Thursday 22 December 2016

Kelas belajar menjahit

Assalamualaikum..

Sekian lama aku tak menulis diblog, tetiba menulis balikkan.. dah 6 bulan tinggal.. alasan? busy dengan kahwin, then preggy then gugur and now? kehh.. takda kerja la jawab dia.. kekeke.. banyak benda aku nak update sebenarnya tapi tak berkesempatan.. lately banyak baca blog sebab aku tengah buat research backpacking ke Beijing and tengah rajin juga baca blog jahit menjahit jadinya tetiba aku rasa rindu nak berblogging.. gittewwwww

Jadi untuk permulaan setelah sekian lama, aku nak cerita mengenai benda yang aku dah buat dalam masa 3 minggu ni.. ---> pergi kelas menjahit!! tadaaaaaa.. gigihkan,.. actually aku dah lama sangat nak belajar menjahit tapi dok tangguh je.. masa tengah preggy hari tu mengidam sangat nak g kelas menjahit, so aku pun daftar la dan bayar depo.. lepas tu kan lepas tu kan.. mak tak bagiii.. uwaaaaa.. biasalah pantang orang tua -.-.. aku siap message kak tie lagi tanya boleh ke menjahit masa preggy, kak tie kata boleh je.. dia anak 6, 6-6 dia menjahit masa preggy.. tak puas hati aku tanya mak ngah ngan tailor aku, diaorang pun kata takda menda.. seeeeee.... tapi since dah dimomok2kan dengan pantang-pantang ni, aku pun jadi takut la.. so takpe la tangguhkan dulu.. but then, ditakdirkan Allah swt aku gugur bulan lepas.. jadinya, elok jer lepas pantang dalam 3 minggu dan aku rasa dah boleh jalan laju-laju, aku pun pergila belajar menjahit. Tapi, aku nak cerita kelas menjahit aku ni ada 2 fasa tau.. siap berfasa-fasa bagaikan.. takpa, kalau korang tengah mencari kelas menjahit untuk belajar menjahit, boleh la layankan je aku ni sampai sudah sebab aku nak ceritakan pengalaman belajar menjahit di 2 buah tempat yang berbeza. Sambil-sambil aku selit la sikit tips-tipsnya.. acewahhh.. macam good good jer kannn...

Ok meh nak cerita.. 2 minggu lepas aku pergi belajar menjahit kat kelas menjahit S*** (KMS) tak leh sebut nama sebenar hohoho.. Lokasi Cheras, kira setengah jam masa perjalanan dari Selayang. Bila aku fikir sekarang, gigih nau aku ni drive jejauhkan.. tapi difikirkan niat hati nak belajar dan keinginan membuak-buak, aku redah je.. Alhamdulillah sekarang time cuti sekolah, so jalan tak lah jam sangat. Aku dapat info mengenai KMS ni dari google jer and baca blog-blog orang yang pernah pergi.. So aku pun pergi la.. dah tau boleh beli alat jahitan kat sana, so aku ni yang tak tau sangat pasal alat-alat jahitan ni, aku rasa it's ok la boleh beli kat sana.. Total Rm65 dapat la pembaris L, french curve, gunting kain, kapur etc.. adalah 4-5 barang lagi.. Ok ni aku nak bagi tips kat korang yang beginner baru nak pergi belajar tu.. kalau nak beli alat jahitan sendiri, for now yang wajib ada adalah:

1) Gunting kain
2) Gunting kertas
3) Kapur untuk melukis atas kain
4) Cutter
5) Penetas
6) Tali tape

untung nasib korang dapat kelas menjahit yang dah sediakan semua alat basic ni.. tapi aku rasa elok beli la sebab kalau lepas ni korang nak buat baju sendiri barangnya dah adakan.. Barang-barang atas tu boleh cari sendiri kat kedai jual alat jahitan. much more cheaper dari beli kat kelas if kelas tu ada offer jual alat jahitan instead of sediakan untuk student beliau. Lagi benda wajib kena ada adalah kertas minyak untuk lukis pola. This one suppose kelas sediakan.. ye la, ko bayar yuran sampai Rm300 takkan semua kau kena bawak sendirikan -.- .. ok dah bocor rahsia yuran Rm300.. kehh.. yess bayaran untuk kelas ni Rm300 untuk 1 pattern untuk 3 hari.. tanya aku berbaloi ke tak? at first aku ingat berbaloi sebab ye la takda basic kan.. tapi segalanya berubah lepas aku pergi lagi satu kelas menjahit next weeknya.. jeng jeng jeng.. ni aku cerita belajar menjahit fasa kedua kakaka.. erkk.. lupa lak aku.. bawak la kain siap-siap.. kalau kena beli kain kat tempat kejadian, tak tau la aku diaorang charge berapa RM untuk kain yang ko leh dapat Rm2.80 je kat Nagoya.. Paham ke tidak?? 

