Wednesday 16 October 2013

Rendang Ayam


Tadaaa.. Dengan rajin nye aku merajinkan diri buat rendang ayam sempena Hari Raya Aidil Adha.. Oleh kerana mak aku mogok malas masak.. Aku dengan gigihnye buat sendiri T T.. Tak tahan beb tengok orang post kat fb and insta ketupat lemang dan rendang.. Huhu.. Elok mak aku balik dari sembahyang raya terus aku seret mak aku g NSK cari barang.. Ini first time aku buat rendang.. Hasil dari kajian melalui sumber yang boleh diterima pakai iaitu google.. Berjaya aku buat.. Hehe.. Untuk aku, aku suke gabungkan resepi.. So, ini resepi yang aku dah gabungkan dari beberapa pemilik blog..

Bahan A:

Seekor ayam (potong kecil)
1 peket serbuk rendang Baba's
1 peket kerisik Adabi
2 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Satu ketul kecil gula kabung
Daun kunyit

Bahan B (dikisar):

1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
8 biji bawang putih
8 batang serai (varies with size.. Kalau besar pakai 5 batang pun boleh)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering (rendamkan dahulu before kisar)
15 tangkai cili api (depend nak pedas mcm mana.. Utk 15 tangkai pedas dia masih boleh diterima)

Cara:

1. Gaulkan bahan yang dikisar dengan serbuk rempah rendang Baba's hingga sebati
2. Panaskan minyak masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dahulu kemudian baru masukkan bahan yang telah digaul tadi. Tumiskan hingga naik bau. Dalam masa yang sama masukkan asam gelugor dan juga daun limau purut.
3. Masukkan ayam.Biarkan didih sehingga separuh masak 


4. Masukkan santan dan renehkan sehingga masak. Dalam masa yang sama masukkan gula kabung, garam dan kerisik. Dah nak hampir padamkan api baru masukkan daun kunyit. Gaulkan seketika. Dah puas hati dengan masakan  dan rasa, boleh la padamkan api dan sedia utk dihidang..

 
Gambar ni contoh rendang ayam yg sudah siap dimasak.. Mcm aku suke yang berkuah sikit.. Kalau korang nak kering mcm gambar kat atas tu, kena tggu lama sikit la sampai dia kering..

Selamat mencuba 😘
Continue Reading...

Friday 27 September 2013

Open Water Course PADI Tioman, B & J Dive Centre




Entry ni patut update lama dulu... tapi........... kekekeke

Masih ku ingat lagi.. pada satu ketika dahulu, aku pernah buat entry nih..

Saya mahu belajar Diving
Diving Course in Tioman Island

Dan akhirnya kiniiiii..... Tadaaaaaaaaa...
Continue Reading...

Friday 20 September 2013

Backpacking Trip to Bali : Part 4

Hari ni mood pelbagai.. jadi aku nak sambung cerita yang tak abes-abes ni -_-''..

Done pergi trekking kat mount Batur tu, elok sampai bilik jer memang aku bantai membungkang.. giler ngantok teramat.. Tp aku tidur pun tak lama rasanya.. dalam 2 3 jam mungkin?

Bangun tidur jer mandi2 and bersiap sebab planning hari ni nak g tengok sunset kat Tanah Lot.. Ya Allah masih aku terkenang azab nyer nak g Tanah Lot ni.. tengah otw boleh lak hujan.. hati dah gundah gulana sebab sempat ke takkan nak tengok sunsetnye.. tengok jam dah kul 5 lebih.. kitorang terpaksa berteduh kat kedai pasir.. have to sbb hujan mmg lebat okeyh.. kalau redah gak mmg lenjun la cerita dia.. tapi kitorang tak tggu sampai betul2 berenti pun.. takut tak sempat tgk sunset.. sampai jer kat Tanah Lot.. nih aku nak cerita.. jangan la korang ngenga masuk ikut kaunter.. kena bayar Rp30k kalau tak silap.. padahal kat area parking tu ada pintu gerbang belah kiri dari tempat bayar parking yg mcm tol tu..korang masuk jer ikut situ sebab situ pintu keluar.. stress jer bila tau boleh masuk kat situ.. huhu.. 




