Friday, 5 April 2013

Tanjung Piai National Park

Share it Please
Bersenang lenang dirumah tanpa buat apa-apa padahal keja banyak boleh buat aku sakit jiwa T T.. Sakit-sakit jiwa pun menyebuk jugak menconteng kat sini kan.. Tak ke elok g bukak power point tu then buat keje tu.. kan.. kan.. kan.. *sighhh* -_-.. Not in the mood la.. aku ni jenis ikut perasaan sendiri.. suka buat keje last minute.. time desperate baru nak ada mood.. Time ni sakit jiwa pesen lain pulak.. Manusia.. Gitu laa... huuu

Haa...ini cerita lama dulu.. Masa aku ngan Yan tak tau nak buat apa dikala weekend yang bosan mendatang.. So, kitorang decide nak g Tanjung Piai National Park, Pontian Johor.. 

Hala nak dituju

Dari Kuala Lumpur/ Utara

Masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) and exit kat Simpang Renggam (Selepas Macap). Menuju kearah Benut atau Pontian then follow je sign boards ke Tanjung Piai..

Dari arah lain saya tak tahu.. mohon google.. teheee :))

Masa kitorang pergi sesat sekejap.. adat pengembara dijalanan, kalau sesat mohon tanya orang.. Agak senang nak pergi tapi agak susah nak cari signboard Tanjung Piai National Park sebab diaorang main pacak tepi jalan je.. Still tak ada proper signboard..so make sure jangan terlepas pandang hokeyh.. Dari Batu Pahat ke Tanjung Piai take time 2 and 1/2 hour jugak.. Maybe sebab 1st time pergi dan masih mencari jalankan.. kalau dah terer, 2 jam pun buleh.. kalau bawak keta macam kena sampuk hantu sejam sengah pun buleh kot..mohon jangan.. membahayakan keselamatan orang kampung.. not good.. not good.. 

Tempat ni best kalau nak jalan-jalan tenangkan jiwa menikmati keindahan dan kehijauan alam ciptaan tuhan.. Sekali sekala lari dari terperap dalam hutan batu, why not keluar kejap jalan-jalan.. Look around and find  out what Malaysia can offer to us kan.. Sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri sebenarnya terlepas pandang banyak tempat-tempat yang menarik.. 

Tau tak Tanjung Piai National Park ni terletak di penghujung selatan Asia?? Waaaaaa O.O.. untuk aku yang buta Geografi ni, memang la aku tak tau sampai la kawan aku bagitau.. Berkat information dari dia aku pun bercita-cita nak datang sini.. It's worth coming.. Seriously..

 Buka dari 9.00 a.m - 5.00 p.m.. Entrance fee untuk masuk just RM 5 jer..Bagi aku berbaloi jer bayar.. Nak dapat free kat semua benda skang ni susah la kan.. mok kemeh pun kena bayar yunk oi.. Kalau nak tengok sunset, disarankan datang petang sikit.. kalau dah biasa datang, pukul 3 pun boleh gerak bagi yang dekat-dekat tu la.. Gambar sunset kat sini cantik.. Aku datang time ni pagi, so sampai dalam tengah hari.. Before datang melawat, sila makan dulu.. kat sini tak dibenarkan bawa masuk makanan luar.. 1st untuk keselamatan la sebab banyak monyet kat sini..2nd aku rasa sbb nak jaga kebersiahan kawasan.. tapi tu pun aku tengok banyak jer botol-botol minuman and bekas makanan.. aku tak paham betul la orang jenis yang suka buang sampah merata-rata ni.. kalau ada orang campak sampah dalam kereta korang apa perasaan? marahkan..Haaa... gitu la umpamanya kalau buang sampah merata-rata.. kalau orang buat kotor kat tempat sendiri tau marah pulakkan.. Apa salahnya pegang dulu sampah tu.. Nampak tong sampah baru buang.. Grrrr... Kan dah emosi dah.. Ye la, aku ni mmg menyampah sikit orang gaya gini.. pengotor tahu.. pengotor bukan terhad pada orang yang korek indung pastu lap merata.. euwwwww... ok enough membebel.. letssss.... gambar 




Nampak botol mineral kat tepi tu? see?





Mr Crab menyorok :)

Walk with me :)
Mana ikan belacak tu? can you find it?






Cantikkan?..Bagi aku cantik.. Next time nak try datang petang.. nak tengok sunset pulak :) must be stunning and beautiful right.. Untuk trip ni.. kitorang end up tengok sunset kat Pantai Minyak Beku, Batu Pahat jer.. Oklah daripada tak da kan sbb motif utama nak gi sini nak layan sunset.. hehe..








Overall.. for trip suke-suke buang masa aku ni.. aku sangat puas hati.. kecuali part yang buang sampah tu.. Grrrr..

Okiess.. nanti free sambung cerita lagi.. Until then, Bye. Bye. Bye..

Assalammualaikum :)






2 comments:

  1. suka juga jenjalan dlm park..pernah pergi penang national park jea..sini xpernah lg..

    salam kenal dr blog Asyik..
    http://asyikmaiburogu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..Awak try la datang sini..next time sy nak try pergi Pulau Kukup National Park..the second largest mangrove forest in the world katanye..

      Delete

Followers

Busuk!