Monday 29 April 2013

Review 'Instabul Aku Datang'


Yup.. dah berzaman cerita ni kan aku baru nak tengok.. kesian kan.. banyak reason kenapa aku tak nak tengok cerita ni pada awalnya.. first, sebab tomok berlakon -_-''.. ini alasan paling kuat kenapa aku tak nak tengok cerita nih.. bukan sebab aku tak suka tomok eh.. dulu-dulu masa zaman hingusan, mak peminat setia Newboys okeyh.. ahahaha.. opss.. terbocor lak rahsia.. cuba ke kiri.. kanan.. sejarah mungkin berulanggg~~ walau engkau ku maaf kan.. haaaa.. jangan sampai mak nyanyi.. jejaga.. jejaga.. hehe.. cukup bukti aku peminat setia tomok suatu masa dulu?.. cukup? so, reason kenapa aku tak suke tgk tomok berlakon, sebab aku rasa mesti tak best kerana suatu masa dahulu aku pernah tgk gak dia nih berlakon.. kualiti lakonan? so-so.. layakkah aku mengkritik? well, hak mengkritik hak individu walaupun induvidu tersebut tak pandai berlakon.. hehe..

Sebab ke dua.. aku kurang sikit la tengok cerita melayu yang romantik-romantik ni.. aku ada satu penyakit malu tengok orang bercinta depan aku.. gituu.. boleh ada penyakit gini? ahaha.. Maka disebabkan itulah.. aku tak tengok cerita nih biar pun orang dok kata-kata cerita ni best..

Then, kenapa la pulak sekarang baru nak tengok? sebabnya.. first, aku dok lah dengar kwn2 aku ni cerita, comel la Lisa pelat S, ada yg tacing2 bagai tengok cerita ni.. maka oleh itu, timbullah juga niat aku nak tengok cerita ni.. keduanya, bosan sebab aku takda buat apa weekend ni.. so aku pinjamlan cd ni kat housemate aku.. berbekalkan semangat ingin tahu, aku pun gagahkan la tengok cerita ni sambil tutup2 muka dengan bantal -_-''

Hmmm.. overall, aku rasa cerita ni ok lah.. lakonan tomok? ekk.. aku bayangkan Yusri dengan Lisa, Lisa dengan Tomok, Tomok, Lisa, Lisa, Yusry, Yusry, Tomok, Tomok, Yusry..haa.. nmpk apa yang aku cuba nak sampaikan?? kalau yang tak nmpk lagi tu meh aku buat pencerahan.. Aku rasa mcm tak kena jer Tomok digandingkan dengan Lisa.. aku rasa la.. korang rasa aku tak tau.. hee.. 

Lagi satu kan, aku hangin tol la dengan reason si tomok tu curang ke Lisa.. "I sunyi".. cettttt!!
itu la lelaki, pantang kena tinggal kejap jer dah cari yang lain.. sunyi lah, I sesat tanpa u lah.. hello, nak i sediakan kompas ke hati i ker??? duhhhh~~ ha.. kan mak dah emo.. *bebetul kain*
Lepas tu.. selalu perempuan jer yang berusaha utk pergi kat lelaki tu tak kira lah jauh mana pun lelaki tu.. si tomok tu hader?? kalau rindu balik la Mesia.. bukan dengan alasan cari perempuan lain.. huh.. tak payah cakap la cinta jarak 8000km tu.. cinta jarak 100km pun payah kan.. Emo lagi.. *Bebetul tudung*

Yikess.. dah nak kul 6.. mak tak solat asar lagi...tu la jemah sangatkan.. pendek cerita, cerita ni oklah.. ada part2 yang kena amek pengajaran tu, sila amek la ye.. contoh, mmg tak manis anak dara duduk serumah dengan lelaki bujang.. hello, walaupun kita sendiri tau apa yang kita buat.. no..no..no.. not good.. sesungguhnya zaman sekarang dah ramai orang menerapkan nilai2 gini kan..'biarlah orang nak kata apa, janji kita tau apa yang kita buat'.. true.. tapi for me.. ada sesuatu perkara yang kita tak boleh ambil sikap macam nikan.. renung-renungkan..

