Ini cerita lama dulu.. baru dapat gambar dari kawan then terus update.. gigih kan.. hehehe..
Oleh kerana lama tinggal activity panjat memanjat sejak datang ke Batu Pahat ni, aku ajak la housemate aku ni g hiking kat Gunung Lambak ni.. Bagi yang tak pernah pergi, ni ha aku bagi hala nak tuju nyer..
- Ikut highway PLUS exit Ayer Hitam (kalau dari KL)
- Dari tol, ambik kanan then jalan straight je sampai jumpa first roundabout
- 1st roundabout ambik pukul 12
- 2nd roundabout ambik pukul 12 (Jalan Mersing)
- Traffic light amek kanan (Jalan Abdullah)
- Then amek kiri and follow jer signboard Gunung Lambak
Paham? sesungguhnya aku tak follow pun direction kat atas sbb kitorang tersalah msk simpang kat mana ntah..so from there, kitorang cuba jaya jer cari arah nak ke Gunugn Lambak ni..Jadi, motif aku bagi hala nak tuju tu?? kekeke.. supaya korang dapat imagine la mcm mana nak pergi.. Mana tau korang berjaya mengikut arahan seperti diataskan.. kalau tak dapat, don't worry, signboard nak pergi ke Gunung Lambak tu berlambak jer.. kalau sesat tanye la orang yer..
Ketinggian untuk Gunung Lambak ni 510 m.. tak tinggi sangat pun.. Masa aku naik ni, banyak la uncle2 and aunty2 yang naik.. semua berumur lak tu.. kagummm..since location dia dekat dengan kawasan perumahan, tempat ni jadi pusat rekreasi diaorang untuk ber'exercise'..
Tahap kesusahan.. Pacak tak hingat -_-''.. oleh kerana aku dah lama tak hiking pacak memcak ni.. semput jugak la.. ambil masa sejam sengah jugak nak sampai atas.. Aku ada baca jugak, kalau nak sampai atas paling2 pun 45 minit.. Fuhh.. mmg betul2 fit la sape yang leh buat dalam masa 45 minit jer.. tak mampu jepp..
Untuk start memanjat bermula dari signboard ni..Dia ada 2 simpang satu ke kanan and satu kekiri.. memula kitorang ingat nak naik ke puncak dengan jarak 1400m kena ikut kiri. cettt.. salah rupanya..
Tahap kesusahan.. Pacak tak hingat -_-''.. oleh kerana aku dah lama tak hiking pacak memcak ni.. semput jugak la.. ambil masa sejam sengah jugak nak sampai atas.. Aku ada baca jugak, kalau nak sampai atas paling2 pun 45 minit.. Fuhh.. mmg betul2 fit la sape yang leh buat dalam masa 45 minit jer.. tak mampu jepp..
Permulaan untuk hiking |
Ini la simpangnya.. bahagia jer ingat track landai.. rupa-rupanya.. ni jalan nak balik.. cehhhh... Bila feeling2 dia macam salah jer sebab makin jauh makin menurun, so kitorang patah balik.. sah kena amek simpang kanan.. Dah buang tenaga dah kat situ.. huhu..
Ni la rupa gaya trail nyer.. |
Ke puncak :)) |
Part ni la aku paling tak berkenan sekali.. orang buang sampah merata-rata.. mencemarkan alam sungguh.. Grrrr..
Done :) |
Kat luar nak hujan lebat.. dah masuk musim hujan balik eh.. sekarang cuaca dah tak menentukan.. dia nak hujan, dia hujan.. dia nak panas, dia panas.. itu kuasa Allah.. dan itu juga membuktikan yang bumi kita ni sudah tidak sihat.. Hurmmm.. mungkin juga tanda2 kiamat kecil.. renung-renungkan...
Assalammualaikum...
jangan lupa dtg ke tangkak.
ReplyDeleteboleh panjat gunung ledang :)
InsyaAllah.. hajatnye begitu la.. tapi bile ntah.. huhu..
ReplyDelete