Apa planning tahun baru? ihhh mukadimah dia panjang nau.. nak cerita tahun baru aku panjat Broga jer pun hahaha.. Ok.. alasan tidur awal kononnya nak bangun awal pagi sebab nak pergi tengok sunrise kat Broga.. acah-acah nak cari semangat baru and hidup baru so kena la tengok the first sunrise in year 2015.. gituuu...
Ahli rombongan |
Gambar ni lepas dah turun..baru la nampak muka memasing.. kalau yang tak tau lagi Broga ni kat mana, Borga ni terletak kat Semenyih, Selangor, Dengak ketinggian 400m, sesiapa yang tiada kecacatan atau penyakit kronik insyaAllah mampu panjat.. Masa aku naik ni, ramai parents yang bawak anak-anak kecik panjat.. bagus!! antara aktivit riadah yang sangat baik.. selain dapat mengeratkan hubungan ibubapa dan anak-anak, dalam masa yang sama dapat membina daya tahan pada anak-anak dan motivate dioarang supaya tak cepat mengalah.. bukit Broga tu kecik je halangannya berbanding dugaan dan rintangan yang kita akan hadapi dimasa hadapan.. ecehhh.. hahaha..
Kitorang start panjat nak dekat pukul 7 jugak la.. sampai puncak dalam 715 mungkin? sekejap je pun lagipun track dah cantik and maintained by RHB rasa aku..
Gambar bawah ni menunjukkan korang dah makin menghampiri puncak.. untuk Broga ni ada 3 stage.. stage ke 3 adalah puncak.. kalau rasa malas, boleh lepak kat stage 1 and 2.. view pun cantik jugak.. Yan kata kalau nak tengok view, stage 2 pun dah cantik..
View dari Stage 3 |
Agak jenuh nak sampai ke puncak tapi aku gagahkan jugak.. almaklum la dah setahun lebih tinggal hiking.. tapi ok la tu dalam masa 15-20 minit leh sampai puncak.. first time naik dulu nak dekat 1 jam jugak la -.-..
Ni gambar dah sampai kat puncak.. gila ramai betul orang.. tapi ni yan kata belum ramai lagi mungkin sebab new year.. ihhh kalau ramai betul macam mana agaknya suasana.. masa naik ni pun dah macam pasar malam je rupa.. serupa ada Pavillion kat atas..
Akhirnya di puncak baby!! 2 tahun punya azam bawak ke depan akhirnya tahun 2015 baru tercapai -.-.. Alhamdulillah :)
Cantik view dia.. masa ni dah pukul 8 dah tapi masih belum panas dan angin yang bertiup sejuk.. rasa aman dan selesa.. Btw, tak ada gambar sunrise sebab cuaca mendung so tak nampak pun matahari yang akan naik.. tak ada rezeki nak tengok sunrise.. tapi tak pe, next target nak tengok sunset pulak.. yan kata tengok sunset cantik.. soon baby soon..
Bidorian clasher.. kehkehkeh.. |
Done first update for 2015.. Harap tahun ni akan lebih mendatangkan erti dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni.. InsyaAllah :)
"Whenever you find yourself doubting how far you can go, just remember how far you have come, everything you have faced, all the battle you have won, and all the fears you have overcome" - Unknown
bestnya...dah lama ikaa tringin nak nek broga hill...insyaAllah tahun dpn msti dpat punya laa
ReplyDeleteBroga ni best kalau nak riadah.. ihhh lama nye nak tunggu tahun depan tu ika.. hehe
Delete