Assalammualaikum..


Continue Reading...

Sunday 28 April 2013

Diving Course in Tioman Island

Yuhuuu.. It's me again.. aha.. yeah.. me la.. siapa lagi... tukang merapu kat sini.. heee...

Ok..ok..ok.. ni nak citer.. since I'm so excited nak amek Diving Coursekan, so ni aku ada buat survey sikit-sikit.. hajat hatinya nak ambik bulan 9 ni.. lambat lagi kau, tapi semangat dia.. nampak kan? nampak kan? hee..

Aku planning nak ambik kat Tioman jer.. sonang.. tak adalah jauh sangat nak pergi kan.. aku rasa la.. around 2 and half hour from batu pahat right? abaikan.. that one cerita later.. So for now, meh aku listkan centre yang provide Diving Course kat Tioman

Diving Course + Accomodation


Diving Course without Accomodation


Setakat ni, ini yang aku jumpa and aku berminat dengan Genting Damai Tioman sebab, first, dia provide tiket ferry pergi balik, second sebab dia provide accomodation with 3 breakfast, 3 lunch, and 2 dinner.. Third, ada BBQ!!!!!! and all for RM1350.00 single, Basic Chalet.. okey kan? bagi aku okey sangat la tu sbb aku tak payah fikir pasal tempat nak stay and makan and tiket ferry bagai.. sume dah disediakan..

Alrite.. itu saja update aku pasal cita-cita nak amek Diving Course ni.. Hopefully jangan hangat2 taik hayam jer eh ul.. Hwaiting!!

Assalammualaikum..


Continue Reading...

Nama bakal anak dia kena amek la..

Sesungguhnya aku sungguh bosan dan tak ada kerja.. golek..golek..golek.. paksa mata tidur pun dia tak nak tidur.. kadang-kadang hidup gaya gini pun boleh buat aku stress.. tak ada aktiviti langsung nak dibuat.. Tapi nak berjimba waktu-waktu gini tengah sosak.. sobb.. sobb.. Jadinya aku membawa diri lah kesini.. diruangan dimana hanya ada aku dan kamu.. ewahh.. kemainn..

Aku sebenarnya nak citer ni.. aku tanya eh.. ni untuk orang-orang bujang yang tak kahwin lagi la.. erm... korang dah pilih dah nama anak? erghhh.. ahahaha.. kalau tak pilih pun, pernah usha-usha link yg senaraikan nama-nama bayi dalam islam? aku pernah... hehe.. ni sebab nak cari nama untuk anak buah aku la.. Untuk nama anak sendiri pun pernah.. verangan.. ahaha.. 

Macam mana lak leh nak cerita pasal ni kan... gini, pagi tadi kwn aku bbm cakap kat aku dia sedih.. aku tanya la kenapa sedih? Dia kata, officemate dia bagi nama anak dia 'sekian', dia sedih sebab dia dah lama simpan nama 'sekian' tu untuk bakal anak dia.. kemain sedih dia.. aku gelak jer yang mampu.. sedih eh nama pilihan utk anak kena ambik ke orang? Aku suh cari nama lain tak nak.. nak nama tu gak, kunun gabungan nama ngan bakal laki dia and dia nak setiap anak perempuan dia ada nama 'sekian'.. ikut ko la sha.. 

Tu jer lah kot omong kosong aku petang-petang gini.. bosangggggggg... Tak sabar lak aku nak balik KL rabu ni.. nak main candy crush!! main pakai broadband nih buleh sakit jiwa aku..sob..sob..

Till next entry.. xoxo

Assalammualaikum
Continue Reading...

Saturday 27 April 2013

Jealousy is a good thing :)


Have you ever been jealous with someone?

For me.. yeah, I do have... especially to that 'someone'..

Why did i say that jealousy is a good thing?

Because, whenever i looked at him and he's doing everything i wanna do, I get jealous and somehow, it inspire me and making me wanting the same thing as he does..

Knowing him make me realize, I can do anything I wanna do in my life.. If you want something, you have to work for it.. don't wait for it to happen.. Nothing comes easily in life..

