Post kali ni ringkas je sebab nak update percutian ke Langkawi pada bulan 2 hari tu.. lama kan -_-''.. yang ni tak dapat la nak bagi budget expenses sebab dah tak ingat langsung.. ingat sikit-sikit je..
Tiket flight ke Langkawi, macam biasa, cari di laman penerbangan tambang murah anda.. Air Asia.com.. Time ni dapat tiket return dengan harga RM76.00 sahaja.. Kami Pergi untuk 4D3N untuk trip ke Langkawi ni.. Untuk budget selama berada disana aku bawak RM500 jer tak silap.. kebetulan time tu BR1M masuk.. alhamdulillah.. ada jugak top up belanja sikit-sikit kat sana.. eheee :)))
Belanja Gambar Sayap Kapal Terbang kekeke |
Masa touch down.. dah almost nak maghrib.. sangat excited tengok view sunset..
Untuk first day.. since sampai pun dah nak malam, apa yang kami boleh buat just jalan-jalan area Pantai Cenang.. cuci mata dideretan kedai souvenir.. keesokan harinya baru la start dengan activity berjalan..
***
Pagi-pagi lagi dah bangun.. aktiviti hari ni nak pergi ker Dataran Lang and naik Langkawi Cable Car Untuk breakfast, kami breakfast dekat area Dataran Lang je.. dah tak tau nak cari breakfast kat mana.. lagi pun senang, lepas breakfast terus menapak ke Dataran Lang..
Dataran Lang |
Seperti keadaan diatas, yang aku nak tunjuk.. Langkawi ni panas kemain.. cukup 4 hari aku sunburn nak dekat setengah tahun... sedih betul wuwuwuwu.. Selesai snap picture kat Dataran Lang ni, perjalanan diteruskan.. tak tau kearah mana nak dituju.. tapi Ali merangkap our driver and tourist guide., 'ala-ala" la tapi.. bawak pusing satu langkawi dengan kereta. Since masa datang ni bulan 2 hari tu.. masa ni musim kemarau dimana kesan-kesan pokok terbakar masih boleh dilihat.. memang panas sungguh masa ni..
Jalan-jalan sempat singah sini snap pic. Tak tau la ni dekat mana.. rasa menarik dan tertarik dengan view dia terus turun kereta and snap pic..
Kami singgah ke aquaria Langkawi.. yang berkeluarga boleh bawa anak-anak kesini ye.. tak jauh pun dari area Pantai Cenang..
Siap ada penguin.. seingat aku Aquaria kat KLCC pun tak da penguin.. hebatt..
Masa aku masuk sini, aku ingat kan shark ni palsu sebab aku nampak dia macam patung porcelain je.. memang seriously nampak palsu gile.. Tapi jadi yakin dia tak palsu bila nampak shark-shark ni berlegar-legar dalam air.. species ape laga agaknye ni ek.. ahaha..
Perjalanan diteruskan ke Langkawi Cable car. Tak ingat berapa bayaran per entrance, tapi seingat aku if ada student card leh dapat dengan harga student.
Beratur Baby haha.. 1 cable car tu boleh naik 6 orang ye.. Alhamdulillah tak payah tunggu lama sebab cable car dia memang banyak.. cuma nak beratur tu jer jenuh.. panjang Ya Rab.. kalau datang masa cuti sekolah gamaknya macam mana la ye.. masa kitorang datang ni tak dalah ramai sangat.. masih boleh digagahkan lagi..
View sepanjang dalam cable car.. subhanAllah.. cantikkan.. walaupun aku nebes dalam ni.. tinggi kot plus dengan angin yang mengoncangkan cable car tersebut.. aku ni berdoa lah dalam hati cepat lah sampai.. fuhhh..
Sayangnya masa pergi ni The Bridge tengah under maintenance.. tak dapat nak berjalan kesitu huhu..
Udara kat atas ni memang nyama.. sejuk kemain kat atas ni.. lepas tu gatal pergi makan ice cream -_-''.. for your info, makanan kat atas ni agak mahal dan limited choices.. so kalau nak save budget and rasa perut tu tak tahan tak makan nasi berlauk, mohon la makan siap-siap sebelum naik.. takpun bawak la cekedish dalam beg okey.. bawak air mineral siap-siap jugak.. sebab nak tunggu untuk ke sunset tu dah sekian.. kebanyakan yang naik cable car ni nak tunggu sunset.. kami pun menunggu jugak tapi tak leh lama sebab kami diarahkan untuk turun sebabnya kelajuan angin masa tu makin meningkat.. tapi sempat la jugak tengok sunset sekejap..
