Wednesday, 11 January 2017

Backpacking Trip ke Seoul, Korea

Share it Please


Saja belanjar gamba kekeke.. hari ni aku nak update sikit backpacking trip ke Seoul, Korea bulan 4 2016.. lamakan baru nak update.. hohoho.. macam aku cakap kat previous post la.. tengah mengidam nak ber 'blogging' balik >.< .. tapi kan.. sebelum tu aku nak minta maaf la kalau korang terjah kat blog aku ni sebab nak cari info backpacking trip aku ni and of course korang mesti nak cari budgetkan...Maaflahhh.. trip kali ni aku tak focus sangat sebab sepanjang kat Seoul aku tak berapa sihat.. so tak teringat nak jot down every duit yang keluar tu.. dan lagi, itinerary pun Idayu yang settlekan dan kami hanya follow lady boss jer sebab dia yang handle semua kan.. So motive entry aku kali ni adalah??? saja nak mengabdikan memori di Seoul kat sini and share a lil bit info yang masih aku ingat dengan korang :)

Ok aku tarik balik kakaka.. cek cek phone ada aku tulis semua perbelanjaan aku.. hoho.. miannnn.. ok boleh la kongsikan dengan korang kan.. tapi aku rasa tak sedetail mana sebab aku tengok balik pun aku tak paham ahaha.. ok dah.. jom la kita..


Tiket flight ke Seoul aku beli awal.. mungkin tahun lepas kot.. masa tengah promo. harga flight Rm600 return KL-Seoul-KL... hotel aku tak ingat.. trip kami 6D5N.. seriously?? jap aku kira.. ok betul.. 21hb April 2016 - 26hb April 2016. Duit belanja yang aku tukar untuk dibawa kat sana seingat aku around 1.2k..tapi aku ada withdraw kat sana sebab nak shopping punya pasal huhu.. Tapi kalau korang tak shopping, RM 1K is enough untuk korang bawa dan belanja kat sana. 

Entry aku cerita ikut hari ye..

DAY 1 (21/4/2016)

Flight kitorang pukul 12 tengah malam dan penerbangan ke Seoul pula mengambil masa 6 jam lebih.. sampai dekat Seoul masa tu masih belum terang sepenuhnya dan berkabus.. sejukk oiii..

Sebaris ahli rombongan 

Tengah tunggu train untuk ke hostel
Kami ambil train untuk ke Guesthouse dan you know what, Guesthouse ni milik orang melayu kita. Tak sempat temu ramah beliau sebab tak jumpa pun. Dan sorry tak ingat nama Guesthouse ni.. tak membantukan? sobbsss..

Sebelum pergi Guesthouse, kami singgah kat Namdaemun, Namdaemun ni kami hari-hari singgah sebab kat sini banyak jual barang macam baju, kasut, barang kosmetik, shawl, makanan, jewellery and all..

Gini la rupa Namdaemun tu..

Kat sini korang nak cari barang-barang murah banyak sangat.. selamat bershopping la ye..

Lepas check-in kat Guesthouse, kami siap-siap nak berjalan la.. plan untuk hari ini

Gyeobgbokyung Palace > Gwanghwamun Square > Namsan Tower > Yoogane (for dinner)

1) Gyeobgbokyung Palace = Entrance Fee 3000 won

Selfie dulu :)




Kalau tengok drama korea yang lama-lama tu, ni la tempat maharaja bersemayan.. gitu ke eja dia ahaha..

Aku ingat ni tempat diaorang buat jamuan kalau ada kermaian 
Palace ni bosa sangat.. tak habis tour pun.. cover depan jer, tu pun lama jugak.. korang kena spend masa kat sini mungkin 2-3 jam untuk habis melawat semua kawasan >.<

Done here, next ke Gwanghwamun Square. Lokasi berdepan dengan Gyeobgbokyung Palace je. 

2) Gwanghwamun Square = Free


Aku actually tak tau and tak kenal pun siapa mamat ni.. macam aku cakap, aku tak buat research pun masa datang Seoul ni, so follow je.. yang pasti ramai take turn bergambar dengan dia ni.. kalau ada sesiapa boleh bagi tau boleh la share kat comment :D

Suka warna dia :D


Kat Gwanghwamun Square kitorang tangkap gambar je then terus move ke Namsan Tower.