Ohoi tengok ombak dia.. Scaryyy..


Kesudahannya berjayakah mengejar sunset? Sunset tak berapa nak sunset sangat la.. but still view dia terbaik.. memang nak datang lagi kalau datang Bali :)





Kat jalan nak keluar dari Tanah Lot ni banyak bukak kedai untuk korang beli souvenir.. sila bargain untuk dapatkan harga yang paling rendah hokeyh..


Merempit balik hotel -_-"

Keesokan paginya kitorang pergi Tegalalang Paddy Field yang terletak kat Ubud.. another 1 hour journey.. terbayangkan tu pun den rasa dah macam nak patah pinggang.. belom lagi nak gigihkan diri kesana.. tapi tak pe.. tempat kira wajib pergi and tengokkan.. den gagah kan jugak..weeee...

Entering the country side of Bali


  

Sayang seribu kali sayang.. time kitorang pergi padi dah di tuai T T.. kempunan nak tengok kehijauan padi huma.. huk..huk..huk.. dah lah jauh, panas lak tu.. tapi tak pelah.. mak redha jer.. wuwuwuuwu







Since ini hari last kitorang kat Bali, before balik hotel singgah kat Krisna beli souvenir.. nak kata murah-murah.. ontah la.. murah la kot.. nak kata banyak choice.. ontah la.. banyak la kot.. tp kalau korang nak beli fridge magnet and key chain, dinasihati datang lah sini yo.. sebab banyak.. tapi bukan banyak choice.. banyak kuantiti okey.. aku perasan kat Bali susah giler nak nak cari fridge manget yang shantek-shantek.. So semoga berjaya mencari souvenir yang berkonan dihati kalian.. 


Okeh.. akhirnya abes gak entry aku pasal Bali yang aku pergi bulan 6 hari tu.. -_-''.. update pun tak seikhlas hati kan.. kekeke.. mintak maaf.. sebab aku nih xda wifi bergerak so mmg lambat la nak menghupdatenyer.. hukhukhuk.. Sehingga bercuti lagi.. sekiannnn..

Assalammualaikum :)

BALI PART 3
BALI PART 2
BALI PART 1

Owh lupe.. budget nanti aku senaraikan dalam next entry yep :).. please wait till then.. 

Continue Reading...

Tuesday 3 September 2013

Backpacking Trip to Bali : Part 3

Haihh.. ini bukan takat bersawang.. berkerak, berkulat, bertikus semua ada.. kekeke.. aku tak sangka berblogging se'tough' ini bagi manusia yang ber'mood' seperti aku.. padahal macam-macam aku nak cerita.. cerita Bali pun tak abes lagi.. baru nak masuk part 3.. moh la kita..

Okey dah penat ber'Uluwatu' dan ber'Jimbaran', kitorang balik hotel.. opkosss.. penat giler kot.. bawak motor yang travel journey amek masa satu jam tu.. berjimba lagi.. dengan traffic yang mcm hape lagi.. mak nak patah pinggang oiii... paan siap cramp bila sampai kat hotel.. -_-''

Sampai je kat hotel aku tak tggu lama.. aku mandi and terus tidur sebab pukul 1.30 a.m our tour guide untuk trekking kat Gunung Batur amek kat hotel.. gigih tak kau pukul 1.30 a.m nak kena bangun balik.. aku rasa aku tidur 2 jam jer.. huhuhu...

Guide kitorang yang datang amek kat hotel betul kul 1.30 a.m.. lepas tu kitorang pergi Ubud pulak amek orang lain.. 2 orang anak beranak dari India tapi working kat Singapore.. Aku tak ingat pukul bape sampai dekat Kintamani.. tapi lewat jugak la.. around pukul 5 maybe? Bila sampai kat sana memang ramai la mat salleh minah salleh bagai.. ready for trekking.. for your info.. eventhough kita dah upah guide untuk trekking, kat sana nanti kita still ada local guide yang follow kita.. sebab its a requirement.. actually, ini semua bagi menjana pendapatan penduduk yang tinggal dikawasan berhampiran.. Aku ada jugak baca review before ni yang pasal mafia gunung lah, gangster gunung la bagai kan.. sebenarnya diaorg just nak secure pendapatan diaorang tapi cara tu mungkin salah.. Dan.. berdasarkan pengalaman aku.. korang tak yah lah upah tour guide luar.. pergi jer kat tempat yang korang nak trekking tu and amek jer local guide because it will be more cheaper.. of course you should bargain to get as low as possible.. ahh.. but this is applied for those yang willing to travel jauh ke tempat tu.. as for me.. its worth paying Rp420k because i dont have to think how,when,where i should go and what should I eat, and etc.. plus bila balik boleh berdengkur dalam MPV.. penat gila kottt...