Overall kelas ni? kalau aku pergi kelas dia je and tak try kelas orang lain? aku akan cakap, " Oklahhh" .. sebabnya aku ni takdalah kuat nak komplen sangat and mostly tak berapa kisah sangat hal yang remeh temeh ni.. contohnya kelas panas takda acconditioner atau melayu nya penghawa dingin, air tumpah kat lantai dari tengah hari sampai ke petang takda orang tolong lapkan, kena beli sendiri kertas minyak.. alaaaaaaaa benda kecik-kecik je... tapiii part yang aku tak boleh tahan tu kelas panas -.-.. aku ni bukanlah jenis yang kena 24 jam ada acon.. in fact, aku ni bukan tahan sejuk sangat pun.. tapi kelas panas ni aku tak berapa nak tahan.. sebabbbbb.. it will affect you mentally and physically. Seriously, percayalah cakap aku.. Jadi kalau korang nak pergi belajar menjahit tu, kalau rajin pergi la lawat kelas korang nak pergi tu.. tengok environment dia selesa ke tak, facilities dia ok ke tak.. bukanlah nak mintak bukan-bukan pun.. takdalah mintak acon seunit atas kepala.. overrrrrr... tapi cukuplah korang rasa environment dia selesa untuk korang belajar. Bagi orang yang baru nak belajar ni, nak-nak yang tak pernah pegang gunting jahit, nikan pulak mesin jahit.. everything will takes time.. belum salah jahit nak kena bukak balik, nak paham apa cikgu ajar lagi.. so kalau panas-panas, hati pun panas, dan bila kita ni dah panas, it will takes a lot of energy from us.. sebab tu penat kan.. dan lagi... kemonnn.. korang bayar range Rm200-300 kot untuk belajar, bukannya mintak ajar free so korang deserve better selain ilmu tu..

Ok next fasa pula.. after done kelas dengan KMS tu, aku pergi kelas menjahit kak tie pula.. originally aku daftar kelas menjahit dengan kak tie.. tapi tak sabar punya pasal, aku pergi belajar kat KMS tu dulu then next weeknya baru dengan kak tie.. Kelas kak tie agak jauh dari selayang.. kat Seri Kembangan nun.. jauhkan.. drive dari selayang ke sana 1 jam -.-.. nanges gak la.. tapi macam aku kata tadi, semangatkan hehe.. 

Pergi kelas kak tie ni aku takda apa nak komplen.. bukan berat sebelah tapi memang takda.. jarak perjalanan tu takpe la sebab aku yang pilihkan.. dan perjalanan yang berbaloi.. kalau korang nak tau kat mana kelas kak tie ni, korang boleh klik SINI .. kelas yang sangat selesa, ada acon, sejukkkkk.. siapa tak tahan leh la bawak sock yer sebab lantai pun sejuk.. surau pun ada nak solat, toilet pun ada.. 1 student 1 meja, peralatan disediakan, tapi korang kena bawak gunting kain dan kertas sendiri dan juga kain.. macam kak tie dia akan suruh bawa baju contoh sebab dia akan ajar korang mcm mana nak ukur dari baju contoh dan ukur badan.. dannn lupa nak bagitahu.. yuran kak tie for now Rm200 untuk 1 pattern dan siap dalam masa 2 hari.. kalau kat KMS dia tak ajar pun macam mana nak ukur baju contoh.. just ukur badan sahaja. 

Nak tanya aku berbaloi ke tak? berbaloi sangatttt.. sebab.. aku listkan sebab-sebabnya:

1) Pengalaman tenaga pengajar - kak tie dah menjahit dari anak dara lagi, dari zaman dia sekolah lagi.. so korang dapat bayangkan pengalaman dia menjahit? sekarang dah anak 6 okeyh.. so lama la kan.. dan kak tie tak lokek dengan tips.. cara jahit yang diajar simple dan kemas.

2) Value for money - sangattttt.. Rm200 untuk 1 pattern untuk 2 hari.. ok ye la kan.. kelas hari tu Rm300 untuk 3 hari.. 1 hari konon basic menjahit, 2 hari buat pattern.. guess what.. kak tie tak perlukan extra day untuk ajar korang belajar menjahit walaupun korang takda langusng basic menjahit!! and guess what again, korang tak perlu pun sebenarnya.. just kena berani pegang mesin jahit then wallahhhh dah siap baju sehelai.. kurlassssss ahaha.. but serious talk here.. aku rasa rugi pergi kelas yang previousnya.. sebabbb aku tambah ambil package ngan kak tie jadi ambil 3 patter Rm550.. kalau dari awal ambil ngan kak tie takyah bazir-bazir dah.. paham ke idokk?? nampak tak betapa berkesannya cara pengajaran kak tie dan keselesaan kelas sampai aku sanggup ulang alik dari Selayang ke Seri Kembangan untuk 2 minggu lagi.. wuwuwuwuwu.. bertabahlah Ernida..

3) Environment kelas - sangattttt selesaaaa.. bilik yang besar dan sejuk.. minggu ni dah 2 hari balik lewat, semalam siap pukul 7 tau.. baju complicated sangat ahaha.. tapii.. aku tak se stress minggu lepas sebab minggu lepas dengan panas dan penatnya.. tapi kelas kak tie aku chill jer.. dia jadi haru biru bila tengok orang lain dah siap, siap testing kat patung lagi dan ko tak siap siap lagi.. sobbbsss..

Ok dah.. aku nak g masak kejap.. Aku harap entry aku kali ni membantu untuk korang-korang yang baru nak belajar menjahit tu..Selamat belajar menjahit..

Belanja gambar baju hehehe

Till next entry.. daaaa~~~




































Continue Reading...

Followers

Busuk!