Minggu depan dah raya... owh my.. kejap jerkan tau-tau puasa dah masuk Ramadhan yang ke-23. Jujur kata aku tak da mood nak raya. Faktor umur dan keadaan sekeliling mungkin.. tak da mood nak raya pun baju sampai 6 helai *sigh*.. natijah beli kain ikut nafsu.. tobat insyaAllah tahun depan tak nak buat dah.. pembaziran maha hebat tahun ni :(
Korang dah abes beli barang untuk raya?Aku dah kot... macam aku kata tadi, mood nak raya tak da, tapi membeli barang kerana raya tu sentiasa ada..haha.. konon nak gantikan barang yang dah lama la.huhu... Hari raya, still dengan mentality mesti nak kena ada barang baru.. bagi yang tak berfikiran macam aku, baguslah.. huhu..
Hari ni first time aku nak buat entry review me'review' nih... pengumuman, ini bukan entry berbayor yer.. just nak share ngan korang mana nak cari barang murah dan kualiti pun ok.. al-maklum la aku ni bukan jenis nak beli barang branded sbb tau tak mampu dan diluar kemampuan.. tapi memilih jugak tak nak barang tu nampak murah tapi harga murah jer pun.. ahaha.. nampak dia punya demand macam mana? So citernya bermula cenggini, pada suatu hari tu aku tertiba tergerak hati nak google shopping online murah and akhirnya aku jumpa pagi ni www.nile.com.my. Ok serious barang dia murah-murah. Kalau korang pergi situ.. ni ha contoh homepage dia.