Friday 8 May 2015

Backpacking trip to Boracay, Philippine

Share it Please




Sebelum segala memori berkubur, terpaksa la aku gigihkan update entry ke Boracay ni.. entah hantu apa merasuk lately malas kemain huhuhu.. tapi tak pe, aku gigihkan jugak share experience aku and budget aku selama 6D5N kat Boracay, Philippine ngan korang..

Flight ke Boracay aku dah beli lama dah, tahun lepas lagi.. cerita dia dah planning agak setahun awal la.. Alhamdulillah Allah swt bagi rezeki datang kan.. Tiket flight Rm226.00 jer.. The cheapest I could get.. kalau korang nak jimat kat cost flight, cari la awal or aware la ngan AA nyer propotion.. tapi kalau korang pesen nak pergi hari ni jugak (hentak-hentak kaki) and don't mind with the price.. silekan.. kekeke..


Perkara yang kami settlekan dulu before ke Boracay adalah..

1) Tiket flight
2) Penginapan
3) Transportation Kalibo Airport - Boracay (Return)

Untuk item no 1 dan 2, perkara biasalah, cari tiket flight and booking bilik kat Agoda. Untuk penginapan, aku bayar Rm150 untu 6D5N. Untuk item no 3 pulak, cerita dia gini.. ada kawan cakap you have to book your transport first untuk pergi ke Boracay sebabbb... sebab dia nanti kat sana mahal sebab, diaorg utamakan siapa yang dah booking for transport.. Acah-acah untuk mengelakkan kerugian, kami booking transport kat Southwest Tours Boracay dengan harga Rm117 untuk transportation dari Kalibo Airport ke Boracay Island return. Untuk aku, aku ambil package siap hantar ke depan pintu hotel lagi. Berbaloikah dengan harga Rm117 itu?.. itu jap lagi cerita.. ni aku nak cerita and bagitahu.. what if tak booking transportation tu??

Gini cerita dia..ni based on my observation ok.. Once landed, settle urusan kastam semua, keluar je dari pintu airport Kalibo tu, ramai yang tunggu sambil offer transport diaorg ke Caticlan Ferry (untuk ke Boracay Island). Range harga dari 200 to 350 peso per person untuk van. Mostly offered 250 peso. Bagi aku naik van pun dah ok.. sebab perjalanan ke Caticlan Ferry tu smooth, bertar, so tak ada masalah korang sakit pinggang. Dari Kalibo Airport ke Caticlan Ferry ambil masa 2 jam. Di awal perjalanan tu korang akan nampak view seperti kat bawah ni..






air sungai pun hijau.. melampau betul...
Actually, bila korang dah nak sampai ke Caticlan Ferry, korang akan lalu kawasan yang berbukit sedikit and sebelah kanan korang adalah laut... maigaaddddddd subhanAllah... cantik gila.. air dia biru dan ombak besar menghempas pantai.. sayang tak sempat nak snap pic.. kalau tak leh share ngan korang.. ihhhh terkenang-kenang lagi la kat mata ni... korang pergi jangan lupa snap pic ok.. 

Ok next, kalau sampai kat Caticlan Ferry, apa yang korang kena bayar adalah environmental and admission fee and of course terminal fee jugak.. So basically, harga tiket ferry dari Caticlan ke Boracay hanyalah 100 peso (hardly rm9). Logik sebab 15 minit jer pun dari Caticlan jetty tu ke Boracay.. Admission fee tu sekali bayar je ok..



Kami bukan pasangan honeymoon!! -.- kahkahkah



kebetulan sampai ke jetty time tu dah nak sunset dah.. chanteeekkkkk.. pun tak dapat nak snap pic hahaha... ok.. ok.. next... belanja gambar dah nak sampai ke island.. nangesssss T T




Ok dah... korang bersedia la ngan tisu yer lepas ni.. nak tunjuk gambar nangis-nangis jap lagi hahaha.. ok kembali ke subject asal, transportation.. untuk kami, since dah ambil package terus sampai ke pintu hotel so tak yah bersusah payah dah la.. tapi untuk korang, ada je tricycle kat sini.. cost berapa aku tak tau tapi aku tak rasa sampai 100 peso per person.. dari station 3 ke station 1 yang mengambil masa dalam 15 minit due to traffic pun dia ambil 35 peso macam tu.. for those yang stay kat station 3, agak dekat dari jetty.. so aku tak rasa cost dia mahal kalau nak transfer dari jetty Boracay ke hotel korang. Itu la al-kisah dia kalau nak pergi sendiri.. kalau dah siap-siap booking, advantage dia tak payah pening kepala dah.. semua dah diuruskan.. 

