Thursday, 11 April 2013

Friend is Kawan!!

Share it Please
Korang ada kawan? hoho.. soalan mintak penampar.. ape ko ingat aku dok dalam gua tak da kawan? kekeke.. mintak maaf untuk soalan yang buleh bikin jiwa panas.. ;)).. Aku pasti semua orang ada kawan.. tipu la kan kalau tak ada kawan.. tapi kawan jenis macam mana? itu terpulang pada korang untuk menilainya..

Aku tak ramai kawan.. Tapikan.. Aku kan.. bersyukur sangat dengan kawan-kawan yang aku ada.. Diorang sentiasa ada dlm every chapter hidup aku.. part yang best, part yang tak best, part yg horror, part jatuh longkang, part kain sekolah tersangkut kat motor -_-''.. 

Aku ada childhood friend. Campur aku kami bertiga.. Kami kawan sejak sekolah rendah lagi.. Kenal masa mengaji.. macam mana boleh mula kawan? aku pun tak tau, yang pasti aku start dengan sha and ikut dia balik rumah.. walaupun kitorang duduk satu kampung, kitorang tak pernah bertegur.. sebab tu diaorang kata aku sombong.. so ntah macam mana ntah aku boleh kawan dengan sha ni.. bile dah kawan dengan sha, aku pun kawan dengan ila.. Sebenarnya, aku kira baru datang kat kampung ni, sha ngan ila mmg dah lama kenal sebab diorang mmg orang asal kampung tu.. since then and until now.. dah 16 tahun kitorang kawan.. lama kan.. mungkin korang ada yang lebih lama :).. 

Aku sangat sayangkan friendship aku dengan diorang.. bukan sebab tempoh bersama yang dah lama, tapi sebab pengalaman kitorang.. kami membesar bersama-sama.. sekolah pun sama-sama kecuali Ila dia sekolah sebelah.. asal balik sekolah jer lepak tembok depan umah sha.. asal habis main jer lepak tembok kat umah sha sampai lah kitaorg digelar muka tembok -_-''.. walaupun digelar sedemikian, ia tak melunturkan semangat kami untuk lepak kat tembok.. kakakaka.. kenapa? sebab kat situlah kitorang update isu semasa anak orang kg sebelah, gosip terbaru musuh ketat kami dan kacau anak teruna orang... kakaka.. sungguh tak senonoh perangai anak-anak dara ini.. Percaya tak, even masa aku umur 17 tahun pun masih main nyorok2.. ahahahaha... well, terpaksa mengaku yang aku lambat membesar.. in mind :).. mungkin remaja umur baya aku time ni dah sibuk dengan boyfriend dan fesyen and lepak di Mall, but not for us.. Aku boleh ckp, kami menggunakan zaman remaja kami sepenuhnya dengan main!! cakap berapa ramai lelaki aku kecewakan sebab aku pentingkan g main rondes lagi dari dating.. kakakakaka.. 

Banyak susah senang aku dengan diaorang..even till now.. Ila dah kahwin, Sha bakal kahwin hujung tahun ni insyaAllah.. sebenarnya aku sedih sangat sbb sha akan kahwin hujung tahun ni.. boleh cakap aku akan nangis bile aku terfikirkan yang dia akan kahwin.. bukan akan nangis tapi dah pernah nangis pun.. aku gembira untuk dia, tapi dalam masa yang sama aku rasa macam dia akan tinggalkan aku untuk selama-lamanya.. macam pergi mati.. macam tu..-_-''..ok, aku tau extreme sangat feeling2 dia..hu.. so bila aku cakap ke dia, dia gelak jer.. tapi dia mintak satu jer dari aku.. nak tau ape permintaan dia? "tolong jangan ckp tak sah depan tok kadi, nanti meroyan laki aku".. cetttt.. hampeh punye kawan.. kau tunggu la.. aku buat gitu nanti... tak kire... sobb.. sobb.. sobb.. 

Tak kisah lah macam mana kami semua end up dengan life, sudah berkeluarga dan beranak pinak.. aku harap tak ada apa yang dapat memutuskan persahabatan ini kecuali mati.. InsyaAllah..

Zaman tomboy.. tak girlish langsung
 

us now (2013)

Boleh cakap, aku banyak berubah bila aku melanjutkan pelajaran aku.. sumpah aku tak pernah terfikir yang aku akan further study.. Aku bercita-cita menjadi cashier berjaya pas habis SPM.. korang mampu? kekeke..  walaupun macam tak semenggah cita-citannya tapi itulah cita-cita aku.. jangan pandang rendah pada tugas cashier.. tak da dorang, tauke pasaraya bankrap tahu!!.. Dipendekkan cerita, dengan rezeki yang Allah swt bagi pada aku, aku pun melanjutkan pelajaran aku kat UiTM Samarahan, Sarawak.. Gile kan, sekali pergi kena antar jauh.. huhu.. disebabkan dari habis SPM lagi aku dah berjauhan dengan family, sampai sekarang aku ni dah biasa independent.. independent sangattt -_-.. 

Seriously, bila aku ada pada environment baru, aku  cuba untuk adapt dengan keadaan tersebut.. so firstly mestilah tentang kawan kan.. Masa ni 1st time aku nak berkawan dengan orang baru selain Ila and Sha.. kalau tau hidup aku dengan diaorang jer.. Alhamdulillah masa datang sini, ada sorang budak sekolah aku.. Aja.. so dengan dia jelah aku berkepit.. Tapi aku dah tak rapat dengan dia bila kitorang dah bertukar group.. agak susah nak jumpa sebab jadual kelas tak sama.. Bila masuk group baru, aku sorang-sorang lagi.. tapi aku berusaha utk make friend.. Jadi aku kenallah Anne, Iza and Bear.. Tapi yang aku kekal kawannya adalah dengan Bear.. yang lain masih contact tapi gitu-gitu jerlah.. Dengan Bear aku start kawan masa aku part 3, so sampai sekarang dah 7 tahun kitorang kawan..Even masa degree sampai ke master kitorang 1 rumah.. sekarang masing-masing bercita-cita sambung Phd.. aku halau Bear g sambung Phd kat Korea, bleh aku jengjalan kekekeke..


Ini pulak adalah kawan-kawan aku masa sambung degree.. Satu batch, satu kelas and satu rumah.. Yang kecik sekali tu Faizah, then yang sebelah aku tu Ain.. Kitorang semua pernah kerja Sarakids hee.. bile Faizah keluar, aku la ganti dia kerja kat sana sampai la aku habis master.. Kami masih kawan sampai sekarang.. walaupun jarang contact, tapi kemesraan masih ada disitu.. gitu.. heee.. 



Ain dah kahwin hujung tahun lepas.. Iza pun dah kahwin.. Tinggal la aku, Faizah, Ina ngan Bear


Dan kawan-kawan terbaru aku.. kawan hiking!! Aku kenal masa aku, Ina and Faizah follow trip ke Taman Negara Pahang.. Sejak dari hari tu, bermula lah aktiviti panjat memanjat aku ni.. Since aku ni mmg tak minat langsung jogging, so aku pilih la hiking ni sebagai aktiviti sihat aku dikala lapang.. 




Kalau perasan, ada muke yang sama jer kan.. muka baru adalah muka-muka yang aku baru kenal.. Best hiking adalah kita boleh meluaskan pergaulan kita.. kenal orang baru.. mungkin lah tak berapa nak rapat, tapi at least kita tau orang tu wujud kat muka bumi ni kan.. dan orang tu pun tau kita wujud.. heee..  

"Untuk kawan aku.. Thanks berat kawan!!"



Assalammualaikum...


Followers

Busuk!