Wednesday 31 December 2014

My best friend wedding : Idayu dan Iwan

This will be my last entry for this year... closing cantik sangat dengan post wedding.. Cite pasal wedding, sapakah yang kahwin?Ngeee... one of Kenit FC member dah selamat dah mengakhiri zaman bujang beliau, kami bila lagi.. ehhh.. ahaha..



Continue Reading...

Wednesday 24 December 2014

Azam tahun baru 2015

Tak sangka, lagi beberapa hari je lagi dah masuk tahun baru and another year has passed.. time does not wait for anyone eh.. So.. macam mana azam tahun 2014 korang? ada yang dah tercapai? ada yang hampir-hampir tercapai? atau masih ditakuk lama? hmmm.. untuk aku... ermmm.. apa azam tahun  2014 pun aku dah lupa hahahaha.. blergh :p

Kiranya sekarang aku ni tengah fikir untuk memperbaharui dan guna pakai balik azam tahun 2014 untuk azam tahun 2015.. 

1) As PhD student

- Act like one -_- . Pemalasnya Ya Rabbi.. tak tau nak kata apa.. so next year (wonder kenapa tak mula sekarang je -_-') aku nak make sure sehari thesis writing aku mesti 500-1000 words.. Nak bangun 2-3 pagi buat kerja mengadap thesis (semoga berjaya -.-)
-Make sure at least next year, Chapter 1-5 settle
-Matlab dengan Abaqus settle
- Target for pre-viva before end of year

2) As Blogger tegar

- Update blog 2 kali seminggu mungkin.. macam aku, selalu aku suka update bila ada benda nak cerita je,. contohnya balik berjalan ke or anything yang menarik untuk dicerita kan..
- Tingkatkan traffic sebab mak nak kumpul dana ke Europe Trip mak yang tengah dalam perancangan ni.. dapat top up rm100-200 pun ok kan.. lepas la beli tiket train ke, makan ke ahaha.. so korang yang datang singgah mohon la click nuffnang eh.. hehehehe

3) As a Person 

- Azam ni sentiasa ditambah baik dan diguna pakai semula.. nak jadi insan yang lebih baik dari hari ke sehari.. of course sebagai anak, kawan dan hamba Allah swt :))
- Nak explore this world more and more and more.. 
- Nak kahwin.. keh... azam ni dah 3 tahun berturut-turut dah.. ahaha.. carikan calon please.. ehhhh... haha
- Nak kaya dunia dan akhirat!! insyaAllah  :)

Aminnnnnnnnnnnnnnnn~~~~~~

Setakat ni, ni jer azam tahun baru aku yang aku terfikir.. hmm sy sudah.. anda bagaimana?




Continue Reading...

Friday 19 December 2014

Percutian Ke Langkawi

Post kali ni ringkas je sebab nak update percutian ke Langkawi pada bulan 2 hari tu.. lama kan -_-''.. yang ni tak dapat la nak bagi budget expenses sebab dah tak ingat langsung.. ingat sikit-sikit je..

Tiket flight ke Langkawi, macam biasa, cari di laman penerbangan tambang murah anda.. Air Asia.com.. Time ni dapat tiket return dengan harga RM76.00 sahaja.. Kami Pergi untuk 4D3N untuk trip ke Langkawi ni.. Untuk budget selama berada disana aku bawak RM500 jer tak silap.. kebetulan time tu BR1M masuk.. alhamdulillah.. ada jugak top up belanja sikit-sikit kat sana.. eheee :)))

Belanja Gambar Sayap Kapal Terbang kekeke

Continue Reading...