Ok now.. meh kita cerita pasal island!! Since sampai je kat bilik hotel dah gelap.. so kitorang bersih dan rehatkan badan sebelum keluar balik. 


The so called D'mall


Apa nak komen pun tak tau pasal D'mall ni.. biasa je bagi aku.. kiri kanan kedai jual souvenir, ada jual makanan and kalau jalan depan sikit dah sampai pantai.. bila dah nak berhampiran pantai tu la banyak restaurant and meriah..


Kalau korang perati confirm akan nampak banyak korean kat sini




restaurant area pantai yang makin meriah

Malam tu kami just menyusuri pantai dan patah balik untuk balik ke bilik. Owh ye, sebelum tu sempat beli sim card. Kalau korang nak cari sim card, datang area D'mall sebab puas juga cari merata kat luar tapi tak jumpa. Kalau kat D'mall, pergi kedai yang jual peralatan komputer. Dan... korang juga nasihati beli or bawa sunblock siap-siap.. aku lupa punya pasal dah melayang 420 peso untuk sunblock semata.. rugi-rugi..

28/2/2015

Pagi-pagi lagi dah keluar.. kat sini, pukul 530 pagi dah terang serupa pukul 7 dah.. owh lupa nak cerita.. malam tadi kitorang sempat tanya dekat seorang makcik ni area hotel kami kat mana kedai halal yang ada. Sebabnya, makcik tu muslim. Makcik tu pun bagitau la kat mana dan since masa tu dah malam, makanya kedai tu dah tutup la.. So ceritanya pagi ni kami pergi terjah.. leganya hanya Allah swt je la yang tahu.. finally dapat nasi!!


Rupa depan kedai halal tersebut
Dah banyak kali try rotate gambar nih -.-''. Nasi putih lauk ayam kicap.
Mula-mula macam nervous jugak nak makan sebab takut tak leh diterima oleh lidah.. al-maklum la dah terkena kat bandung dulu..tapi bila try, ok jer.. untuk ayam masak kicap ni, dia ada rasa masin dan tajam kat hujung-hujung lidah.. aku syak sebab kicap yang dia pakai.. ada banyak lagi pilihan lauk kat kedai ni contohnya nangka masak lemak, ayam masak lemak, ikan masak lemak, ikan goreng.. ada sekali tu aku pernah nampak diaorg buat umai tapi aku tak amek la.. kalau yang tak tau umai tu apa, umai tu sejenis makanan sarawak macam buat air asam tapi letak la macam fresh ikan or obor-obor or udang.. gitu.. On the first day ni tak berani lagi nak amek masak lemak dia sbb macam scary je pada mulanya.. nanti aku tunjuk gambar k..

Settel isi perut, misi kami pada hari ini adalah nak explore pulau, nak cari package diving and package activities. Memang seronok nak jalan pada awalnya... tapi panas dia kemain -.-''


First picture yang aku amek masa sampai kat tepi pantai hehe





Kalau korang banyak baca review yang cakap Boracay ni crowded, yep.. betul sangat la tu.. sumpah crowded.. korang nak tengok segala jenis orang, semua ada kat sini.. paling banyak korean.. merata-rata, bersepah-sepah.. dan kalau tengok diaorang ni, memang akan tengok and tenung kulit diaorang.. maigadddddd.. cantiknya.. even panas terik gitu pun macam tak ada effect.. mak bagi makan apa ntah..

Kami jalan dari station 3 straight ke station 1.. 1 jam jugak la.. dah sampai hujung baru la nak rasa sakit pinggang dia. mesti korang macam..1 jam? waaaaaa... ahahaha.. don't worry.. korang tak sedar pun korang dah jalan selama 1 jam sebab korang sibuk tengok kedai tepi jalan, orang lalu -lalang and juga view tepi pantai dia.. tau-tau je korang dah sampai station 1.

Misi kami untuk cari package aktivity apa yang nak dibuat and tempat untuk diving tu berjaya. Nak cerita package activity tu aku macam malas je sebab terkena.. adehhh.. terkena macam mana? jap lagi aku cerita detail.. cerita jugak la so korang hati-hati sikit la masa pilih package ni.. yang aku leh summarykan, kitorang dapat package 5 activity iaitu: zipline, ATV, helmet diving, snorkeling dan island hopping dengan harga 2500 peso (roughly Rm287). Lepas tu untuk diving pulak, 1800 peso  per dive (roughly rm206). Bapak mahal gila nak diving kat sini.. dah la tak da package utk 2,3 dive dengan harga murah.. kalau korang nak buat 2 kali dive, double the price.. camtu.. *pening kepala..