It'a a blessed.. knowing him :).. He's my inspiration to live my own dream and he's my best friend :)

I think you guys have that 'someone' too right.. who inspire you.. :)

Assalammualaikum..

Continue Reading...

Friday 26 April 2013

Saya mahu belajar Diving T T

Dah lama aku simpan hajat dihati, tapi baru sekarang nak semangat nak membuatnya.. dan bila semangat tu dah ada, tetiba ianya dihancurkan seperti dedaunan kering yang diremuk-remukkan.. uwaaaaaa...

Nak belajar Diving kena tahu berenang ke? aku tak tahu... huuuu... tgk requirement dia ni ha..



Yg underline with red colour line tu.. tapi bila aku baca yg dlm bracket tu.. owhh.. kalau pakai mask, snorkel and fins boleh kot... tulah baca tak abes lagi emo lebih.. ahaha.. 

Yg survival float tu pakai concept tenangkan minda anda, kosongkan dan anda akan terapung-apungan.. gitu jer kan.. heee...

Aku tengok course tu kat sini 'Eco-diver'

Sebenarnya dah lama aku simpan semangat nak bejalar Diving ni.. mesti seronokkan main dalam air, tengok keindahan laut, bermain dengan ikan-ikan.. terasa diriku seperti seekor mermaid.. erghh.. mermaid sangat.. kelasss..ahahaha.. 

So berbekalkan azam, bila aku dah kaya nanti aku nak g register.. hehehe.. doakan aku dapat diving licence okey.. siap ada Final exam lagi tu *lap poloh*

 Hwaiting Ul!!

Assalammualikum :)
Continue Reading...

Thursday 25 April 2013

Are you 'Otaku' enough??

Are you?

Heee... for me, I'm a fan of anime and manga but not to that level so called 'Otaku'..

From Wikipedia, 'Otaku' can be described as,

"Otaku (おたく/オタク?) is a Japanese term used to refer to people with obsessive interests, particularly (but not limited to)anime and manga."

Example of  Otaku's room.. dasyat kan..
Credit: Google
Ok, change mode to BM.. sorry to my international reader... wahhhh... kemain.. kelas ko jah ada international reader.. kikiki.. mak lebih selesa bercerita dalam bahasa melayu, plus BI mak hancus walaupun dari kecik smpai kebesar belajar English kan.. nak nak part grammar.. sighh.. how to improve eh? of course la you have to practice a lot kan.. ok.. ok.. that one story later k.. now now mak nak story pasal ni dlu.. weeeeee... lets mina-san :)

So untuk hari ini, aku nak bercerita tentang minat aku yang satu ni.. lagi satu aku pun kaki game jugak.. wuwuwu.. cume sekarang dah slow down sikit sebab dah banyak commitment and tak ada masa.. kalau tak dulu, aku boleh mengadap PC dari pagi sampai kemalam.. makan pun tak heran sebab nak leveling punya pasal kan.. huuuu..

Siapa masa kecik-kecik suka tengok kartun? Sah semua suke kan.. nak-nak time Sailormoon ngan Dragon Ball dulu.. celik biji mata terus ngadap tv.. tak bergerak langsung tu.. nak tengah hari baru nak mandi.. itu aku la kan sebab jadual cerita kartun aku sabtu ahad start dari 8 pagi sampai kul 12 tengah hari.. heee...

Itu masa kecik-kecik kan.. tapi aku masih mengamalkan tengok anime ni sehinggalah sekarang walaupun umur aku dah 27 tahun huhu.. mak aku selalu bising, dah besar2 pun tengok kartun lagi.. pastu aku suke jawab gini ke mak aku.. "mak, kartun-kartun ni budak kecik tak tgk tau.. orang besar je yang tgk sebab kalau budak kecik yang tgk sah diaorg tak faham.." haa.. betul tak kata aku? betulllll... aku confirm dorang takkan faham punye lah.. Cuba korang cakap mcm mana diaorg nak faham konsep politik dalam sesebuah negara? lepas tu macam mana diaorg nak faham konsep aura-aura nih, pengaliran tenaga dalam badan lah ape lah.. Macam Detective Conan tu, setiap analysis dia, ingat budak-budak tu faham ke.. aku pun kekadang tak faham.. ahaha.. 

