Sunday 21 April 2013

SHARP Refrigerator dan sebungkus Mee Maggi

Share it Please
Huarghhhhhh.... *gosok-gosok mata*...
Golek... golek.. golek.. golek... mata aku nih tak nak jugak tidur.. time hari-hari sejuk gaya gini tak nak pulak dia tidur kan.. tengah-tengah panas boleh lak dia tidur siap selubung pakai comforter lagi.. *berpoloh*

Oleh kerana aku tak dapat tidur, so aku nak update sikit benda yang buat aku gembira pada hari sabtu hari tu.. weeeeee :))

Cerita dia, rumah sewa aku dah ada fridge!! Yeay! Banzai! Banzai! Banzai \O/ \O/ \O/
Kecoh kan, macam la umah orang lain tak da.. alaaa.... dengar la citer aku dulu... sob... sob...

Cerita dia gini...
Pada suatu bulan, aku telah pindah ke rumah sewa aku ni demi mengejar cita-cita yang baru tercipta.. adat la rumah sewa kan, tak semuanya fully furnished. So cerita nya, rumah sewa aku ni tak dilengkapi dengan fridge, tapi dapur nak masak adalah.. ok finelah, itu bukan satu masalah bagi aku.. katenya pada ketika itu.. 
So bila aku lapar-lapar, aku akan makan maggi.. standard la kan dok umah sewa kan.. katanya pun student.. nak masak kat sini agak susah nak beli barang basah sebab kedai runcit nak beli barang basah tu nan hado.. kalau nak, kena g kat pekan tu.. kalau aku yang pemalas ni, mmg tak la aku nak belikan.. so cara mudah, masak maggi jerlah.. Asal lapar n malas masak, aku makan maggi.. Siap dalam satu hari tu buleh makan dua kali tahu!! Aku rasa macam addicted pun ada gak.. pernah sekali baru lepas makan nasi, tetibe aku teringin makan maggi, so aku makan la pulak sebungkus maggi selepas makan sepinggan nasi.. hurmmm.. orang kata aku bela saka -_-''.. orang kata la.. aku tak kata..

Boleh kata, kuantiti yang aku ambil tu 4,5 bungkus dalam satu minggu.. gilerkan.. paling kurang pun dalam 2 bungkus macam tulah.. So nak dijadikan cerita, oleh kerana pengambilan yang bagi aku pada tahap keterlaluan, muka aku mula mengalami perubahan.. ape dia? meh negok.. wuwuwuwuwuwu..


satu jerawat kat dagu
Jerawat kat dagu tak hilang lagi, dah naik lagi satu and kat area atas mulut

Ini paling latest, jerawat naik bersungguh2 kat pipi kiri dan kanan, dagu dan area atas mulut.. uwaaaa!! *tgk jerawat yer, bukan lubang idung kekeke*

Nampak perubahan dia? ini kecewa!! sob.. sob.. T T..

Disebabkan pencambahan jerawat yang bersungguh-sungguh kat muka aku, aku mula risau.. tapi itu pun aku tak stop lagi makan maggi.. aku budget mungkin sebab aku makan supplement VCO.. healing crisis la konon.. mmg la 'healing crisis' pun sbb dia kuar kan semua toxin dari badan aku.. tapi keluarkan kat muka tu yang tak tahan tu.. sobb..sobb.. bila aku mula risau, entah macam mana, Allah telah ilhamkan pada aku untuk google tentang bahaya maggi nih.. Lepas tu, kebetulan pulak fat FB member aku post kan gambar kat bawah nih...



Takut kan? huhuhu... so sejak itu, aku telah tobat dan insaf.. dah sebulan lebih kot aku tak makan maggi.. tapi hari tu adalah makan sebungkus sebab lapar gila and malas nak masak.. ehek :)

Sekarang, alhamdulillah, jerawat kat muka aku dah tak naik dah.. berkat berusaha bersungguh mengeluarkan toxin dalam badan.. actually, jerawat tu dah satu hal, lagi satu hal adalah kesihatan organ dalaman kita.. Jerawat tu indicate kat mana organ dalaman kita memiliki toxin yang tinggi.. kalau nak tau, (sila baca sini).. kira jerawat tu amaran Allah swt ke aku yang sekarang ni badan aku dalam kondisi tidak sihat dan sekiranya berterusan boleh membahayakan diri sendiri.. Segala yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.. :))

So sekarang, nak citer pasal fridge baru kat umah aku!! yeay!! ini pun bermula dengan cerita sedih jugak ni.. wuwuwu.. cerita dia, fridge ni dibeli dengan didahulukan duit oleh mak housemate aku.. baikkan mak dia.. nak tunggu kami beli.. ngeeeee... memasing budget.. tetapi mmg ada niat la nak beli.. Nanti kami bayar balik yer makcik *kekelip mata*..Housemate aku ni pun sama, di sebabkan dia sakit la, mak dia tolong belikan fridge tu dulu.. 

Meh tengok fridge kitorang.. *muka riak*


 Bukan yang besar hitachi tu, tapi yang kecik belakang keta aku tu jer.. heee
 Abam delivery tulun angkat kan..
Nampak? rate 5 bintang lagi tu *flip tudung* kekeke.. motiff??

Alhamdulillah, dengan adanya fridge baru ini, kami bersungguh2 g beli bahan basah kat pasar heee... lepas ni anak mak rajin dah masak :).. bahagia terasa dijiwa dengan hadirnya fridge baru ini.. nampak over dia camne tu? nampak? kekekeke.. Terima kasih kepada makcik sebab merealisasikan impian aku untuk ada fridge kat umah ni.. sayang makcik.. muahhhhhhhh :))

Assalammualaikum...

6 comments:

  1. Bila tengok gambar tue, terus rasa tak nak makan megi sampai bila2. Tapi kalau dah lapar sangat, mesti lupa gambar tue. Hehehe! Lepas nie kalau malas masak jugak, jual jek fridge tue. :DD

    ReplyDelete
  2. amboi.. kemain suh jual.. kemain... -_-''

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. takut kan.. same takut jugak tapi kekadang nafsu teringin tu datang jugak.. nak.. nak bila aroma kari dia menerawang diawang-awangan.. cobaan betulll.. huhuhu

      Delete
  4. bestla dah ade fridge.senangla nak sumbat bhn mknn bg tahan lame.. bersungguh2 tu beli brg basah..nampak keterujaan ul nak masak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kan kak.. he.. alhamdulillah dah boleh masak dah.. pasni leh la practice resepi gulai ikan masin dan nenas.. yummyhhhhhh

      Delete

Followers

Busuk!