Dah settle pusing-pusing dan cari apa yang patut, kami balik bilik balik.. dah penat berjalan.. rehat kejap..dengan panas terik gitu.. sedap gila balik bilik tidur haha.. tapi petang kami keluar balik.. pergi tepi pantai balik.. berapa banyak balik da.. -.-''.. tapi nak cerita ni.. kitorang naik boat sailingggggggg... haa nampak.. ahaha..


Fefeeling naik yatch gituuuuu...
Korang wajib try ni kalau datang sini.. tempoh pelayaran dalam 30 minut gitu dengan harga 1000 peso untuk 3 orang..  fefeeling sangat dia bawak jalan-jalan sambil tengok sunset.. dan dia memang laju.. so try ok.. 

Dan bila malammmmm... nothing much you can do except lepak-lepak kat restaurant or tepi pantai sambil menikmati angin malam. I don't know about others tapi bagi aku, bila waktu malam tak ada apa nak buat sangat kecuali rehat-rehat selepas penat beractivity.. Esok kita cerita activity yang aku buat yang acah-acah harga dia 2500 peso tu. untuk activity ni korang leh buat nak settle semuanya dalam masa 1 hari atau 2 hari.. ikutlah plan korang macam mana.. macam aku jadikan dia 2 hari..

1/3/2015

Hari ni yang seperti dijanjikan... sebelum tu aku nak bising.. masa cari and tanya-tanya package activity ni, aku siap tanya lagi pengangkutan macam mana? contohnya kalau nak berjumpa kat mana-mana ke atau diaorang akan ambil kat hotel.. ok dengan confidentnya budak ferdinand (budak yang aku amek package dengan) ni cakap dia boleh ambil kat hotel.. dan kami macam yeayyyyy!! tapi lepas tu... duhhhhhh -.-.. ha mesti korang nak tau sebab apa kan.. sebabnya.. yerrrrr... memang dia ambil kat hotel pun, and tahankan tricycle untuk pergi ke tempat main ATV, but you have to pay for the tricycle siap bayarkan untuk kepala dia sekali.. dalam hati aku macam... hantu betul.. aku ingat dia bayar.. bila kes macam ni, macam korang tau.. there's no point of fighting because you will never win sebab diaorang acah-acah macam tak bersalah and takkan ko nak berdiri terpacak kat situ and argue why you have to pay... mak sabar lagi nakkkk.. tunggu part yang mak tak leh sabar ok...

ok fine jom kita main ATV.. condition ATV dia dari luar ok lah.. tapi part starter dia kena tekan dah macam nak patah jari den.. ni bukan press-press ok.. so korang yang nak main ATV tu bengkung jari siap-siap ok..



Seperti gambar diatas, korang ATV atas jalan tar yer.. aku tak buat study so aku bayangkan masuk hutan.. tapi ok lah.. ber ATV sambil cuci mata sebab on the way naik ke atas, korang akan nampak view laut macam kat bawah ni...
kehkehkehkeh.. mohon bersiap sedia dengan camera anda
Owh sebelum aku melalut.. plan activity hari ni gini.. ATV-Zipline-Helmet diving. Island hopping buat the day after next day sebab esok nak pergi diving. Rasanya mana-mana akan buat gini, lepas buat ATV confirm buat zipline sebab dia satu hala.. Macam gambar first tu, kitorang parking kat tempat nak main zipline. mesti korang tertanya-tanya zipline ni apakan.. ala dia mcm flying fox jer.. hajat hati sebenarnya nak main yang macam superman tu, instead of macam dia flying fox, korang baring atas canvas macam superman. Tapi kitorang tak tau benda tu kena request.. budak ferdinand tu tak cakap pun.. huh..


Suasana menunggu giliran nak buat zipline
done!! 
Sempat melaram tangkap gambar view kat atas hehehe
Tapi aku rasa habiskan masa kat sini tak sampai sengah jam pun.. lepas tu, turun balik ke ATV dan balik ke center. Nasib kali ni hantar balik ke hotel free tak payah kena bayar.. grrrr.. Balik hotel kitorang pergi lunch dulu..
Ayam masak lomak...
Nampak ayam masak lomak dia.. siap dengan serat kelapa ada... ini lah reason dia kenapa tak berani nak try masa first time makan.. haha.. tapi sodapppp... ada rasa.. diaorg ni pun suka makan pedas.. aku tengok siap ada ulam dengan cili api lagi.. Done makan, balik bilik mandi, tidur and recharge kejap untuk activity petang ni iaitu helmet diving!!.