Meh aku listkan anime yang aku suke layan..


I'am a big fan of 'One Piece'!!!!!! Aku start baca manga dia masa aku form 3.. aku ingat lagi adik aku pinjam dari kawan dia.. sejak itu, aku follow OP sampai lah sekarang.. dah nak 15 tahun kot cerita ni tak abis-abis lagi.. baru sampai half okeyh.. Eichiro Oda please don't die before you finish up this story.. Pleaseee...

Mak kan, tengok cerita ni sampai nangis-nangis.. nampak emosi dia canne? especially masa Going Merry kena bakar, cerita hidup Robin, cerita kat kg Nami pun sedih.. sedu sedan mak baca and tengok okeyh.... Lepas tu lagi satu yang aku suka pasal OP, cerita dia buat aku suka berfantasi.. aku excited bila diaorang pergi ke negara atas langit, Skypie, ke Mermaid Island and banyak lagi pulau yang pelik-pelik.. walaupun rasa macam bengong2 jer kan tapi aku wish benda tu wujud.. mesti bestkan nak explore tempat-tempat pelik macam tu.. dalam diam aku rasa nak jadi pirate sbb nak seek for adventure kat luar tu.. nampak pengaruh dia mcm mana? ahahahahaha.. 


Bleach
Naruto
Sorry to say, i'm no fan of Naruto and Bleach.. bagi aku cerita ni meleret and aku tak faham motif cerita nih.. 

Ok, bawah ni antara anime and manga yang aku layan.. 
Slam Dunk
Prince of Tennis
Vampire Diaries
Inuyasha
Get Backers
Ouran High School Host Club
Kekkaishi
Pandora Heart
Aku suka Pandora Heart ni.. Tapi tengok cerita ni buat aku sakit jiwa.. Sakit jiwa tahu.. huhu.. kalau nak tau nape, sila lah tengok..


Pokemon
 Who's that Pokemon?? anda masih ingat lagu ni? ahaha.. mak suke okeyh...

Bile tengok Pokemon and Digimon, seyes aku nak sekor binatang mcm diaorang tu.. huhuhu..

Skip Beat

Ni satu lagi anime yang aku suka.. aku punya la suka sampai berpuluh-puluh kali la aku ulang sampai nak jahanam dah lah cd tu.. Nape aku suka cerita ni? sebab hero dia cool + hensem.. aku wish nak ada boyfriend mcm ni okeyh.. tinggi dan hensem.. *melting*.. dan.. dan.. dan.. tengok cerita ni punya pasal aku tetibe ada cita-cita nak jadi pelakon.. ehhh.. ahahahahaha.. Serius best cerita ni.. :)
Shaman King
Beyblade
Dash Yonkuro
Siapa ingat lagi cerita Dash Yonkuro? masa kecik-kecik dulu aku suke kot.. masa zaman anime ni, berleluasa la penjualan kereta tamiya kat kedai.. sape yang fanatic tu, segala jenis tayar ada, spare part, engine semua ada.. aku mampu beli yang murah jer la.. buat main lumba-lumba ngan adik.. hehehe..

Detective Conan
Doraemon
K-ON
Kaichou Maid Sama

Letter Bee
Samurai X
Saiyuki Reload
Law of Yuki
Sailor Moon
Dragon Ball
Ok, siapa masa kecik-kecik tak layan Sailor Moon ngan Dragon Ball, aku tak tau la nak kata ape kan.. Aku sampai kena marah ngan kawan-kawan aku sebab pukul 5 jer mesti nak balik umah nak layan Sailor Moon.. padahal dulu pun dah tgk masa tayangan pagi kat TV2.. huhu.. sampai sekarang diaorg ungkit ok..

