Phi-phi-Krabi. Dahlah garang marah-marah orang. Main paksa-paksa lak tu. Since mahal kitorang decide cari kat Aonang jer. Dengan yakinnya kitorang rasa kat sana lagi murah.

Perjalanan diteruskan ke Aonang. Untuk hotel, aku dah booking siap-siap kat Agoda.com. Aku tak ingat price semlm berapa dekat hotel yang aku stay ni. Irest nama diberi. Sangat puas hati dengan bilik sebab yang aku booking adalah dorm. Aku expect ada 6 katil dalam satu dorm. Btw, Irest ni sediakan dorm utk wanita sahaja. One of the reason kenapa kitorang pilih. Bila sampai, to our surprise, dapat bilik 2 katil sebilik. Interior and exterior hotel ni mmg superb. Since aku puas hati dengan bilik ni so aku akan promote kaw-kaw.. kekeke..





Yang aku kagum ada hair dryer ahaha. And all this u pay for around Rm37 ++ kalau aku tak silap. Puas hatikan? bilik AC mmg sejuk, plus kitorang dapat breakfast esok paginya. Selesai bersihkan diri kitorang terus keluar utk cari tiket ferry ke Phi-phi esok. Van transport dari Krabi - Hadyai dah settle sebab pakcik driver yang antar kitorang tu offer 250 bath. Tapi masalahnya disini dia akan ambil pukul 11 pagi di terminal ferry Krabi. Dan van dari Krabi- Hadyai rata-rata yang kitorang tanya hanya ada pagi pukul 8 dan 11 ke Hadyai. Jadi, untuk mengejar masa so that kitorang boleh sampai dari Phi-phi ke Krabi sebelum pukul 11, kitorang kena cari tiket ferry pukul 9 sebab perjalanan Phi-phi mengambil masa selama 2 jam. Cari punya cari dekat Aonang, kitorang dapat tiket ferry harga 280 bath Krabi- Phi-phi plus sekali van akan ambil untuk transfer ke Krabi town Ferry Terminal. Nampak beza dia 500 bath dengan 280 bath? banyak beza dia kat situ kan. Tiket Phi-phi - Krabi kitorang decide cari kat Phi-phi sebab yang ada kat Aonang semua bertolak pukul 10.30 pagi. Settle tiket, misi berjalan bermula. First thing yang kitorang buat and korang harus buat, try pancake diaorang!!!




Pancake banana + nutella
Ramai cakap pancake banana + nutella sedap.. memang sedap tapi cepat muak. Aku paling suka pancake banana + cheese. Sedap!! bayangkan, dalam dia letak banana + cheese lepas atas dia lelehkan susu pekat. giler meleleh air liur ingat balik.. T T.. dapat pancake buat alas perut jer, lepas tu kitorang berjalan ke arah starbuck coffee sebab nak cari makan. Kitorang makan kat kedai Bersenang nama diberi. Kedai makanan halal yang kitorang jumpa setakat merayau kat Aonang tu.




Petang tu kitorang jalan-jalan jer sekitar Aonang and pergi ke Aonang beach yang terletak mmg tak jauh dari hotel kitorang. dalam 5 minit berjalan jer. 




Aonang Beach
Dah penat menyusur kedai kat Aonang, kitorang decide nak g street market dekat Krabi Town. Naik tuk-tuk 120 bath pergi balik. Pasar malam dia biasa-biasa jer, banyak jual makanan and souvenir. Kitorang beli baju krabi dekat sini yang kitorang akan pakai beramai-ramai masa balik nanti. Baju kat sini murah-murah. Baju yang kitorang beli 100 bath jer. Balik dari pasar malam kitorang jalan lagi kat Aonang untuk cari souvenir lagi sebab takut dekat phi-phi mahal. Settle semua kitorang balik ke hotel untuk packing barang and rehat. Esok will be another day yang panjang. 


24/5/2014 (Sabtu)

Pagi-pagi kitorang breakfast dulu sementara tunggu van datang amek pukul 8pagi untuk transfer ke Phi-phi Island. Tepat pukul 8, van sampai and kitorang pun gerak ke Ferry Terminal kat Krabi. Kebetulan masa kat entrance, aku ternampak schedule ferry and company mana yang provide such transportation on specified time. Thanks god ada pukul 9.00 pagi. So kitorang terus beli jer dekat kaunter.




Mcm aku cakap sebelum ni, perjalanan dari Krabi - Phi-phi mengambil masa 2 jam. Upon arrival, korang akan nampak view-view mcm kat bawah ni.







Sampai dekat jeti korang kena bayar 20 bath untuk fee ape ntah. lupe dah. Hotel yang kitorang pilih utk stay kat Phi-phi Island ialah Ibiza. Masa sampai dekat jeti, ada wakil dari hotel yang jemput kitorang. Pada awalnya kagum sebab ada orang jemput, tapi dalam perjalanan ke hotel baru paham kenapa. Kalau harap kitorang cari sendiri sampai esok belum tentu sampai. Environment dekat phi-phi lebih happening. Lebih terasa seperti tourist sebab kedai souvenir, massage, diving center and bar di kiri kanan jalan. Bagi aku, kalau pergi Thailand, kena stay dekat Phi-phi Island walaupun semalam. Tapi bagi kitorang semlm tak cukup. Next round kalau nak dtg lagi, mmg akan stay kat sini je. 





Hotel kami. Since bertambah seorang ahli, kitoang mintak extra bed dengan harga 400 bath. Sebelum ni aku ada mintak extra bed masa booking dengan Agoda, just Rm30 ++ jer. Lokasi hotel mmg superb, aku rasa tak sampai 5 minit pun jalan ke pantai. 1 minit mungkin??




