Tuesday, 16 July 2013

Backpacking Trip to Bali : Part 1

Share it Please
Ohoi.. rasa macam setahun sekali update blog kekeke.. sejak menjak internet bermasalah ni.. aku rasa broadband mmg nak declare war ngan aku.. ada je masalah dia.. choii betul.. wuwuwu.. tu tengok tajuk pun ada part 1 lagi.. part 2 ntah kurun berapa lakkan nak kuar.. hehe.. 

Hari ni sebelum aku memulakan process meng'stress'kan diri.. aku nak update pasal trip aku ke Bali masa 20hb-24hb hari tu.. nampak lama dia mcm mana.. trip dah basi dah pun.. tapi tak kira, nak share jugak.. ok.. untuk trip ni.. roughly aku guna rm800 termasuk tiket flight, penginapan and transportation, makan2 dan sedikti souvenir.. budget tu nanti-nanti la aku list outkan ek.. tggu dah abes segala 'part' utk trip ni.. entah biler ntah.. hehehe



Flight kitorang pagi tu pukul 9:25 a.m kalau tak silap tapi depart almost nak pukul 10 a.m jugak and kitorang sampai kat Ngurah Rai Denpasar pukul 12 p.m.. bayangkan.. giler laju encik pilot tu bawakkan.. penerbangan sepatutnya amek masa nak dekat 3 jam jugak dia boleh buat bawak 2 jam je.. nak gugur gak la jantung aku dok lama2 dalam flight tu.. huhu.. Nasib baik, alhamdulillah cuaca baik jer hari tu walaupun kat Malaysia tengah berjerebu kan.. 

Sesampai je kat airport, kitorang terus pergi ke kaunter teksi.. mengikut blog2 yang aku baca before ni, kalau nak selamat and tak terpedaya dengan encik-encik teksi kat luar tu, sila la gunakan kaedah ni.. tapi bagi yang dah biasa datang ke Bali ni, diaorang tau nak cari kat mana nak amek teksi bermeter and macam mana nak mintak pakcik teksi tu ikut meter.. kalau ikutkan diaorg ni mmg tak nak guna meter.. ikut suka jer nak hentam letak harga berapa.. hotel kitaorang kat Denpasar.. about half an hour dari airport.. mmg tempat jauh sikit dari tourist attraction macam bandar Kuta tu.. Masa aku beli tekit teksi dekat airport, diaorang charge Rp90,000.. tapi masa dari hotel nak ke airport hari tu ikut meter just kena Rp70,000 jer.. tu pun pakcik teksi tu bawah dah cukup slow dah.. kalau boleh aku rasa dia nak tolak teksi jer ke airport tu semata-mata nak bagi tambang teksi mahal.. cetttt.. so jangan heran sangat la kalau diaorang ni bawak teksi macam siput kalau pakai meter. Kalau tak pakai meter lak diaorang charge lebih dari sepatutnya. over tau diaorang ni.. huh..

Dalam pukul 1 p.m jugak kitorang sampai ke Hotel Pulau Bali.. Sampai-sampai ada problem dengan bilik.. problemnya, bilik yang kitorang booked tu dah full.. canne tu? well.. ini perkara biasa la aku rasa, kalau tak da masalah dengan bilik tak sah.. almaklumlah, hotel murah jer.. tapi, prob settle bila incek boss sampai.. dia bagi kitorang bilik lain.. duluxe lagi.. duluxe tak duluxe sangat la.. -_-''.. apa pun, lega sebab tak payah nak fikir dah bout penginapan.. kena bad luck dia bayar balik suh cari hotel lain canne.. haru makk.. wuwuwuwu.. Dah settle bilik, kitorang nak sewa motor.. suh mamat jaga hotel tu Mas Suhardi nama dia.. jenuh aku jerit-jerit panggil.. mas.. mas.. kekeke.. terasa ke'indon'an dia kat situ.. kitorang mintak motor, time tu dah pukul 4 kot.. punyalah lama pergi amek tak sampai-sampai.. last-last kitorang decide nak jalan jer kat kawasan berhampiran dan cari-cari teksi.. amek jerlah teksi dari pada kitorang menunggu melangut jer kat situ kan.. so kitorang pun jalan-jalan tanpa arah tujuan.. jauh jugak berjalannya -_-''.. jalan punya jalan aku rasa adalah dalam sejam, akhirnya ternampak teksi yang tengah nak isi minyak.. kitaorang apa lagi.. lantak la ko nak isi minyak pun, kaki dah mcm nak patah jer ni dok berjalan jer.. susah gila nak nampak bayang teksi.. dah sejam jalan baru ni nampak.. dan luckily pak cik tu guna meter..  