Seperti yang dijanjikan.. helmet diving!! 
Ini la ghupe helmet yang korang nak pakai g diving
Nampak gambar helmet yang mcm pakai kat space suit tu.. berat kemain bebeh.. kalau tengok macam ni, aku berfikir macam mana lah nak pakai benda alah ni.. rupa-rupannya, bila korang dah turun halfway sampai kepala jer kat surface, dia akan sarungkan helmet ni.. dan korang perlahan-lahan turun ke dalam air.. kat dalam air tu, ada diver yang akan jag korang.. sumpah berat helmet ni.. sakit bahu aku -.-''.. korang turun bernafas tau.. jangan tak bernafas pulak kekeke..




ada macam astronaut tak? ahahaha
Kat bawah ni nanti diver tu akan tangkap gambar korang.. Korang pose la macam mana pun sebab nanti korang akan dapat cd free.. sekali package katanya.. tapi cerita aku lain pulak -.-''.. berada dibawah ni sengah jam jugak.. bila naik atas, kepala aku tingtong.. sakit otak kejap bila kat atas.. terlebih oxygen ke mende?? lupe nak cerita kat korang.. kat boracay ni.. terlalu banyak tips box.. sebenarnya aku tak perasan sangat sebab tips kan.. ikut suka la korang nak bagi ke tidak.. plus pulak pesen berjalan budget macam aku ni.. nak-nak lak tak expect kena bayar airport tax.. itu aku cerita kendian.. so nak dipendekkan cerita.. lepas settle helmet diving, kitorang blah without bagi tips.. kawan aku kata, semua muka berubah bila kitorang blah macam tu jer.. aku macam erkkk.. wajib bagi ke? mak pun tengah sengkek ni.. wuwuwuwu.. pastu kan.. bila transfer naik bot nak ke pantai balik, ferdinand tu ckp, jgn lupa bagi tips kat orang bot tu.. aku macam ooowhhhhh... so korang.. moral of the story.. sediakan lah syiling ke atau duit kecik untuk tips kat diaorg kalau korang tak nak kena macam aku.. krik.. krik.. krik.. 

Settle helmet diving balik bilik balik.. rehat-rehat apa yang patut.. activity seterusnya macam biasa.. makan-makan, jalan menyusur pantai, lepak kejap kat coffee house, dah ngantok and penat.. balik bilik tidur.. tak semenggah betul activity dia kan.. kekekeke..

2/3/2015

Next day.. Hari ini kitorang proceed dengan diving. Esok baru buat island hoping. Nothing much to story sebab coral dia tak cantik pun and vis dia tak clear sangat.. tapi nak bagitau, diving kat sini mahal kemain.. 1800 peso untuk sekali dive bersamaan dengan roughly rm200.. kalau kat Malaysia dah boleh buat 2 dive dah tu.. pastu tak ada package pulak tu.. kalau nak buat 2 dive, double the price baby *pening kepala*.. kitorang amek diving dengan eclipse dive centre.



Balik dari dive.. aku terus mandi dan siap-siap untuk keluar balik.. niat hati nak jalan sekali lagi sampai hujung sebab esok akan move ke Bolabog Island. So aku kongsikan gambar-gambar aku snap sepanjang menyusur pantai sampai kehujung..








Since waktu ni agak mendung, gambar tak cantik sangat.. kalau korang gigih.. try snap pic time panas berderang.. Confirm cantik gambar korang.. contohnya macm ni..





Sekian gambar untuk hari ini.. nexttttt....

4/5/2015

Today!! hari yang dijanjikan untuk pergi island hopping.. since nak naik boat tu kat station 3 jer, xdalah kami bersusah payah nak pergi ke station 1. waktu dijanjikan nak meet up kat hotel pukul 8.30 pagi.. tapi dah nak pukul 9pagi kitorang tunggu pun budak ferdinand tu tak sampai.. so kitorang decide nak pergi sendiri ke station 1 cari.. ot the way pergi tetibe bapak ferdinand tu berlari-lari panggil.. nasib kitorang tak jalan jauh lagi.. malas nak hilangkan mood nak bergumbira kita abaikan jer.. dah satu hal nak patah balik ke station 3. Bila sampai kat khemah untuk amek boat untuk snorkeling and island hoping, tetiba si bapak ferdinand ni suh kitorang bayar untuk sewa boat 200 peso dan kami macam haaaaaaa???? jadah mende ko dah bayar package 2500 peso tetiba kena bayar sewa boat pulak 200 peso. It's not in the agreement.. time ni mula la darah dah naik sampai kepala.. then kitorang argue kenapa kitorang kena bayar and sepatutnye dah termasuk kat dalam package.. then kitorang decide nak cancel snorkeling and island hopping and nak dia bayar balik package snorkeling and island hoping. Then tetiba dia kata its ok naik jer bot tu... jadahhhhh... hangin mak hokeh.. pastu nak jadi cerita.. sewa peralatan snorkeling pun kena bayar sendiri 20 peso -.-''.. rasa nak maki pun ada.. since kena bayar sejam gak la aku berlegar-legar dalam air.. snorkeling kat sini dia tak lepas korang jauh, berenang la kemana pun korang nak.. kat sini korang just snorkeling kat area boat korang jer.. ada tali and kena berpaut.. reason dia sbb ombak kuat sangat.. it's for your safety.. naseb la view mmg cantik..