Sunday 14 December 2014

Food Hunting : ROA by Jovian Mandagie, A Pie Thing, Dip n Dip

Merujuk kepada perkara diatas, update kali ni aku nak cerita pasal makan jer.. makan dan makan dan makan.. Sebenarnya, rencananya pada siang hari nak gi main ATV kat kemensah.. tapi disebabkan beberapa factor, tak sempat sebab dah pukul 5.10 pm time tu.. so divert plan pulak nak g main Skytrek bagai kat Cerakah.. heh.. sampai kat sana pun dah almost 6.00 pm.. sedeyy... tak da rezeki nak wat outdoor activity hari ni.. for you info, Skytrek tu tutup pukul 4.30 pm -_-''

Since dah tak tau nak buat ape, makan-makan time... Alang-alang dah kat Shah Alam, ingat nak try makan kat Chemistry Cafe + Lab, tetapi, dapat info tak sedap.. tak sedap ni orang cakap yer.. kalau korang rasa nak try, pergi jer.. tapi since kami memang percaya tak sedap, tukar kedai ke ROA by
 Jovian Mandagie.. area pun berdekatan jer dengan Chemistry Cafe + Lab ni.. Cafe ROA ni kalau korang tertanya-tanya area shah alam kat mana, dia dekat area Pak Li... pandai-pandai la korang pusing bangunan cari yo.. dia area-area situ jer.. Dah settle mukadimah.. meh tgk gambar..
Continue Reading...

Friday 12 December 2014

Budget Trip to Bandung, Indonesia

Sementara tunggu nak siap-siap ke Big Bad Wolf kejap nanti, aku update kejap trip aku ke Bandung, Indonesia bulan 10 hari tu.. yup bulan 10 hari tu.. diulangi, bulan 10.. hahaha.. Aku akan list outkan budget jugak untuk trip kali ni, dapat la jugak trace perbelanjaan sepanjang kat sana tapi ada jugak yang missing contohnye perbelanjaan utk makan.. so aku angarkan jer nanti yep.. Jumlah duit Malaysia aku bawak ke Bandung adalah RM700..

Bandung ni sebab aku ada conference dekat sana, tak da plan nak datang pun sebenarnya.. Aku booking flight kat Air Asia, dapat harga tiket Rm220.00 tak silap aku.. yang aku assume agak murah time ni so grab jer.. Bilik hotel macam biasa, aku akan booking kat Agoda.com. Rate bilik aku dpat Rm81.00 untuk 3 malam.. lupa nak cakap.. trip ke Bandung ni 4D3N..
Continue Reading...

Big Bad Wolf 2014



Mengaupdate blog sambil tunggu war kat clan start.. ada sejam lagi.. mesti pelik kan war mende, clan mende... tu nanti-nanti cerita heee..

Tadi siang dengan gigihnya aku pergi Big Bad Wolf (BBW) yang sedang berlangsung dekat The Mines.. pergi hari ni alhamdulillah tak ramai orang walaupun ada jem sikit jalan kat entrance The Mines tu.. BBW ni berlansung sehingga 16 Dec ni tak silap aku dah takda closing hour jugak tak silap aku.. rasanya ini tahun ke dua kot event ni.. tapi ni aku first time baru nak pergi.. tu pun sebab Bear ajak.. hati ni terasa tak da benda pun yang nak dibeli..terasa jer la tapi.. kita tengok dan lihat kejap lagi.. hohoho

Continue Reading...

Wednesday 10 December 2014

Ke Melaka kita : Trip 2D 1N

The girls on the go :))

Ni pun update yang sepatutnya di tulis 2 bulan lepas.. Since benda dah lama, secara samar-samar jer la aku ingat budget untuk trip ini.. Trip 2 hari 1 malam.. sebab-sebab tercetusnya idea berjalan ni, macam biasalah, stress haha.. tak pernah nye tak stress kan.. Kata sepakat telah diambil makanya, lokasi yang telah dipilih adalah Melaka.. sebabnya Idayu nak pergi Jonker Walk.. 

Hotel terpilih, Euro Rich Hotel cari jer kat Agoda.com.. cost bilik semalam.. Rm34.00 sahaja.. diulangi Rm34 sahaja!! errr.. lupa.. kali 4, sbb rate dia dibahagi dengan 4 orang.. Tapi bilik dia.. cenggini ha..
Continue Reading...