Bukti tahan teksi kat stesen minyak.. kekeke

Arah tujuan kitorang bila dah dapat teksi, Bandar Kuta!! ikut itinerary sampai hotel terus keluar pergi Tanah Lot.. since planning dah divert jauh, kitorang re-schedule balik kitaorang punya activity.. Nak masuk bandar Kuta ni Ya Allah kemain jem nyer jalan.. kalau aku dok kat sini, aku tak tau la setinggi mana kesabaran aku nak mengharungi tempat ni huhu.. Bandar Kuta lebih meriah.. kat sini baru la nampak mat-mat and minah-minah salehnyer.. baru la terasa diri ini berada ditempat perlancongan.. kekeke.. dari Denpasar ke Kuta Rp60,000. Sampai jer, terus ke Hard Rock Cafe and pastu lepak-lepak pantai kuta.. since dah malam, hape pun tak nampak..




Done shopping and santai-santai.. kitorang menyusur bandar Kuta tu nak cari makan.. memang banyak kedai makan kat situ..halal tak halal pandai-pandailah korang carik yep..

Tadaa... nasi ayam penyet.. tak ingat kedai mana makan.. Harga pun tak ingat jugak.. dalam Rp40,000 kot sorang.. ayam saja dah Rp23,000.. tambah nasi Rp6000, air gue tak ingat.. tapi pe tu nanti update masa kira budget keseluruhan okey..



Kenyang perut, kitorang menyusur lagi sepanjang jalan.. saja jalan-jalan and sampai rasa dah penat baru nak cari teksi balik hotel.. cari punya cari and bila tanya teksi ke hotel kitaorang tu, dia mintak Rp100,000.. kemain mahal okey.. mintak guna meter tak mahu.. so kitaorang pun tak mahu juger.. jangan risau kat bandar kuta ni banyak teksi.. tapi kitaorang dah kepenatan sebenarnya, banyak sangat jalan.. macam dah sampai hujung jalan dan teksi pun dah tak banyak.. terjumpa satu brader ni.. memula dia pun kata Rp100,000.. kitorang mintak guna meter.. dia tak nak memula.. pastu kitaorang nak blah la.. last-last dia kata okey guna meter.. dalam hati Alhamdulillah giler sebab aku dah tak larat nak jalan sebenarnya.. kaki dah sakit wuwuwu.. Kali ni naik teski ke hotel dia charge Rp65,000. 

Sampai je kat hotel, tengok motor untuk kitaorang masih tak da lagi.. aku duduk jap kat lobi hotel.. kebetulan boss dia ada.. dia tanye dah pergi mana semua.. aku ceritalah kata kitaorg g bandar kuta naik teksi jer.. dia pelik sebab kitaorang kata nak naik motor.. yelah, dah motor nya nan hado nak naik canne..pastu dia panggil Mas Suhardi tu carikan motor.. cettt.. dasar kena suruh dengan boss baru nak carik sungguh2 lah nih.. Malam tu dapat satu kunci.. kitorang nak 2.. janji pagi tu bawak lagi satu motor.. dia tau kot kitorang datang bertiga.. paan tu nak campak mana? dalam raga? 

ok.. done part 1.. nanti lah aku sambung lagi.. tggu part 2 nak cerita pasal pusing-pusing kat daerah Uluwatu.. till then..

Assalammualaikum..





Followers

Busuk!