Al-kisah island hopping pulak..tak dinamakan island hopping la kang kalau duduk dalam boat jer sambil mengeliling pulau.. -.-'' sedey lah... orang kata Crystal Island cantik sangat.. hurmmm.. takpelah.. next time pergi dah tau dah... dah settle snorkeling and island hopping (hopping lerr sgtttt), kitaorang balik bilik.. lupa.. cd yang buat helmet diving tu tak dapat pun.. bila dah petang dia jadi lupa and dah malas nak pergi cari orang yang bertanggungjawab.. settle activity ni dah nak pukul 11 masa tu.. tak lama pun kan.. pukul 12 macam tu kami check out dan move ke Bolabog beach sebab kitorang booking bilik kat situ pulak.. aku rasa korang better cari hotel kat sini sebab sini tak crowded and dekat tengah-tengah.. tak jauh dari station 2 dan D'mall.. pantai kat Bolabog beach ni pun cantik jugak.. contonhya..


Pantai area sini ramai yang buat kitesurfing sebab angin dia memang sangat kuat..

bila malam menjelma, berjalan ke D'mall lagi kita.. jalan-jalan menghabiskan balance duit yang ada..

Dah.. habis dah ceritanya.. perjalanan balik alhamdulillah berjalan lancar.. agent southwest ambil kat hotel and we move to Caticlan terminal.. ambil bas dan move ke airport.. yeah sebelum aku terlupa.. sebelum check in, korang kena bayar airport tax dlu 500 peso. sisip kan ke tepi yer 500 peso siap-siap ye.. jangan lupa..

Ok kat bawah ni aku list out kan total budget selama 6 hari kat sana.. aku dah siap-siap covert ke RM k.. masa ni currency 100 peso = Rm8.91 tak silap aku.. just around that price..

Budget Boracay Island 6D5N:

Flight tix AA = rm226.00
Accomodation = rm150.00
Transport Kalibo-Boracay return = rm117.00

Makan = rm95.00
Activities (package ATV, Zipline, Helmet Diving, Snorkeling, Island Hopping, Diving) = Rm333.00
Sim card= rm34.00
Transport around Boracay = Rm13.00/person
Souvenir = rm61.00
Sunblock = rm47.00
Airport tax = rm56.00

Grand Total = rm1132.00

So ni lah total yang aku gunakan untuk trip nih.. nasihat aku, tak payah la pergi lama-lama Boracay ni.. 4 hari is enough untuk korang explore pulau ni dan buat activity.. nasihat lain?? pastikan anda Island Lover then barulah korang rasa seronok ada kat sini.. one of my friend tak rupanya.. baru duk sehari dia dah mati kutu.. kekeke.. mohon bertabah yunk..

To those yang berniat nak pergi, good luck and have fun diucapkan.. hope tak kena macam aku kena part yang package tu.. berhati-hati pilih yer.. korang tanya habis-habisan dan confirmkan habis-habisan.. so that tak spoil mood bercuti korang.. ahhh panjang lak bebel dia... ok guyss.. till next entry :)))

7 comments:

  1. kalau boleh saran nih, font postingannya jangan di italic di normalin aja biasa .. jadinya baca nya pusing miringmiring gitu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) saya sudah buat seperti biasa.. begini bisa?

      Delete
  2. pakej rm 333 tu untuk seorang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply.. yup untuk seorang.. harap membantu =)

      Delete
  3. Beli tiket tu around bila ea?

    ReplyDelete
  4. Hi, boleh bgtau nama tempat u stay 6H5M tu?
    Atau boleh suggest yg ok dan dekat dengan pantai..Thanks in advance. =)

    ReplyDelete
  5. Nak tanya. Bulan ogos ni nak pergi boracay yihaa. Transport tu booking masa dekat malaysia atau dah sampai sana baru booking?

    ReplyDelete

Followers

Busuk!