Tuesday 9 December 2014

Ke Port Dickson kita : Trip 2D 1N

Anda bosan di hari minggu? duduk terperap membungkang jer depan tv? makan tido makan tido jer rancangan hari ini? amboi kemain soalan dia haha.. serupa nak buat iklan berbayar.. kekeke.. Hari ni aku nak update trip santai menghilangkan stress tanpa perlu pergi jauh.. gituu... 

Bulan lepas.. yup bulan lepas.. ini bulan lepas punye cerita.. ni baru bulan lepas tau.. cerita 2 3 bulan lepas pun ada jugak tak update lagi.. hahaha.. pesen busy melampau gini la.. sbb tu la nak share ape aku buat utk ilangkan stress dengan modal ciput dan dalam jangka masa yang kejap jer.. Bulan lepas geng Kenit FC pergi Port Dickson, Negeri Sembilan (PD) untuk hilangkan stress yang ber bundle up.. sorang stress nak kawen, sorang stress kerja, sorang stress cinta dan sebagainya ahaha.. maap intro terlebih.. 

Information bout this trip:

Location: Port Dickson, Negeri Sembilan
Total Budget: Rm 250.00 (Roughly)

Yang jadi masalah untuk aku update trip ni.. luper nak take note bape cost untuk makan, tol and minyak.. so aku bg roughly punye budget jer la ek.. tapi pape pun tak sampai Rm300.00.. Trip kali ni mcm biasalah, Kenit FC group total of 4 person.. so budget adalah perperson k.. Highlight trip ni adalah Grand Lexis sebenarnya.. cerita bermula bila one of our group member beli voucher Grand Lexis with cheaper price kat Matta Fair.. RM 650/night.. cheaper kan and we shared with 8 people so, Rm82/person. Tapi end up 4 orang jer yang pergi.. Murah kan? bagi aku murah la tu ko duduk hotel siap ada swimming pool lagi kat dalam..
Continue Reading...

Saturday 8 November 2014

Nasi Ayam Madu Berempah

Acah-acah tajuk macam suri rumah berjaya kekeke.. Hari ni tetibe datang mood aku nak buat nasi ayam, so pepagi dah google resepi nasi ayam and ayam madu berempah.. Cari punye cari dapat la resepi yang aku tak perlu melangkah keluar dari rumah pergi kedai beli bahan.. just guna bahan yang ada kat dapur jer.. resepi ni aku tambah tolak ikut suka aku jer.. ikut material (kemain material dia -_-) yang available kat umah and ikut rasa aku jer.. Tak yah citer panjang.. Ayuhhhh!!
Continue Reading...

Monday 21 July 2014

Shopping murah online untuk raya anda???

Minggu depan dah raya... owh my.. kejap jerkan tau-tau puasa dah masuk Ramadhan yang ke-23. Jujur kata aku tak da mood nak raya. Faktor umur dan keadaan sekeliling mungkin.. tak da mood nak raya pun baju sampai 6 helai *sigh*.. natijah beli kain ikut nafsu.. tobat insyaAllah tahun depan tak nak buat dah.. pembaziran maha hebat tahun ni :(

Korang dah abes beli barang untuk raya?Aku dah kot... macam aku kata tadi, mood nak raya tak da, tapi membeli barang kerana raya tu sentiasa ada..haha.. konon nak gantikan barang yang dah lama la.huhu... Hari raya, still dengan mentality mesti nak kena ada barang baru.. bagi yang tak berfikiran macam aku, baguslah.. huhu..

Hari ni first time aku nak buat entry review me'review' nih... pengumuman, ini bukan entry berbayor yer.. just nak share ngan korang mana nak cari barang murah dan kualiti pun ok.. al-maklum la aku ni bukan jenis nak beli barang branded sbb tau tak mampu dan diluar kemampuan.. tapi memilih jugak tak nak barang tu nampak murah tapi harga murah jer pun.. ahaha.. nampak dia punya demand macam mana? So citernya bermula cenggini, pada suatu hari tu aku tertiba tergerak hati nak google shopping online murah and akhirnya aku jumpa pagi ni www.nile.com.my. Ok serious barang dia murah-murah. Kalau korang pergi situ.. ni ha contoh homepage dia.
Continue Reading...

