Sunday 14 December 2014

Food Hunting : ROA by Jovian Mandagie, A Pie Thing, Dip n Dip

Share it Please
Merujuk kepada perkara diatas, update kali ni aku nak cerita pasal makan jer.. makan dan makan dan makan.. Sebenarnya, rencananya pada siang hari nak gi main ATV kat kemensah.. tapi disebabkan beberapa factor, tak sempat sebab dah pukul 5.10 pm time tu.. so divert plan pulak nak g main Skytrek bagai kat Cerakah.. heh.. sampai kat sana pun dah almost 6.00 pm.. sedeyy... tak da rezeki nak wat outdoor activity hari ni.. for you info, Skytrek tu tutup pukul 4.30 pm -_-''

Since dah tak tau nak buat ape, makan-makan time... Alang-alang dah kat Shah Alam, ingat nak try makan kat Chemistry Cafe + Lab, tetapi, dapat info tak sedap.. tak sedap ni orang cakap yer.. kalau korang rasa nak try, pergi jer.. tapi since kami memang percaya tak sedap, tukar kedai ke ROA by
 Jovian Mandagie.. area pun berdekatan jer dengan Chemistry Cafe + Lab ni.. Cafe ROA ni kalau korang tertanya-tanya area shah alam kat mana, dia dekat area Pak Li... pandai-pandai la korang pusing bangunan cari yo.. dia area-area situ jer.. Dah settle mukadimah.. meh tgk gambar..


First location: ROA by Jovian Mandagie






Antara makanan yang kami order.. bawah ni Mie Cakalang.. Mie dia actually macam megi tu.. rasa dia? Megi Ayam!! serupa pergi buat sendiri megi ayam letak sayur sawi dan daging ayam racik -_-''..lagi satu yang kami order Mie Brenebon.. lebih kurang sama jer cuma topping dia tukar daging yang diracik.. peminat megi mungkin boleh datang sini try.. Harga untuk Mie Cakalang dan Mie Brenebon ialah Rm10.00 dan Rm11.00 respectively.. mahal untuk semangkuk megi ayam -.-

Mie Cakalang
Menu dibawah ini pula, Miedal (Bubur Manado + Mie).. harga dia Rm12.50.. kalau perasan, Mie dia kat sini sume pakai Mee macam mee megi tu.. yang ni rasa dia.. indescribable -.-.. kalau letak sambal tu baru rasa pedas sikit.. 


Yang bawah ni pulak, Nasi Goreng Roa pedas.. Rm12.50 sepinggan.. rasa dia? weird dan kering.. pedas tu memang pedas.. tak kalau aku yang order ni aku rasa aku tak leh abes.. tapi kalau korang order makan la perabes.. mahal okey..


Bawah ni pulak air yang aku order.. Soda Gembira perisa Melon.. since ni kira ala-ala juice buah.. melon dia macam melon lama.. Harga.. Rm9.00

Soda gembira -Melon
Untuk makan kat sini, aku ada order ayam.. tapi since lambat sampai, aku cancle kan.. sebabnye dah rasa ape yang kawan-kawan order mcm tak sedap.. baik aku canclekan.. dah la mahal.. Kitorang ada amek dessert jugak.. Cake Banana Cream Cheese.. macam kek pisang letak cheese atas.. macam tu la rasa dia.. cuba teka berapa harga dia? cer teka.. cer teka.. overrr.. ahaha.. harga dia.. Rm16!!!!!!!!!!!! kalah secret recipe ko -.-.. mak boleh tapau 2 kek kalau makan kat secret recipe -.-


Mungkin ape yang best kat sini environment dia kot.. dan nama Jovian Mandagie itself.. but for taste of the food.. blerghhhhh.. agak-agak Jovian saman aku ke kalau aku cakap macam ni? saman aku sebab cakap restoran dia makanan tak sedap? tapi aku hanya menyuarakan pendapat aku jer.. btw.. lain orang mungkin lain taste dia.. as for me.. Indonesian Cuisine is not for me.. teringat pergi Bandung betapa aku rindukan nasi lemak, roti canai, teh o ais uwaaaaaa...

Total expanses for 5 Person = Rm112.00

Next location : A Pie Thing

Next location ialah A Pie Thing.. Idayu teringin nak makan dan idayu belanja.. Yeayy.. time kasih yunk.. muahh ciked ;))


Interior dalaman sempena Xmas.. Basically kedai dia kecik jer kat corner lot.. kalau tak da sit kena lah beratur dulu yer.. suke environment dia sebab macam meriah jer.. Since datang sini straight dari lepas makan ROA, perut masih full so just order 1 pie dan 2 dessert..

 

Chocolate yang ada..


Ini antara pie-pie yang ada.. seingat aku ada Pulled Lamb, Chicken Cheese, Chili Chiken.. if I'm not mistaken yeah.. maaf kan memori saya yg lemah ini :'(




Ini yang kami pilih.. Elvis dan Nutella.. suppppperrr nyummy!! mistake kenyang jer time tu... kalau tak sure menambah lagi..


Elvis

Chicken Chili Mash

Pie dia memang sedap.. aku memang recommended korang datang sini.. aku pun insyaAllah nak repeat lagi datang makan sini and nak try letak peas.. macam sedap jer and macam jadi pilihan yang datang sini..

Sape yang baru nak try.. sini aku sediakan alamat dia..

  1. A Pie Thing
  2. Address: 128 G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  3. Hours:

    Open today · 4:00 – 11:00 pm

Total expanses: Rm46.30

Last location : Dip n Dip Bangsar

Last location before balik.. pergi makan Dip n Dip kat Bangsar.. jalan punye jalan sekali nampak ROA kat sini pun ada jugak la... sampai kat Dip n Dip, we're lucky because we don't have to queue up.. kebetulan ada meja kosong for 5.. lucky us!! :))

Brownies Crepe

Ini yang kami order.. makan sekali macam tak cukup kekeke.. boleh repeat lagi nanti..

Bagi yang first time nak try, bleh visit sini

  1. Address: 5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Hours:

    Closing soon · 10:00 am – 8:00 pm

Total expenses : Rm61.00

Sekian sahaja berita makan-makan pada update kali ni... next tak tau la kemana pulak..

Till next update k.. Assalammualaikum..


2 comments:

Followers

Busuk!