Fairy Tail
Fullmetal Alchemist
Actually, selain anime and manga ni seronok ditengok, tapi ada jugak yang boleh buat aku stress and sakit jiwa dan jugak emosi.. kelakar kan.. padahal katun jer pun.. Dan lagi, ada jugak antara anime ni kalau aku tengok yang aku banyak beristighfar dalam hati.. boleh terpesong akidah tahu.. so bagi aku, ada jugak jenis katun yang tak sesuai ditengok oleh budak-budak contohnya Fullmetal Alchemist ni.. bila aku tengok cerita ni, aku banyak berfikir.. satu dari segi storyline, satu dari segi pemikiran penulis cerita ni.. nak cakap, bagi aku cerita ni ada sikit-sikit fremason.. bukan sikit la.. banyak.. plus bila aku tengok cerita ni, dia mcm nak sampaikan satu maklumat pada kita.. tak tau la kan.. mgkn aku terlebih fikir ke.. Ini pun antara cerita yang buat aku pening kepala tengok huhu..

Ok, done with anime yang popular kat Jepun.. so now jom tengok anime yang popular kat negara kita pulak.. Tak tau la budak-budak zaman skang sempat tengok ke tak kan, tapi siapa yang lahir tahun 1980-an sure familiar dengan katun nih..

Anak-anak Sidek 
Keluang Man
Usop Santorian
Siapa tak kenal anak-anak Sidek? tipu la kan tak kenak siapa Rashid Sidek ngan Misbun Sidek.. Komik anak-anak Sidek antara komik yang popular jugak kan suatu masa sulu.. bersungguh court, shuttle ngan racket borak cerita pasal anak-anak Sidek ni.. Siapa nama abang dia yang paling nakal tu eh eh.. Misbun la kan? aku pun dah lupa..

Second, Keluang Man.. Hero dari rumah sakit jiwa.. aku suka katun ni.. lagu dia pun sedap..siapa ingat lagi?


Dia .. bagai seorang pahlawan 
Menjadi pembela pada yg tiada upaya 
Dengan ketangkasan.. langkah pergerakannya 
Menewaskan musuh.. yang membuat angkara 
Dialah satria...
Biar pun dimana jua 
Dia datang dikala malam tiba 
Melakukan tugas mulia 
Didesa juga dikota 
Dia akan memberikan bantunya 
Demi hidup aman sejahtera 
Keluang man.. keluang man.. keluang mannnnn...

Ha.. siap dengan lirik sekali aku kasi.. heee..

Ok.. next Usop Santorian.. cerita budak-budak kampung.. tapi aku rasa yang paling popular Selebet seekor ayam.. huuuu..

Bawah ni pulak kartun alaf baru.. aku sure budak-budak sekarang layan katun ni jer kan... aku pun layan jugak especially Boboiboy.. Aku cop Gopal.. ahaha.. aku rasa dia la watak paling kelakar sekali.. aku suka every words yang keluar dari mulut dia.. spontan n funny :)

Upin dan Ipin
Boboiboy
Okies... that's all for today.. aku nak sambung layan cerita korea sat.. 'The Greatest Love'.. ni cerita lama, tapi baru nak layan.. pinjam CD kat housemate den..



Semua gambar cekau dari Google :).. Terima kasih Google..

Bye..bye..bye..

Assalammualaikum.. 
Continue Reading...

Wednesday 24 April 2013

Wordless Wednesday #2


Just be yourself :)
Happy wednesday guys :)

Assalammualaikum
Continue Reading...

Sunday 21 April 2013

SHARP Refrigerator dan sebungkus Mee Maggi

Huarghhhhhh.... *gosok-gosok mata*...
Golek... golek.. golek.. golek... mata aku nih tak nak jugak tidur.. time hari-hari sejuk gaya gini tak nak pulak dia tidur kan.. tengah-tengah panas boleh lak dia tidur siap selubung pakai comforter lagi.. *berpoloh*

Oleh kerana aku tak dapat tidur, so aku nak update sikit benda yang buat aku gembira pada hari sabtu hari tu.. weeeeee :))

Cerita dia, rumah sewa aku dah ada fridge!! Yeay! Banzai! Banzai! Banzai \O/ \O/ \O/
Kecoh kan, macam la umah orang lain tak da.. alaaa.... dengar la citer aku dulu... sob... sob...