Saturday 14 June 2014

Backpacking Trip to Krabi, Thailand





Trip krabi ni kitorang decide last minute bile hotel kat Perhentian semua dah full and kalau ada pun mahal kemain package dia. Since rasa tak berbaloi, kitorang decide nak buat backpacking ke Krabi jer. Trip 3 hari 2 mlm dengan cost Rm554.90. Breakdown budget will be listed later. So stick on okeyh :))

Trip ni gunakan bas jer.. cari punya cari tiket flight harga murah nan hado. Nak naik kereta pun tak boleh sebab kenderaan tak mencukupi.. so kitorang decide naik bas jer. Bas yang kitorang pilih dari KL - Hadyai ialah Alisan. Diatas permintaan Ijwang nak ada bas ada wifi and plug la bagai. Price varies, korang boleh cek sendiri. Yang kitorang pilih rm57.00 sehala.

22/5/2014 (Khamis)

Bas bertolak pukul 1130 mlm walaupun dalam tiket patut bertolak pukul 12 mlm.. mgkn tak ramai sgt kot yang masuk Thailand sebab time kitroang pergi ni ada lah time Thailand tengah bergolak + ada curfew lagi kat sana. Ni pesen degil nak redah jgk la ni.. 

23/5/2014 (Jumaat)

Selepas beberapa jam perjalanan, pukul 5 mcm tu tak silap aku kitorang dah sampai Changlun. Owh yer.. dinasihatkan sebelum korang naik bas makan la dulu atau pun bawak la makanan sebab dia non-stop travel. korang boleh makan just bila dah sampai Changlun. Kat sini driver bas akan mintak passport korang untuk dia buatkan white slip utk msk ke Thailand. Sementara tunggu settle korang boleh pergi makan dlu. And dinasihati jgk la tukar duit awal2 dekat Malaysia, even kat Changlun ni pun tukar dah mahal. Tapi ok lagi la daripada tukar dalam Thailand.

Settle urusan white slip tuk perjalanan diteruskan sampai ke border Malaysia - Thailand.


Ramai jugak yang beraturkan. Driver bas kitorang nasihatkan jangan pergi dekat auto gate. Siap cakap orang bodoh je yang pergi dekat auto gate. Oleh kerana tak nak dilevelkan sedemikian kitorang pun tak pergi kekeke.. Alasannya system dekat auto gate tu rosak. So korang akan stranded kat situ and orang yang beratur lagi laju dari korang. 

Settle sudah urusan di Imegresen.. Thailand here we come :)))))

Perjalanan dari sempadan ke Hadyai mengambil masa 2 jam, sampai kat Hadyai tengok jam dah pukul 8. 
Kitorang beli tiket balik ke Kl siap-siap. Paling lewat yang ada pukul 7 mlm. Kitorang decide jugak amek van untuk transfer ke Aonang. Harga tiket bas and harga van ialah 500bath dan 350bath. Kitorang tak decide nak amek van pergi balik sebab decide cari kat sana jer nanti. Sementara tggu van datang pukul 9 pagi, kitorang pergi makan dulu dekat kedai makan muslim yang terletak betul2 depan office Alisan Golden ni.



Ini yang aku order. Roti canai and milo ais. Serius korang kena try. Roti canai dia sedap and kuah dia buat aku berfikir rasa dia. Kurma kah? kari campur kurma kah? tapi sedap..

Pukul 9 pagi van kitorang sampai..

