Tuesday 16 April 2013

Voucher Buku 1 Malaysia

Share it Please

Sudah settle dengan voucher buku 1Malaysia anda? sesungguhnya saya belum T T.. tak tau nak beli apa ceritanya.. nak beli external hardisk buat simpan collection Running Man tak da sape lak nak terima.. ehh.. kekeke.. 

Seperti yang dilihat.. aku dah guna RM100.. buat beli ink printer and ada sikit buku-buku buat bacaan dan tatapan dikala senggang.. Anda nampak buku kat bawah ni? Inilah yang aku beli dengan jumplah rm50.. 


Majalah Solusi yang makin menarik minat aku untuk melanggan setiap bulan.. Mudah di fahami, ringkas, penerangan yang jitu dan elok sangat lah untuk aku yang tak berapa pandai sangat tentang agama ni.. Ilmu ada tapi ciput jer.. banyak lagi yang aku tak tau.. kalau tak tau jawapan dia kena belajar la kan..

Lepas tu aku beli pulak buku "Mari Belajar Solat (Wanita)".. adakah aku tidak tahu solat? Alhamdulillah mak and pak aku dah ajar dari kecik.. cikgu sekolah pun ada ajar.. jenuh hafal PAFA.. ehe.. then kenapa aku beli? Sebab aku manusia.. kekadang kita rasa solat kita dah sempurana.. rasa jer lah kan.. tapi kekadang kita tak sedar yang kita tak ikut cara and tertib yang betul.. saya hanyalah manusia biasa, kekadang lupa dan alpa.. sesekali bukak buku ni, akan mengingatkan saya untuk menjadikan solat saya lebih sempurana.. gituuu.. jangan malu beli buku ni walaupun kita dah besar.. ilmu tak mengira umur kawan :) 

Pastu aku beli lak Yasin and Tafsir Al-Qur'an nih.. Buat penerang hati dan pencerahan dikala dalam kegelapan.. Bila aku pegang Tafsir Al-Qur'an ni and start dengan tafsiran ayat surah Al-Baqarah yang pertama.. sesuatu terlintas difikiran aku.. Al-Qur'an ni adalah sebuah buku cerita... Peringtan, ajaran, dan ilmu yang Allah SWT ingin sampaikan kepada hambaNya melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW.. So aku terfikir, kenapa kita malas nak baca sedangkan novel yang tobal-tobal tu boleh pulak bacakan.. Novel omputih tu sampai berkerut2 dahi nak paham.. itu aku la.. ehehe.. So kenapa susah sangat nak baca and fahamkan apa isi kandungan yang ada dalam Al-Qur'an nih?? Ada jawapan? Aku baru baca beberapa muka surat.. nak sambung nya entah bila.. InsyaAllah, aku akan usahakan untuk mengkhatamkannya.. 

Ok.. done cerita RM 100 yang dah diguna kan dan sekarang ada balance rm150.. jenuh aku fikir nak beli apa.. dah nama voucher buku so belila bukukan.. nak fikir ape lagi?? dannggg..!! disitulah masalahnya, aku tak ada mood nak baca buku.. baiklah buku ilmiah dan jugak novel-novel yang banyak kat Popular and MPH tu..

Nampak journal2 dalam gambar ni? berbundle yang aku kena baca T T.. ini yang dah print.. belum lagi yang belum print dalam lappy tu.. uwaaaa.. buleh giler mak cenggini.. bila fikirkan stock journal aku yang banyak nak kena print tu, so aku decide lah nak beli ink printer lagi dengan balance rm150.. kasi stock sikit so nanti tak dalah aku macam orang gila bila ink printer jahanam sebab berjuta kali inkjet.. kekekekeke.. Itulah solusinyerrr :))


Sekian sahaja, Terima kasih :)

Untuk Kerajaan Malaysia, terima kasih untuk Voucher ini.. Dah bagi jangan ngunkit yoo.. Dosa..teeeheeee..

Assalammualaikum..


2 comments:

  1. bestnya dpt baucar buku...sy tak pernah merasa pun dapat baucar buku nie sbb dah lme hbz blaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..alhamdulillah rezeki saya.. dah 2 kali dah dapat :)

      Delete

Followers

Busuk!