Dengan local guide aku.. Danny nama dia.. cute kan :)













Continue Reading...

Friday 2 August 2013

Ikan siakap stim limau



Hari ni rajin nar aku nak try buat ikan siakap stim limau.. Kemain kan.. 1st try.. Alhamdulillah.. Jadi seperti yang aku inginkan.. Resepi dia aku tengok orang punya lepas tu ubah suai ikut suke hati aku jer.. Hehe.. 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar
1 biji buah tomato
3 batang serai
2 biji cili besar
5-6 biji limau kasturi
4-5 biji cili padi
Daun saderi
3cm halia
Garam
Gula *kalau rasa nak letak la
Sos tiram
Tepung jagung

Cara-cara:

1. Perapkan ikan siakap dengan sedikit air limau selama 15 minit.. Kemudian perap pula dengan sos tiram sela 15 minit.
2. Hiris halia, sebatang serai, cili besar, cili api, halia. 2 batang serai diketuk
3. Sedikit bahan hirisan dimasukkan kedalam perut ikan
4. Masukkan ikan, bahan yg telah dihiris dan serai yg telah diketuk ke dlm pemanggang seperti gambar dibawah

5. Hidupkan api sederhana dan masak untuk 5 minit
6. Tambahkan air. Ikut nak kuah banyak mana n pekat macam mana. Tambahkan juga air limau kasturi yang telah diperah.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepubg jagung untuk likat
8.masukkan daun saderi dan tomato.
9. Kukus sehingga 20-25 minit. Jangan lupe terbalikkan.. Kang masak sebelah jer kang.. 


Tada... Siap dah.. Mak xdo mangkuk panjang nak lotak.. Terkeluar muncung dan ekor.. Kekeke.. 

Selamat berbuka puasa..

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Friday 19 July 2013

Backpacking Trip to : Bali Part 2

......okey moh kita sambung kembali..


After penat seharian hilang dengan tidur bersungguh-sungguh malam tadi, so now badan dah segar bugar and ready for next adventure.. adventure sangat.. pagi tu, dah tersedia 2 buah motor untuk kitaorang.. lupe pulak aku nak snap pic motor tu.. luckily, kat bali, most of the motor is scooter type.. actually aku suke pakai gear lagi coz sonok main tukar-tukar gear tu.. tetapi.. ada tetapi disitu.. since this is the first time I ride a motorcycle on heavy traffic, so better aku pakai scooter jer.. giler lah mengharung traffic kat Bali especially kawasan bandar.. Bawak motor kat KL pun aku tak pernah.. huhu.. nasib baik skill yang aku asah dizaman remaja curi-curi bawak motor mak aku masih ada.. ahaha.. and for the first time main cilok-cilok..  plus dengan bonceng Paan lagi kat belakang aku.. me so proud with myself.. kekeke.. Panjang lak mukadimah diakan.. ok letss...

Since motor ni kitorang mintak staff hotel yang uruskan, so tak perlu la nak tinggalkan passport bagai.. amek motor terus vrooomm.. vroomm.. untuk rental motor, Rp40,000 satu hari.. kitorang amek untuk 3 hari so kenyit-kenyit mata mintak turun lagi.. ingat lagi mas surhadi tu kata apa.. 'loh.. diminta turun lagi..'.. kekeke.. mintak punye mintak dapat la Rp30,000 untuk hari second and third day.. so total up motor untuk 3 hari Rp100,000

Pertama-tama yang kitorang buat adalah.. cari sim card indon!!motifnye untuk dapakan internet.. kegunaanya? utk GPS la sayang.. tak yah nak belagak tau sgt jalan kat sana walaupun kitorang konon-konon nak gambel jer tengok signboard.. kalau buat gitu memang sampai sudah tak sampai.. tapi diakui jgk macam senang jugak jalan-jalan kat sana.. just kena aware ngan signboard and kena tahu nak hala kemana..