Beginilah rupa van tersebut
Perjalanan dari Hadyai ke Aonang mengambil masa lagi 4 jam. Bayangkan bontot korang, sure berkematu asyik duduk jer dari Kl sampai Krabi.. kakakaka.. Perjalanan van ni 2 jam - 2 jam.. maksudnya, bila dia berhenti kat perhentian diaorg, kita dah half perjalanan ke Krabi. Kat perhentian ni korang boleh makan, pergi toilet dan sembahyang. Perjalanan diteruskan selepas 10 minit berehat.

Sampai dekat Krabi Town, driver van ni berhentikan dekan agent diaorang dulu, konon-konon nak offer package diaorang. kitorang tanye harga ferry ke Phi-phi Island sebab esoknya kitorang akan tidur kat sana pulak. Mahal!! 500 bath Krabi-Phi-phi and 450 bath Phi-phi-Krabi. Dahlah garang marah-marah orang. Main paksa-paksa lak tu. Since mahal kitorang decide cari kat Aonang jer. Dengan yakinnya kitorang rasa kat sana lagi murah.

Perjalanan diteruskan ke Aonang. Untuk hotel, aku dah booking siap-siap kat Agoda.com. Aku tak ingat price semlm berapa dekat hotel yang aku stay ni. Irest nama diberi. Sangat puas hati dengan bilik sebab yang aku booking adalah dorm. Aku expect ada 6 katil dalam satu dorm. Btw, Irest ni sediakan dorm utk wanita sahaja. One of the reason kenapa kitorang pilih. Bila sampai, to our surprise, dapat bilik 2 katil sebilik. Interior and exterior hotel ni mmg superb. Since aku puas hati dengan bilik ni so aku akan promote kaw-kaw.. kekeke..





Yang aku kagum ada hair dryer ahaha. And all this u pay for around Rm37 ++ kalau aku tak silap. Puas hatikan? bilik AC mmg sejuk, plus kitorang dapat breakfast esok paginya. Selesai bersihkan diri kitorang terus keluar utk cari tiket ferry ke Phi-phi esok. Van transport dari Krabi - Hadyai dah settle sebab pakcik driver yang antar kitorang tu offer 250 bath. Tapi masalahnya disini dia akan ambil pukul 11 pagi di terminal ferry Krabi. Dan van dari Krabi- Hadyai rata-rata yang kitorang tanya hanya ada pagi pukul 8 dan 11 ke Hadyai. Jadi, untuk mengejar masa so that kitorang boleh sampai dari Phi-phi ke Krabi sebelum pukul 11, kitorang kena cari tiket ferry pukul 9 sebab perjalanan Phi-phi mengambil masa selama 2 jam. Cari punya cari dekat Aonang, kitorang dapat tiket ferry harga 280 bath Krabi- Phi-phi plus sekali van akan ambil untuk transfer ke Krabi town Ferry Terminal. Nampak beza dia 500 bath dengan 280 bath? banyak beza dia kat situ kan. Tiket Phi-phi - Krabi kitorang decide cari kat Phi-phi sebab yang ada kat Aonang semua bertolak pukul 10.30 pagi. Settle tiket, misi berjalan bermula. First thing yang kitorang buat and korang harus buat, try pancake diaorang!!!




Pancake banana + nutella
Ramai cakap pancake banana + nutella sedap.. memang sedap tapi cepat muak. Aku paling suka pancake banana + cheese. Sedap!! bayangkan, dalam dia letak banana + cheese lepas atas dia lelehkan susu pekat. giler meleleh air liur ingat balik.. T T.. dapat pancake buat alas perut jer, lepas tu kitorang berjalan ke arah starbuck coffee sebab nak cari makan. Kitorang makan kat kedai Bersenang nama diberi. Kedai makanan halal yang kitorang jumpa setakat merayau kat Aonang tu.




Petang tu kitorang jalan-jalan jer sekitar Aonang and pergi ke Aonang beach yang terletak mmg tak jauh dari hotel kitorang. dalam 5 minit berjalan jer. 