Cerita dia gini...
Pada suatu bulan, aku telah pindah ke rumah sewa aku ni demi mengejar cita-cita yang baru tercipta.. adat la rumah sewa kan, tak semuanya fully furnished. So cerita nya, rumah sewa aku ni tak dilengkapi dengan fridge, tapi dapur nak masak adalah.. ok finelah, itu bukan satu masalah bagi aku.. katenya pada ketika itu.. 
So bila aku lapar-lapar, aku akan makan maggi.. standard la kan dok umah sewa kan.. katanya pun student.. nak masak kat sini agak susah nak beli barang basah sebab kedai runcit nak beli barang basah tu nan hado.. kalau nak, kena g kat pekan tu.. kalau aku yang pemalas ni, mmg tak la aku nak belikan.. so cara mudah, masak maggi jerlah.. Asal lapar n malas masak, aku makan maggi.. Siap dalam satu hari tu buleh makan dua kali tahu!! Aku rasa macam addicted pun ada gak.. pernah sekali baru lepas makan nasi, tetibe aku teringin makan maggi, so aku makan la pulak sebungkus maggi selepas makan sepinggan nasi.. hurmmm.. orang kata aku bela saka -_-''.. orang kata la.. aku tak kata..

Boleh kata, kuantiti yang aku ambil tu 4,5 bungkus dalam satu minggu.. gilerkan.. paling kurang pun dalam 2 bungkus macam tulah.. So nak dijadikan cerita, oleh kerana pengambilan yang bagi aku pada tahap keterlaluan, muka aku mula mengalami perubahan.. ape dia? meh negok.. wuwuwuwuwuwu..


satu jerawat kat dagu
Jerawat kat dagu tak hilang lagi, dah naik lagi satu and kat area atas mulut

Ini paling latest, jerawat naik bersungguh2 kat pipi kiri dan kanan, dagu dan area atas mulut.. uwaaaa!! *tgk jerawat yer, bukan lubang idung kekeke*

Nampak perubahan dia? ini kecewa!! sob.. sob.. T T..

Disebabkan pencambahan jerawat yang bersungguh-sungguh kat muka aku, aku mula risau.. tapi itu pun aku tak stop lagi makan maggi.. aku budget mungkin sebab aku makan supplement VCO.. healing crisis la konon.. mmg la 'healing crisis' pun sbb dia kuar kan semua toxin dari badan aku.. tapi keluarkan kat muka tu yang tak tahan tu.. sobb..sobb.. bila aku mula risau, entah macam mana, Allah telah ilhamkan pada aku untuk google tentang bahaya maggi nih.. Lepas tu, kebetulan pulak fat FB member aku post kan gambar kat bawah nih...



Takut kan? huhuhu... so sejak itu, aku telah tobat dan insaf.. dah sebulan lebih kot aku tak makan maggi.. tapi hari tu adalah makan sebungkus sebab lapar gila and malas nak masak.. ehek :)

Sekarang, alhamdulillah, jerawat kat muka aku dah tak naik dah.. berkat berusaha bersungguh mengeluarkan toxin dalam badan.. actually, jerawat tu dah satu hal, lagi satu hal adalah kesihatan organ dalaman kita.. Jerawat tu indicate kat mana organ dalaman kita memiliki toxin yang tinggi.. kalau nak tau, (sila baca sini).. kira jerawat tu amaran Allah swt ke aku yang sekarang ni badan aku dalam kondisi tidak sihat dan sekiranya berterusan boleh membahayakan diri sendiri.. Segala yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.. :))

So sekarang, nak citer pasal fridge baru kat umah aku!! yeay!! ini pun bermula dengan cerita sedih jugak ni.. wuwuwu.. cerita dia, fridge ni dibeli dengan didahulukan duit oleh mak housemate aku.. baikkan mak dia.. nak tunggu kami beli.. ngeeeee... memasing budget.. tetapi mmg ada niat la nak beli.. Nanti kami bayar balik yer makcik *kekelip mata*..Housemate aku ni pun sama, di sebabkan dia sakit la, mak dia tolong belikan fridge tu dulu.. 

