Tadaaa.. Dengan rajin nye aku merajinkan diri buat rendang ayam sempena Hari Raya Aidil Adha.. Oleh kerana mak aku mogok malas masak.. Aku dengan gigihnye buat sendiri T T.. Tak tahan beb tengok orang post kat fb and insta ketupat lemang dan rendang.. Huhu.. Elok mak aku balik dari sembahyang raya terus aku seret mak aku g NSK cari barang.. Ini first time aku buat rendang.. Hasil dari kajian melalui sumber yang boleh diterima pakai iaitu google.. Berjaya aku buat.. Hehe.. Untuk aku, aku suke gabungkan resepi.. So, ini resepi yang aku dah gabungkan dari beberapa pemilik blog..
Bahan A:
Seekor ayam (potong kecil)
1 peket serbuk rendang Baba's
1 peket kerisik Adabi
2 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Satu ketul kecil gula kabung
Daun kunyit
Bahan B (dikisar):
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
8 biji bawang putih
8 batang serai (varies with size.. Kalau besar pakai 5 batang pun boleh)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering (rendamkan dahulu before kisar)
15 tangkai cili api (depend nak pedas mcm mana.. Utk 15 tangkai pedas dia masih boleh diterima)
Cara:
1. Gaulkan bahan yang dikisar dengan serbuk rempah rendang Baba's hingga sebati
2. Panaskan minyak masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dahulu kemudian baru masukkan bahan yang telah digaul tadi. Tumiskan hingga naik bau. Dalam masa yang sama masukkan asam gelugor dan juga daun limau purut.
3. Masukkan ayam.Biarkan didih sehingga separuh masak
4. Masukkan santan dan renehkan sehingga masak. Dalam masa yang sama masukkan gula kabung, garam dan kerisik. Dah nak hampir padamkan api baru masukkan daun kunyit. Gaulkan seketika. Dah puas hati dengan masakan dan rasa, boleh la padamkan api dan sedia utk dihidang..
Gambar ni contoh rendang ayam yg sudah siap dimasak.. Mcm aku suke yang berkuah sikit.. Kalau korang nak kering mcm gambar kat atas tu, kena tggu lama sikit la sampai dia kering..
Selamat mencuba 😘