Settle check in kat hotel dah pukul 12 tgah hari. Kitorang cari package snorkeling yang half day punya. Dapat dengan harga 290 bath long boat untuk kitorang jer tapi makan tak disediakan. lunch, kitorang makan dlu kat kedai sebelah tempat kitorang dptkan package snorkeling. 









Yang aku kagum snorkeling kat sini, air dia mmg crytal clear. Tapi dari segi batu karang semua tu, bukan tak cantik, tapi kebanyakannya dah mati. Package snorkeling yang kitorang amek sampai tengok sunset. Tapi kitorang settle buat semua lokasi lebih awal so nak tunggu sunset tu macam lama sangat. Jadinya kitorang decide nak stop and proceed dengan pergi ke view point. sempat atau tak nak kejar sunset dekat view point sebab time tu dah pukul 5.30 ptg. Tp alhamdulillah sempat jugak sampai ke view point sebelum sunset. Kalau pergi view point No. 3, kena bayar entrance fee 20 bath. View point ada No 2 dan No 1 jugak. yang No 1 tak yah bayar tapi kena jalan jauh sikit lagi aroung 10 minit mungkin.

Stairs to view point
View dari view point. hotel kitorang dekat tengah-tengah antara 2 laut tu :)
Sunset

Rasanya untukkan dptkan gambar yang cantik dari view point ni kena datang tengah hari. Sebab time kitorang datang ni dah nak gelap. kebiruan and hijauan air laut dia tak berapa nak menyerlah. Habis tengok sunset kitorang balik ke hotel. Mandi and solat sebelum keluar cari diner and thai massage. Jenuh jugak cari tempat nak dinner sebab dah nak dekat pukul 10 mlm. pukul 10 mlm curfew akan start and kebanyakan kedai akan tutup. Nasib kitorang sempat masuk Papaya Restaurant. Makanan kat sini memang sedap!! pancake kat sini aku rasa paling sendap ok. Kalau pergi sini cuba korang try. Settle makan kitorang cari thai massage. Walaupun masa dah lepas pukul 10 mlm, masih ada kedai yang bukak especially pub and bar. Tempat massage pun masih bukak. Kitorang buat Thai massage dengan harga 200 bath di KKK massage. Settle massage semua balik utk rehat and ready utk balik ke KL esok.

25/5/2014 (Ahad)

Nothing much utk balik sbb perjalanan dia sama jer mcm datang hari tu. Since ferry pukul 9 pagi, pukul 7 lebih kitorang keluar. Dengan perut lapar jenuh jgk la nak cari kedai makan sbb tak da pun yang bkk lagi. Last-last beli pancake jer. Aku beli sampai 2 tau. lapar kemain..







Trip Krabi - Hadyai mcm biasa mengambil masa 4 jam. Masa singgah kat R n R aku beli puding kelapa. seyes sedap sampai aku tapau 4. Tamak punya pasal last-last lupe nak makan -_-".. Sampai kat Hadyai masa tu pukul 3 ptg, dengan waktu terluang kitorang amek tuk-tuk pergi ke floating market dengan harga 60 bath seorang. Perjalanan mengambil masa sengah jam mungkin. 








Rasanya ni bukan floating market yang besar tu. Tapi jadi la kan. mcm 99% yang jual kat sini adalah makanan dan halal. Kitorang beli mcm-mcm untuk try. Ada yang boleh diterima oleh tekak and ada jgk yang tak boleh. Otak-otak di pedas kemain. Kebanyakan makanan kat sini harga dia range 20 bath - 30 bath. Depend la korang beli apa. Settle mengabiskan masa kat sini kitorang balik balik ke Alisan Golden. Tempat mandi n tandas disediakan. So sape yang rajin nak mandi tu boleh pergi mandi dulu. Tamat sudah trip kami ke Thailand. Owh lupa, untuk trip ni tak ambil pun 4 island sebab tau tak sempat. Heee.. maybe next time.. InsyaAllah datang lagi..

Breakdown budget adalah seperti dibawah:

Tiket Bas Kl-Krabi = Rm57.00
Bilik 2 mlm (Aonang/Phi-phi) = Rm80.00

23/5/2014

Tiket bas Hadyai - KL = Rm50.00
Van Hadyai - Aonang = Rm35.00
Roti canai + milo ais = Rm3.00
Pancake = Rm4.00
Ferry Krabi - Phi-phi = Rm28.00
Sandal = Rm15.00
Souvenir = Rm40.00
Tut-tuk Street Market = Rm12.00 (Return)
Dinner = Rm17.00

24/5/2014

Ferry Phi-phi - Krabi = Rm30.00
Tax enter Phi-phi = Rm2.00
Extra bed = Rm6.00 (shared)
Snorkeling = Rm29.00
Mango fruit shake = Rm5.00
Lunch = Rm23
Dinner = Rm28.00
Thai massage = Rm20.00
View point = Rm2.00
Mineral water = Rm2.00

25/5/2014

Pancake = Rm10.00 (2 pancake)
Fanta = Rm2.00
Lunch = Rm4.00
Air mineral = Rm2.4
Van Krabi - Hadyai = Rm25.00
Hot dog = Rm4.5
Tuk-tuk floating market = Rm6.00
Makan kat floating market = Rm13.00

GRAND TOTAL = RM554.90




"One destination is never a place, but a new way of seeing things" - Henry Miller 
Continue Reading...

Followers

Busuk!