Seperti yang dikatakan didalam signboard tu, korang boleh tengok sunset start dari 6.30-7.00p.m.. kami sempat tengok dia turun tapi tak sempat tunggu sampai full setting..
Sempat snap pic ni je untuk sunset.. masih lagi cantik view dia bagi aku.. akhirnya one of objective datang ke Langkawi ni tercapai jugak..
Settle tengok sunset, turun dari Langkawi Cable Car kami pulang ke Motel.. Eh.. aku tak da cerita mengenai motel kitorang kan.. kat langkawi ni kami duduk kat Izz Room Motel.. tak ingat cost dia berapa pernight.. tapi kami kongsi 3 orang satu bilik.. rasanya tak sampai Rm80 kot untuk 3 malam.. kat sini ada perkhidmatan dobi and iron.. nak iron, satu item Rm0.50 yep..
Sampai kat bilik, mandi-mandi and cari makan time.. malam ni nak pekena seafood. Kitorang makan seafood kat Restaurant Haji Ramli kat Pantai Cenang.. Seafood dia memang terbaik lah.. ihhh.. tetiba teringin lak nak makan kat sana adeehhh.. jenuh ni nak fly ke langkawi pulak -_-''.. benda tak best bila terkenang-kenang ni la dia.. dia jadi teringin.. adoiii..
***
Pagi-pagi dah siap-siap keluar nak pergi Tasik Dayang Bunting.. ni diatas permintaan Ija baby.. rasanya trip ke Tasik Dayang Bunting ni Rm30.00.. Sebelum tu, breakfast dulu kat area hotel..
Tada.. dah kat Tasik Dayang Bunting dah.. Tapi ni baru entrance dia je tau.. kena menapak and hiking sikit untk pergi ke Tasik.. ambil masa dalam 15 minit juga.. tak adalah jauh mana pun.. tapi sempat mengah sekejap juga la kalau tak fit..
Kat sini life jacket tu kena sewa.. mahal.. Rm10.00 pulak tu satu.. agaknya tu jelah kot business yang diaorang boleh buat kat sini.. berendam kat sini tak lama.. tak silap dia bagi 2 jam je kot berhenti kat sini.. lepas tu kami gerak pergi tengok helang..
Nampak tak helang tu? memang banyak berterbangan..
Aktiviti ke Tasik Dayang Bunting ni settle tengah hari.. bila tengah hari, sebelum balik ke hotel, kami lunch dulu.. settle lunch, balik bilik untuk siap-siap keluar balik.. aktiviti seterusnya adalah melawat ke Makam Mahsuri..
Ada harga untuk entrance.. jangan tanya berapa sebab dah tak ingat.. sobb..sobb.. tak silap bawah Rm10.00 jer.. kat dalam ni banyak rumah lama zaman dolu-dolu.. dan diatas ni adalah makam Mahsuri..
Ini pula kejadian dimana tayar kereta kami bocor.. aihhh.. sejam lebih juga la nak tunggu sampai kereta baru..-_-''.
Dah dapat kereta, aktiviti yang dinanti-nanti.. shopping coklat!!! walaupun aku bukan kaki coklat.. coklat yang beli tu masih ada lagi dalam peti sejuk aku sampai sekarang -_-''.. tapi yang dibuatkan membeli jugak sebab seronok tengok orang pilih dan harga acah-acah macam murah je..
Lupa.. sebelum pergi beli coklat, kami singgah kat sini dulu.. hajat hati sebab aku nak tengok sunset, so Ali bawa ke sini.. agak jauh dari Pantai Cenang.. aku pun dah lupa apa nama pantai ni.. miannn -.-
Ok now, let's shopping!!
Hasil tangkapan kami..tak da lah banyak sangat..sekurang-kurangnya tak penuh satu bakul.. tapi habis nya makan ratus jugak kat sini -.-''.. settle shopping.. masak untuk balik and rearrange bag.. adehhh..
***
Masa umtuk pulang!! sebelum pulang kami sempat shopping lagi.. Ija nak cari perfume.. ni cari kat sebelah Aquaria je..
Dah.. dah settle dah update.. terasa update separuh hati jer.. sedih.. pengajaran jangan jeruk cerita lama-lama.. nanti tak da mood nak menulis.. Adehh.. kepada yang sudi baca sampai habis tu, terima kasih diucapkan.. kegigihan anda amat lah saya hargai :))
Till next update baby..*muah ciked*