3) Namsan Tower = Cable Car (Round Trip) 8500 Won

Sampai kat Namsan Tower ni dah nak masuk malam.. Sojuknya lahai.. aku tau aku ni bukan tahan sejuk pun, tapi tak sangka la sojuk bona kat Seoul ni.. nasihat aku untuk korang yang tak tahan sejuk, walaupun datang bukan dalam musin sejuk, make sure bawalah pakaian yang bersesuaian and belilah hot pad yang besar untuk letak dalam poket baju. jangan beli yang kecil genggam dalam tangan tu, tak berkesan yang tu.. kalau boleh bawa la banyak-banyak. aku beli 2 packet yang each packet ada 6 pcs pun tak cukup. tidur pun genggam jugak -.-

Namsan Tower
 

kami memang suka bergambar lalalala
4) Yoogane 

Ok dah.. then kami move pergi dinner.. Sayangnya aku takda snap pic masa dinner. Kami makan nasi goreng. Aku sebenarnya tak boleh terima betul rasa makanan korea >.< macam tak cukup rasa je.. tapi masa makan kat sana, aku paling suka shredded cabbage ngan sos dia, tak tau la letak apa tapi sedap gila :D

Gambar ihsan Theseoulguide

Kami makan nasi goreng kat sini

yang kiri tula rupa shredded cabage tu.. sos dia sedap.. rasa epal :D

Ini menu dia, kami pilih yang 10000 won tu, tapi not sure belah kiri ke kanan
Settle makan, balik Guesthoust balik

DAY 2 (22/4/2016)

Plan untuk hari ini

Rail Bike > Nami Island

1) Rail Bike = 9500 won for a ride 

Untuk ke Rail Bike, ambil subway exit Yongmun exit 1. Rail Bike ni ada dalam Running Man aku rasa.. Bike ni bukan jalan sendiri tau, korang kena kayuh :D



Aku kongsikan dengan korang Vid aku ambil masa tengah ride :D
video

Rehat kejap sebelum kena ride patah balik ke starting point :D
Cover album kakakaka
Settle sini, kami ambil subway ke Nami Island pula..

2) Nami Island = 8500 Won

Untuk ke Nami Island, dari subway kena ambil taxi ke ferry. kitorang kena 1200Won/person. untuk entrance ke Nami Island bayar 8500 Won.

Plannya nak pergi Seoul musim bunga konon-konon nak tengok sakura, tapi masa kitorang datang ni dah hujung-hujung spring :(..So sakuranya nan hadooooo.. dapat tengok sepokok pun jadi la :D








Basikal ride kat sini 5000 Won/ hour.


Lunch kami lunch kat sini juga. Makan nasi goncang. 6500 Won harga dia

Rupa nasi goncang
Tersenget pulak :D.. kena pakai glove tau nak goncang nasi ni..

Kami habiskan separuh hari juga la kat sini.. balik ambil taxi ke subway 400 Won/person.

Day 3 (23/4/2016)

Buckchon Hanok Village > Itaewon > World Cup Stadium > Yeouido Park > Hangang Cruise

Actually yang Hangang Cruise tu tak ada sebab kami sampai dia dah tutup kekeke..

1) Buckchon Hanok Village

Kami pergi sini sebab nak try pakaian traditional korean yang disebut 'Hanbok'.. kalau pesen suka tengok cerita korea lama mesti teringin nak pakai pakaian traditional ni.. macam aku la :D


sorang fefeeling queen, sorang fefeeling pwincess, ada jugak yang fefeeling gundik ahaha

Tempat yang kami pergi ni, fees untuk pakai Hanbok dan dapat gambar dia adalah 8000 won

Settle sini kami tak jalan-jalan pun pusing kawasan dia sebab masing-masing tak larat.. Nasiblah kami ni jenis kalau tak larat tak push untuk pergi jugak :D

lepas tu kami ke Iteawon untuk dinner

2) Iteawon

Kat sini banyak restoren halal, so siapa yang tinggal area sini takda masalah untuk mendapatkan makanan halal tau.. kami makan kat kedai Eid tak silap aku..