Kitorang beli line Telkosel something.. dengan harga Rp100,000.. dapat free data dont know berapa tapi tahan lama jugak 1 hari lebih.. Mbak yang jaga kedai tu kata, coverage Telkosel ni lebih besar, boleh dapat seluruh Bali.. Ada kebenaran jugak disitu.. unless bila dah masuk country side, dia tak dapat detect sangat dah..

Ok.. done dengan sim card, kitaorang mulakan perjalanan ke Uluwatu temple.. plannya hari ni, nak lepak kat Blue point and Padang-padang Beach and tengok sunset kat Uluwatu temple.Dalam perjalanan kitaorang cari tempat nak breakfast jugak sebab tak makan lagi.. perut dah masuk angin macam apa.. nak cari kedai halal kat bali tak la susah sangat. tapi nak jumpa satu dari Denpasar ke Uluwatu agak susah.. kalau jumpa pun asyik terlepas.. nasib baik bila dah nak sampai area Jimbaran jumpa satu.. Aku makan Soto Ayam dengan nasi.. hurm.. seriously rindu masakan di Malaysia.. uwaaaa.. 




Done makan kitorang teruskan perjalanan.. sampai lah ke Uluwatu Temple dulu.. masuk ke area Uluwatu Temple tu kena Rp1,000. Aku rasa ini untuk parking.. Untuk masuk ke Temple, Rp20,000 kalau visitor. Since kitorang datang awal, tengah hari jugak time tu.. kitorang keluar balik.. Jalan-jalan cari Suluban Beach or a.k.a Blue Point.. Cantik bangattttt!!



Nak ke Blue Point tu kena turun tangga ni.. Seriously hari diBali panas.. tapi panas di Bali tak sama dengan panas kat Malaysia.. Panas dia tak menyengat walaupun terik.. 



orang yang nak surfing akan mula dari sini.. SubhanAllah memang cantik gila view dia.. untuk first time traveller macam aku ni, ini first time aku tengok laut kaler biru kehijaun macam ni.. seriously cantik sangat..




ok actually, dia takda pantai.. kalau korang berangan nak berlari bekejaran kat tepi pantai jangan harap la kalau air tengah pasang.. tapi kalau dah surut mungkin boleh.. aku pun tak sure.. access ke laut mmg terus susana dia mcm gambar aku kat atas tu.. Laut ni sebenarnya kat lereng-lereng bukit.. lepas tu, mungkin sbb tujuan pelancongan.. lereng-lereng bukit diaorang transformkan jadi kedai or restaurant utk orang lepak2 makan and menikmati view.. macam gambar aku kat atas tu..







Gambar-gambar ni semua aku ambek balik dari FB aku, so tak berapa nak cantik la pic dia.. Tapi ni semua tanpa edit yep.. 

So.. done menikmat view kat Blue Point.. kitorang gerak ke Padang-Padang Beach pulak.. sebab hari masih awal lagi..







Guess what.. walaupun hari panas, tapi air dia cejukkkk!!!.. aku mmg tak tahan betul la tengok laut dia.. nak-nak Paan pun dah tangkap pergi berendam.. mak dengan seluar jeans tu jgk join sekali.. nyesalnye tak bawak baju mandi sekali..kalau ku tahu.......

Puas bersandiwara kat tepi pantai, kitorang move ke Uluwatu Temple.. dah pukul 5 kot time tu.. Aku risau kot dengan basah-basah ni tak leh masukkan.. Sebelum tu aku pekena Bakso sebab lapar sangat.. Bebola daging dia mmg sangat sedap.. manis je rasa.. yang ni harga dia Rp10,000.. agak mahal Rm3.00 untuk semangkuk kecik ni.. tu pun nasib aku mintak lontong sikit.. kalau tak.. kosong jer kot.. ha.. ni nak cerita.. masuk toilet kat Bali ni wajib bayar.. pastu bayar pulak ikut hajat jenis ape.. boleh lak camtu kan.. kalau orang tu bayar hajat kecik tapi masuk hajat besar bukannya diaorg tau pun kan.. pastu mahal lak tu.. Rp3,000- Rp5000.. anggaran Rm1 ke Rm1.50 untuk masuk toilet jer.. kemain cekik darah diaorang ni.. basuh kaki pun kena bayar okey.. -_-''





