Yup.. dah berzaman cerita ni kan aku baru nak tengok.. kesian kan.. banyak reason kenapa aku tak nak tengok cerita ni pada awalnya.. first, sebab tomok berlakon -_-''.. ini alasan paling kuat kenapa aku tak nak tengok cerita nih.. bukan sebab aku tak suka tomok eh.. dulu-dulu masa zaman hingusan, mak peminat setia Newboys okeyh.. ahahaha.. opss.. terbocor lak rahsia.. cuba ke kiri.. kanan.. sejarah mungkin berulanggg~~ walau engkau ku maaf kan.. haaaa.. jangan sampai mak nyanyi.. jejaga.. jejaga.. hehe.. cukup bukti aku peminat setia tomok suatu masa dulu?.. cukup? so, reason kenapa aku tak suke tgk tomok berlakon, sebab aku rasa mesti tak best kerana suatu masa dahulu aku pernah tgk gak dia nih berlakon.. kualiti lakonan? so-so.. layakkah aku mengkritik? well, hak mengkritik hak individu walaupun induvidu tersebut tak pandai berlakon.. hehe..
Sebab ke dua.. aku kurang sikit la tengok cerita melayu yang romantik-romantik ni.. aku ada satu penyakit malu tengok orang bercinta depan aku.. gituu.. boleh ada penyakit gini? ahaha.. Maka disebabkan itulah.. aku tak tengok cerita nih biar pun orang dok kata-kata cerita ni best..
Then, kenapa la pulak sekarang baru nak tengok? sebabnya.. first, aku dok lah dengar kwn2 aku ni cerita, comel la Lisa pelat S, ada yg tacing2 bagai tengok cerita ni.. maka oleh itu, timbullah juga niat aku nak tengok cerita ni.. keduanya, bosan sebab aku takda buat apa weekend ni.. so aku pinjamlan cd ni kat housemate aku.. berbekalkan semangat ingin tahu, aku pun gagahkan la tengok cerita ni sambil tutup2 muka dengan bantal -_-''
Hmmm.. overall, aku rasa cerita ni ok lah.. lakonan tomok? ekk.. aku bayangkan Yusri dengan Lisa, Lisa dengan Tomok, Tomok, Lisa, Lisa, Yusry, Yusry, Tomok, Tomok, Yusry..haa.. nmpk apa yang aku cuba nak sampaikan?? kalau yang tak nmpk lagi tu meh aku buat pencerahan.. Aku rasa mcm tak kena jer Tomok digandingkan dengan Lisa.. aku rasa la.. korang rasa aku tak tau.. hee..
Lagi satu kan, aku hangin tol la dengan reason si tomok tu curang ke Lisa.. "I sunyi".. cettttt!!
itu la lelaki, pantang kena tinggal kejap jer dah cari yang lain.. sunyi lah, I sesat tanpa u lah.. hello, nak i sediakan kompas ke hati i ker??? duhhhh~~ ha.. kan mak dah emo.. *bebetul kain*
Lepas tu.. selalu perempuan jer yang berusaha utk pergi kat lelaki tu tak kira lah jauh mana pun lelaki tu.. si tomok tu hader?? kalau rindu balik la Mesia.. bukan dengan alasan cari perempuan lain.. huh.. tak payah cakap la cinta jarak 8000km tu.. cinta jarak 100km pun payah kan.. Emo lagi.. *Bebetul tudung*
Yikess.. dah nak kul 6.. mak tak solat asar lagi...tu la jemah sangatkan.. pendek cerita, cerita ni oklah.. ada part2 yang kena amek pengajaran tu, sila amek la ye.. contoh, mmg tak manis anak dara duduk serumah dengan lelaki bujang.. hello, walaupun kita sendiri tau apa yang kita buat.. no..no..no.. not good.. sesungguhnya zaman sekarang dah ramai orang menerapkan nilai2 gini kan..'biarlah orang nak kata apa, janji kita tau apa yang kita buat'.. true.. tapi for me.. ada sesuatu perkara yang kita tak boleh ambil sikap macam nikan.. renung-renungkan..
Assalammualaikum..
amboi,kemain joyah kamu yer... *tonyoh sirih*
ReplyDeleteahahaha... *hulur kapur*
Deletecite nie ok la..ade lawak,ade sedey.cuma gandingan tomok ngn lisa tu cam tak sesuai.tomok cam jambu2 sikit.lisa tu matured.ape pun lisa comel sgt2.ganjil sguh pnykit yg ade kat awk tu...hehehe...
ReplyDeletehaa.. awak faham pun.. nmpk mcm tak sesuaikan..
Deleteyup.. lisa sangat2 comel.. style dia dalam cerita ni pun sy suke.. sweet jer kan..
ermm.. penyakit tu.. sy tgk ombak rindu kat wayang, keras kejung kat kerusi sengsorang.. tak dapat selamat kan diri.. hehe.. siapa yg kenal sy mmg dah paham sgt penyakit sy yg satu nih :)
haha lawak..sian smpai keras kejung..eshh3,tak ley biarkan..kene berubat secepatnya...
Delete