Friday, 3 June 2016

Kad kahwin D.I.Y

Assalamualaikum readers.. 

Lama sangat aku tak jengah blog ni.. kalau masuk pun tengok jer.. lama nau dah tak buat entry -.-''
Tak pe tu abaikan.. al kisahnya aku nak sharekan mengenai kad kahwin aku.. memang dari awal lagi aku dah plan nak d.i.y.. kata pengatin budget kan.. haruslah cut cost sehabis boleh.. hiks..

Alkisahnya.. aku dah design kad kat microsoft words je.. simple sebab tu la yang aku paling terror pakai.. nak harap software macam photoshop bagai tu? sis nak download pun tak lopeh -.-

Gambar kat bawah ni hasil dari aku design gunakan words.. so pengakhirannya plan untuk print sendiri pakai brown paper.. contohnya jadi macam gambar kat bawah lagi..






Cantikkan? aku plan buat macam tu pada awalnya.. kalau kira budget, aku biasa survey orang buat tak sampai rm200.. tapi tak sure untuk berapa keping.. so B2B yang betul-betul nak jimat, boleh guna idea macam ni..

Al-kisahnya aku tak jadi buat macam ni.. atas permintaan bakal mak mertua, nak kad warna-warni katanya.. Sebagai bakal menantu yang baik lagi budiman aku pun turutkan je.. kebetulan aku ada kawan yang bapak sedara dia buat printing dan boleh bagi harga murah, so aku pun gigihkan la design kad baru.. cuba la download photoshop still juga tak lepas.. stress mak hokeyhhh.. tapi aku tak putus asa tau.. pergilah youtube, google la macam mana orang design kad kahwin sendiri. So aku ada jumpa satu video ni dia pakai software GIMP. korang nak, boleh je google yang free download. 

Aku ni bukanlah peng'explore' software berjaya.. tapi aku gigihkan la jugak tgk tutorial kat youtube tu.. tapi sudahnya aku explore sendiri je macam mana nak gunakan GIMP ni.. dah reti tu sonang sangat tahu.. dalam masa sengah jam aku boleh design 2 kad kekekeke.. masa awal-awal kemain stressnya.. lagi stress bila nak masukkan maps dalam kad.. acah-acah words kat maps tak nampak lah bila kecilkan.. untuk pengetahuan B2B yang buta design2 macam sis ni.. make sure resolution untuk maps dan kad adalah sama ya.. atau pun sama besar.. jangan satu kecil satu besar.. nanti tulisan tu memang pecah.. masa stress buat kad ni, mengadu kat Fahmy, dia kata suh je la orang design.. aku macam -.-.. kalau kesudahannya suh orang buatkan, jadi apalah gunanya aku bersusah payah dari awal -.-.. so bila dah tau masalah kat kad tu adalah perbezaan resolution, bila dah betulkan happy mak oi.. sampai 3 design sis buat hokeyhh.. ahahaha..

So kat bawah ni aku bagi contoh kad yang aku dah design pakai GIMP





Boleh la kan.. janji warna-warni kekekeke..

Ok bab printing pulak..
meh aku nak share ngan korang.. aku print kad ni dengan bapak saudara kawan aku seperti yang telah aku bagi tahu tadi.. untuk kad yang aku design 1000pcs, Rm260 include envelope dan postage.. berbaloi ke tidak? bagi aku murah la tu dan berbaloi sangat dah.. so kalau korang nak, korang boleh emailkan details atau pertanyaan dekat sini razvision@gmail.com.. dia ada sediakan package juga tau.. boleh lah kalau nak tanya..

Sekian sahaja entry aku hari ni.. nanti aku share hantaran d.i.y pulak.. aci recycle barang hantaran masa tunang dulu jer kikikiki.. nampak jimat dia canne? tapi aku adalah tambah sikit-sikit.. so till next entry okeyh.. 

Daaaa~~~

Continue Reading...

Followers

Busuk!