Aonang Beach
Dah penat menyusur kedai kat Aonang, kitorang decide nak g street market dekat Krabi Town. Naik tuk-tuk 120 bath pergi balik. Pasar malam dia biasa-biasa jer, banyak jual makanan and souvenir. Kitorang beli baju krabi dekat sini yang kitorang akan pakai beramai-ramai masa balik nanti. Baju kat sini murah-murah. Baju yang kitorang beli 100 bath jer. Balik dari pasar malam kitorang jalan lagi kat Aonang untuk cari souvenir lagi sebab takut dekat phi-phi mahal. Settle semua kitorang balik ke hotel untuk packing barang and rehat. Esok will be another day yang panjang. 


24/5/2014 (Sabtu)

Pagi-pagi kitorang breakfast dulu sementara tunggu van datang amek pukul 8pagi untuk transfer ke Phi-phi Island. Tepat pukul 8, van sampai and kitorang pun gerak ke Ferry Terminal kat Krabi. Kebetulan masa kat entrance, aku ternampak schedule ferry and company mana yang provide such transportation on specified time. Thanks god ada pukul 9.00 pagi. So kitorang terus beli jer dekat kaunter.




Mcm aku cakap sebelum ni, perjalanan dari Krabi - Phi-phi mengambil masa 2 jam. Upon arrival, korang akan nampak view-view mcm kat bawah ni.







Sampai dekat jeti korang kena bayar 20 bath untuk fee ape ntah. lupe dah. Hotel yang kitorang pilih utk stay kat Phi-phi Island ialah Ibiza. Masa sampai dekat jeti, ada wakil dari hotel yang jemput kitorang. Pada awalnya kagum sebab ada orang jemput, tapi dalam perjalanan ke hotel baru paham kenapa. Kalau harap kitorang cari sendiri sampai esok belum tentu sampai. Environment dekat phi-phi lebih happening. Lebih terasa seperti tourist sebab kedai souvenir, massage, diving center and bar di kiri kanan jalan. Bagi aku, kalau pergi Thailand, kena stay dekat Phi-phi Island walaupun semalam. Tapi bagi kitorang semlm tak cukup. Next round kalau nak dtg lagi, mmg akan stay kat sini je. 





Hotel kami. Since bertambah seorang ahli, kitoang mintak extra bed dengan harga 400 bath. Sebelum ni aku ada mintak extra bed masa booking dengan Agoda, just Rm30 ++ jer. Lokasi hotel mmg superb, aku rasa tak sampai 5 minit pun jalan ke pantai. 1 minit mungkin??




Settle check in kat hotel dah pukul 12 tgah hari. Kitorang cari package snorkeling yang half day punya. Dapat dengan harga 290 bath long boat untuk kitorang jer tapi makan tak disediakan. lunch, kitorang makan dlu kat kedai sebelah tempat kitorang dptkan package snorkeling. 









Yang aku kagum snorkeling kat sini, air dia mmg crytal clear. Tapi dari segi batu karang semua tu, bukan tak cantik, tapi kebanyakannya dah mati. Package snorkeling yang kitorang amek sampai tengok sunset. Tapi kitorang settle buat semua lokasi lebih awal so nak tunggu sunset tu macam lama sangat. Jadinya kitorang decide nak stop and proceed dengan pergi ke view point. sempat atau tak nak kejar sunset dekat view point sebab time tu dah pukul 5.30 ptg. Tp alhamdulillah sempat jugak sampai ke view point sebelum sunset. Kalau pergi view point No. 3, kena bayar entrance fee 20 bath. View point ada No 2 dan No 1 jugak. yang No 1 tak yah bayar tapi kena jalan jauh sikit lagi aroung 10 minit mungkin.

