Monday, 21 July 2014

Shopping murah online untuk raya anda???

Share it Please
Minggu depan dah raya... owh my.. kejap jerkan tau-tau puasa dah masuk Ramadhan yang ke-23. Jujur kata aku tak da mood nak raya. Faktor umur dan keadaan sekeliling mungkin.. tak da mood nak raya pun baju sampai 6 helai *sigh*.. natijah beli kain ikut nafsu.. tobat insyaAllah tahun depan tak nak buat dah.. pembaziran maha hebat tahun ni :(

Korang dah abes beli barang untuk raya?Aku dah kot... macam aku kata tadi, mood nak raya tak da, tapi membeli barang kerana raya tu sentiasa ada..haha.. konon nak gantikan barang yang dah lama la.huhu... Hari raya, still dengan mentality mesti nak kena ada barang baru.. bagi yang tak berfikiran macam aku, baguslah.. huhu..

Hari ni first time aku nak buat entry review me'review' nih... pengumuman, ini bukan entry berbayor yer.. just nak share ngan korang mana nak cari barang murah dan kualiti pun ok.. al-maklum la aku ni bukan jenis nak beli barang branded sbb tau tak mampu dan diluar kemampuan.. tapi memilih jugak tak nak barang tu nampak murah tapi harga murah jer pun.. ahaha.. nampak dia punya demand macam mana? So citernya bermula cenggini, pada suatu hari tu aku tertiba tergerak hati nak google shopping online murah and akhirnya aku jumpa pagi ni www.nile.com.my. Ok serious barang dia murah-murah. Kalau korang pergi situ.. ni ha contoh homepage dia.


Kat sidebar, korang boleh pilih macam-macam katergori yang korang nak, dari pakaian lelaki ke perempuan, ke handbag, kasut, barang sports sampailah ke beauty care. Macam-macam ada. 


Disebabkan masa ni aku tengah mencari handbag, makanya aku tengok handbag dan aku ada ada rembat sehelai kemeja jugak.. 

Ini barang yang aku beli. 3 items total rm88.10. Free postage lagi sebab aku amek GDex. Kalau amek GDex, pembelian atas RM48 korang tak payah bayar postage. Jimat kan? nak jimat and dapat terus item korang dalam masa 24jam, korang boleh pilih delivery via 24 hours, cash on delivery lagi. So bagi sesape yang kurang yakin nak shopping, boleh pilih cara tu.. and tak perlu bayar postage jugak. Kalau korang amek pos laju, charge akan dikenakan berdasarkan total berat items korang.. so its a No No No la kan kalau dah ada choice yang lebih murah dan menjimatkan. Aku pilih GDex sebab aku buat order masa public holiday and tak yakin ada kat rumah esoknya. Amek masa 3 hari dalam waktu bekerja jugak la nak sampai kat tangan aku.. Meh tgk secara dekat barang n kualiti yang aku beli..
Kemeja Rm19.90

Sling Bag Rm34.90

Hand bag: Rm33.30
Sesungguhnya aku buka bungkusan dengan senyuman dan bertambah lebar lagi senyuman bila tengok barangnya.. seriously, sumpah aku suke gila ngan slingbag tu.. harga pun tak sampai rm50 tapi quality material pun bagus. Even handbag kan.. tapi sedih sebab aku ingat aku mintak kaler putih.. biler aku check order aku mmg terpilih hitam uwaaaaa.. ingat nak beli lagi sekali sbb beg ni aku tolak ke kawan aku.. nak jugak yang putih tu tapi bile cari balik item dah tak do.. nanges dalam kesedihan la den. sob.. sob.. sob.. Ok part baju kemeja tu pun ok.. Rm19.90 kain ok tak jarang pun. So far aku memang puas hati giler dengan barang-barang yang aku beli.. InsyaAllah aku takkan serik beli.. In fact, aku dah ada dah senarai barang yang aku nak beli..kekekeke... pembaziran!! pembaziran!! ok abaikan.. tu nanti biarlah aku berperang dengan perasaan sendiri nanti.. wuwuwuwu..

So, bagi korang yang tak abes shopping raya lagi and masih mencari-cari tapi malas nak bersesak dengan orang ramai..Sompat lagi ha.. korang boleh la hadap page ni sambil kepala pusing nak pilih mana satu.. sonang yo hanya dengan beberapa click.. kalau dengan hanya satu click tu nampak bonar tipu dia kan.. Jadinya, selamat bershopping kalian.. ingat.. masih belum terlambat.. kekeke..


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)





Followers

Busuk!