Ini yang aku order.. tak ingat la nama dia tapi ayam dia besarrr sangat.. ni kira makanan traditional diaorang :D
lepas makan kami move ke World Cup Stadium

3) World Cup Stadium 

Datang sini sebab nak bawa Iwan je.. motifnya.. bergambar :D

kami dah sampai :D


Next kami move ke Yeouido Park. Samapi kat Yeouido Park dah gelap then kami move ke Hangang Cruise. Hajat hati nak naik Cruise, tapi sayang Cruise dah tutup kekeke..

Day 4 (24/4/2016)

Lotte World > Cheonggyecheon stream > Gwanjang Market> Hello Kitty Cafe

Forth day yeay!! sesungguhnya sis dah lunyai bila sampai hari ke-4 T T.. gambar kat bawah ni sis dah tak larat nak jalan.. not even close to our first destination yet :D.. seriously, first time sis travel sis rasa tak larat giler nak jalan.. subway korea memang menduga ketahanan mental dan fizikal T T. Nampak sis senyum je dalam pic kan, hakikatnya sis menderita ahahaha.. drama sikit :D

Ok lets.. First location kami adalah Lotte World sebabnya nak pergi Hard Rock Cafe.. masa tarikh ni aku dah habis cash untuk shopping di HRC.. so nak kena withdraw la cerita dia :D untuk korang yang desparate nak withdraw macam aku (mata keatas :D), boleh pergi KEB HanaBank.. insyaAllah confirm boleh withraw yer.. Bank banyak kat sana, so no worries.. yang perlu dirisaukan, duit yang keluar kakakakaka :D




Done shopping, kami jalan ke Cheonggyecheon Stream.. inilah perjalan paling jauh sis pernah jalan.. nanges wooo.. tapi takpe, bukan selalu jalan negara orang kan.. jalan-jalan sambil tangkap pics jer la kami.. Aku ada snap pic sepanjang berjalan tanpa arah :D



Lepas tu kami terus ke Gwanjang Market.. market ni kira macam pasar basah kat sana.. ada jual macam-macam.. tapi kami jalan tengok-tengok jer la.. tak pasti la market ni ada masuk dalam RM ke tak ahaha.. tapi hari kami pergi banyak tak bukak lagi -.-





Done sini kam pergi ke Hello Kitty Cafe yeayy.. makan-makan time...errr more tu bergambar actually :D


My order :D it cost me7500 won 








Kat sini semua pink sehinggalah terasa betapa pinknya diriku hehehe..
Ok done untuk hari ini :)

Day 5 (25/4/2016)

Everland > Yanggood 

Hari yang ditunggu-tunggu!! EVERLAND!!! yeayyyy!! aku nyari tak pergi tau sebab demam malam tu.. Alhamdulillah pagi aku macam dah ok sikit so gagahkan untuk pergi juga. Aku ni masa kat korea pesen bila malam demam panas sebab tak tahan sejuk.. bila siang ok la pula kecuali sakit kaki :(
Bagi yang tak tau, EVERLAND ni adalah salah satu themepark yang ada kat Korea.. kalau kita kira macam Genting Highland tu la.. dalam tak sihat sis, segala game sis naik termasuk Rollercoaster kayu tu :D



sis pakai 4 lapis baju sebenarnya T T



Nampak tak frame kayu untuk Roller coaster track tu.. yang tu la maksud sis


tengah tunggu turn :D
Dalam Everland pun ada Safari.. untuk first timer yang baru masuk safari macam aku.. bestttttttt sangat ahaha.. banyak haiwan dia mostly tiger, lions, and bear :D




Kami habiskan separuh hari dekat Evreland.. dah malam pergi cari dinner dekat Yanggood pula..


Kalau datang korea macam tak lengkap pula kan kalau tak perkena BBQ.. kami pergi Yanggood :D.. rupanya ramai malaysian yang pernah datang sini.. KJ pun pernah kot.. tak ingat aku tengok gambar siapa yang ada lekat kat dinding.. Makan kat sini sorang kena 10500 won..

Ok dah.. sekian entry aku untuk trip ni.. panjangkan.. ni pun ambil masa berminggu-minggu untuk aku settlekan.. aku minta maaf if entry trip kali ni tak informative enough.. sobb sobbb

Till next travel entry :D


















Followers

Busuk!