Stairs to view point
View dari view point. hotel kitorang dekat tengah-tengah antara 2 laut tu :)
Sunset

Rasanya untukkan dptkan gambar yang cantik dari view point ni kena datang tengah hari. Sebab time kitorang datang ni dah nak gelap. kebiruan and hijauan air laut dia tak berapa nak menyerlah. Habis tengok sunset kitorang balik ke hotel. Mandi and solat sebelum keluar cari diner and thai massage. Jenuh jugak cari tempat nak dinner sebab dah nak dekat pukul 10 mlm. pukul 10 mlm curfew akan start and kebanyakan kedai akan tutup. Nasib kitorang sempat masuk Papaya Restaurant. Makanan kat sini memang sedap!! pancake kat sini aku rasa paling sendap ok. Kalau pergi sini cuba korang try. Settle makan kitorang cari thai massage. Walaupun masa dah lepas pukul 10 mlm, masih ada kedai yang bukak especially pub and bar. Tempat massage pun masih bukak. Kitorang buat Thai massage dengan harga 200 bath di KKK massage. Settle massage semua balik utk rehat and ready utk balik ke KL esok.

25/5/2014 (Ahad)

Nothing much utk balik sbb perjalanan dia sama jer mcm datang hari tu. Since ferry pukul 9 pagi, pukul 7 lebih kitorang keluar. Dengan perut lapar jenuh jgk la nak cari kedai makan sbb tak da pun yang bkk lagi. Last-last beli pancake jer. Aku beli sampai 2 tau. lapar kemain..







Trip Krabi - Hadyai mcm biasa mengambil masa 4 jam. Masa singgah kat R n R aku beli puding kelapa. seyes sedap sampai aku tapau 4. Tamak punya pasal last-last lupe nak makan -_-".. Sampai kat Hadyai masa tu pukul 3 ptg, dengan waktu terluang kitorang amek tuk-tuk pergi ke floating market dengan harga 60 bath seorang. Perjalanan mengambil masa sengah jam mungkin. 








Rasanya ni bukan floating market yang besar tu. Tapi jadi la kan. mcm 99% yang jual kat sini adalah makanan dan halal. Kitorang beli mcm-mcm untuk try. Ada yang boleh diterima oleh tekak and ada jgk yang tak boleh. Otak-otak di pedas kemain. Kebanyakan makanan kat sini harga dia range 20 bath - 30 bath. Depend la korang beli apa. Settle mengabiskan masa kat sini kitorang balik balik ke Alisan Golden. Tempat mandi n tandas disediakan. So sape yang rajin nak mandi tu boleh pergi mandi dulu. Tamat sudah trip kami ke Thailand. Owh lupa, untuk trip ni tak ambil pun 4 island sebab tau tak sempat. Heee.. maybe next time.. InsyaAllah datang lagi..

Breakdown budget adalah seperti dibawah:

Tiket Bas Kl-Krabi = Rm57.00
Bilik 2 mlm (Aonang/Phi-phi) = Rm80.00

23/5/2014

Tiket bas Hadyai - KL = Rm50.00
Van Hadyai - Aonang = Rm35.00
Roti canai + milo ais = Rm3.00
Pancake = Rm4.00
Ferry Krabi - Phi-phi = Rm28.00
Sandal = Rm15.00
Souvenir = Rm40.00
Tut-tuk Street Market = Rm12.00 (Return)
Dinner = Rm17.00

24/5/2014

Ferry Phi-phi - Krabi = Rm30.00
Tax enter Phi-phi = Rm2.00
Extra bed = Rm6.00 (shared)
Snorkeling = Rm29.00
Mango fruit shake = Rm5.00
Lunch = Rm23
Dinner = Rm28.00
Thai massage = Rm20.00
View point = Rm2.00
Mineral water = Rm2.00

25/5/2014

Pancake = Rm10.00 (2 pancake)
Fanta = Rm2.00
Lunch = Rm4.00
Air mineral = Rm2.4
Van Krabi - Hadyai = Rm25.00
Hot dog = Rm4.5
Tuk-tuk floating market = Rm6.00
Makan kat floating market = Rm13.00

GRAND TOTAL = RM554.90




"One destination is never a place, but a new way of seeing things" - Henry Miller 
Continue Reading...

Followers

Busuk!