Meh tengok fridge kitorang.. *muka riak*


 Bukan yang besar hitachi tu, tapi yang kecik belakang keta aku tu jer.. heee
 Abam delivery tulun angkat kan..
Nampak? rate 5 bintang lagi tu *flip tudung* kekeke.. motiff??

Alhamdulillah, dengan adanya fridge baru ini, kami bersungguh2 g beli bahan basah kat pasar heee... lepas ni anak mak rajin dah masak :).. bahagia terasa dijiwa dengan hadirnya fridge baru ini.. nampak over dia camne tu? nampak? kekekeke.. Terima kasih kepada makcik sebab merealisasikan impian aku untuk ada fridge kat umah ni.. sayang makcik.. muahhhhhhhh :))

Assalammualaikum...
Continue Reading...

Friday 19 April 2013

Harga emas turun lagi??

Wah tajuk.. kelassss kau jahh... Nah gambar.. Bling Bling tak biji mata?? heeee..

Kedai Emas Nazman
Harga emas turun lagi??? homaiii.. sah semua perempuan seantero Malaysia ni excited.. nak-nak hari jumaat ni semua pakat pergi kedai emas survey-survey.. Actually aku ada dengar jugak harga emas turun.. tapi aku tak amek port sgt.. Ni kawan aku cakap, dia tengah survey gelang kat Habib sebab harga emas turun lagi.. aku tanye la.. turun berapa banyak 1g? Katanya semalam 1g RM155 pastu hari ni RM130.. Homaiii.. tokojut den.. apesal tetibe harga emas jatuh sampai gitu? tak silap aku last aku beli harga emas RM198 kot.. aku rasa la.. kalau tak betul pun around that price la for 1g.. jauh kan RM 198 ke RM130 tu.. jauh tuu~~~

Since aku ni tak minat sangat emas, tak dalah hati nak beli pun.. tapi kalau beli pun apesalahnye dak.. untuk pelaburan dimasa akan datang and dimasa sengkek.. Harga emas ni bukan leh caya.. tetibe je dia naik.. ikut suke dia jugak dia nak turun.. kekadang turun overnight jer pastu naik balik.. 

So for those yang suke buat collection barang emas ni, jgn lepaskan peluang anda hokey!!Btw.. kwn aku kata kat Habib RM149 1g.. sila... sila...

Assalammualaikum...
Continue Reading...

Thursday 18 April 2013

Entry Busuk: Air oh Air..

Siapa kat sini dok kat Parit Raja g kerja tak mandi sila angkat tangan!!wuwuwuwwuwu... salah seorangnya aku la tu.... Pagi-pagi ni lak nak kena jumpa supervisor.. Sob.. sob..

Apesal la tak da notis gangguan bekalan air? apesal? apesal? Nak kata tak bayar bil air, aku baru je bayar semalam.. Ni saje la ni.. nak testing daya ketahanan perfume aku dengan busuk aku tak mandikan.. ahaha.. Rahsia tau aku tak mandi pagi ni.. Tapi aku tau sape lagi sorang g keje tak mandi.. agak-agak kalau aku g kecoh kat library tu ada tak yang baling kerusi kat aku.. kehkehkeh.. yang baca tu tau la sape yang dimaksudkan.. hehehe..

Enough entry busuk pagi ni.. nak mewangikan diri sebentar.. Aihh air oh air.. jangan ko buat tak da satu hari sudah.. memamg satu hari la tak mandi.. kalau tak mandi tak pe lagi.. kalau nature calling canne? Haruuu...

holololo sian dia..
sumber
Until ada air balik.. so for now.. Bye. Bye. Bye..

Assalammualaikum ^^
Continue Reading...

Wednesday 17 April 2013

Wordless Wednesday # 1


Macam ni la reaksi muka aku sekarang.. uwaaaaaaaa T T.. wordless sangat.. tak kira nak cakap jugak.. Hari ni dah dapat email utk proposal presentation.. Next week!!!! O.O.. *Speechless*

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Followers

Busuk!