Done makan kitaorang move ke tempel.. Sampai ke Temple, mcm tadi jugak kena bayar Rp1,000 balik.. masa nak masuk ke dalam Temple,actually orang kaunter tu ingan kitaorang ni Indonesian sbb dia dah siap2 kan tiket.. tapi tengok aku bagi Rp60,000.. dia tanya dari mana.. Since aku ni jujur orang nya and tak pandai nak tipu.. kekeke.. aku pun ckp la dari Malaysia.. huhuhu.. rugi.. rugi.. Rp60,000 tu utk 3 orang.. Entrance fees untuk local Rp15,000 sahaja..






Bila ada kat sini, please take a good care of your beloging.. banyak monyet nakal-nakal kat sini.. sebelum ni aku dok baca post orang yang ada kena amek wallet la, spek mata lah.. pengalaman aku sendiri.. kawan aku kena amek kasut dia.. kekekeke.. kesian, tapi macam kelakar pun ada jugak.. jahat tau monyet-monyet tu.. masa ni kitaorang tengah tggu sunset.. awal-awal datang sini sekor pun tak nampak.. tapi bila dah ramai yang datang kat sini, monyet-monyet ni pun follow sekali.. Bila nampak jer, semua pakat sorok barang n pengang phone and camera masing-masing kuat2.. kawan aku ni lak tengah dok bersila and dia tanggalkan kasut dia.. Aku dah nak bagi warning tapi entah.. benda nak jadi kot so tak terluah dek kata-kata.. teitba.. datang seekor anak monyet ni.. slowmo jer dia lalu depan aku.. tup-tup dia g cekau kasut kawan aku sebelah.. memang tak leh nak buat ape dah.. tu gambar atas tu.. entah mana dia dapat kipas aku.. uwaaa.. Rm5 tau aku beli kat Danso.. wuwuwu.. my favy lak tu.. so uollsss. please be careful okey..

















Kitorang tak tunggu sampai matahari betul2 jatuh.. Sebab tak nak gerak balik malam-malam.. tapi sebelum balik, kitorang dinner dekat Jimbaran Beach.. ramai sangat yang review kat sini makan seafood sedap.. walaubagaimanapun.. ramai jugak yang kata mahal.. So kena pandai-pandai lah k..









Memang sedap makan kat sini especially ikan bakar dia.. kalau korang buat trip budget macam kitorang ni.. yang atleast merasa jugak la makan kat sini kan.. korang jgn order satu-satu.. itu yang akan membuatkan dia jadi mahal.. untuk kitorang.. kitorang tanya package untuk 3 orang dulu.. dia offer dalam Rp300,000.. ada ikan bakar, sotong goreng tepung, kerang, udang goreng tepung, sayur dan nasi dan juga air.. tapi since paan tak makan seafood campur-campur sangat sebab kaki dia baru baik bengkak.. ubat pun dia tak bawak.. so dia berani makan ikan ngan sayur je.. since dah gitu, kitorang amek package untuk 2 orang Rp225,000.. paan just tambah air jer dengan nasi.. total up kitraong makan rasanya dalam Rp237,000 jer kot.. baagi aku kira murah la tu kan.. Budget yang aku tulis roughly jer dalam ni.. actual budget nanti aku buat.. lupe la journal aku kat umah..

Done makan-makan, kitorang pun balik ke Hotel balik.. serious penat.. travel dari hotel ke Uluwatu Temple amek masa sejam lebih jugak.. sampai hotel, mandi-mandi aku terus tdo kejap.. dalam 2 jam jugak tdo sebab lepas tu aku nak g hiking kat Gunung Batur.. yang tu nanti aku story.. nak abeskan cerita yang ni pun penat huhu.. Kalau buat review paper aku ni dah dapat 10 helai tau.. huhu..

oklah.. till then..

Assalammualaikum..

Continue Reading...

Followers

Busuk!