Friday 29 March 2013

2013: Ilham baju raya


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalammualaikum...

Baju raya owh baju raya.. *sigh* -_-''.. Ganti puasa pun tak abis lagi sibuk pasal baju raya huhu.. Yo, akan den ushokan.. 

Dah nak masuk bulan 4 ha tapi kain nak buat baju raya pun aku tak beli lagi.. Agak2 kalau aku antar bulan depan cik puan tukang jahit nak terima lagi ke? Aku risau tak sempat siap jer ni.. siap nak buat backup baju beli ready made jer.. Ni pun ntah bilanya nak g cari ntah -_-''

Sempena nak raya tahun ni, buang tebiat ape ntah sibuk google fesyen baju raya.. Kalau ikutkan, tiap-tiap tahun tak baju kurung, baju kurung moden..Baju kebaya mmg jauh sekali lah kan.. So, sempena raya tahun ni, aku ada usha beberapa baju raya tahun lepas untuk mencari ilham.. 


2 design baju kat atas ni sah-sah la design Rizalman..Bersepah kat google image.. Cantikkan walaupun baju kurung moden jer pun sebenarnya.. Cuma kain dia jenis flowy sikit and mmg trend skangkan buat baju kurung kain flowy macam ni.. Nice.. akan dipertimbangkan..


Yang ni pulak Design dari Jovian Mandagie..Bagi aku feeling2 classic gitu.. aku tengok harga kat Zalora (Klik sini).. Homakai..*lap poloh*.. mahai kemain derrr.. mak tak mampu.. mak mampu beli kain kat jakel  (3 helai RM100) jer antar kat tailor berjaya.. huhuhu...


Suke benor aku dengan baju scha ni.. suke sangattttt.. tapikan, mcm cantik untuk kain yang plain jer kan.. aku dah lah tak suke kain plain.. Hurmm.. tapi kalau kain yang sesuai ok jerkan.. akan diusahakan... Nexttt...


 

Design yang ni pun aku berkenan jugak.. Next....






Tadaaaa!! aku rasa tahun ni sure ramai yang buang eh..buat baju kurung peplum ni.. Kompom!!.. Cantik jer tgk orang pakai.. untung la ada cutting.. kalau aku pakai, serupa tiang dan kain bendera.. berkibar-kibaran.. huhu..

For now ini jer yang dapat aku usahakan.. pape cari kainnya dulu and need to contact kak yan.. mahu ke tak mahu beliau menerima tempahan dikala-kala senja begini.. Mohon la beliau mahu.. kalau tak, ket mano laie den nak carik tailor berjaya.. huhu..

Chaos Chikas <3 <3 <3

Bye.Bye.Bye.

P/s: Aih.. kena cepat stop leisure2 tanpa buat pape nih.. thesis oh thesis T T

Continue Reading...

Thursday 28 March 2013

Pre-Bali

Tinggal 2 bulan je lagi trip ke Bali.. seriously can't wait.. Mood nak travel aku dah membuak2.. plus dengan niat nak g trekking kat sana.. pergh.. lagi la aku tak sabar kan.. huhu.. Selama beberapa bulan aku buat research on what we all going to do.. of course kena study dulu kan before pergi sana.. Dinasihati, jangan lah main ambil supir kat sana je untuk bawak korang jalan-jalan.. Based on aku punya kawan punya experience yang baru je balik dari Bali.. Bersungguh2 dia cerita kat aku camna stressnya dia g Bali.. siap nangis2 lagi kat husband dia ckp tak nak dah datang bali -_-".. Sound scary jer kan.. buat aku nebes je nak menjejak ke sana.. Tapi tak pe.. you have to experience it yourself right.. So, berbekalkan research yang aku buat.. aku pun dengan jayanya list outkan tempat yang kitorang nak pergi.. Ini itinerarynya:

Trip 5D4N

Khamis.

  • Sampai kat hotel around 1.30p.m waktu indonesia
  •  Since hotel kitorang kat Denpasar, petang tu kitorang akan ke Tanah Lot Temple tgk sunset.. and before sunset, boleh jalan-jalan kejap kat Sanur Beach.. 
  • Ataupun, after tgk sunset kat Tanah Lot Temple baru move to Sanur Beach for night walk. Ikutlah mana-mana yang sesuai..
Jumaat

  • Explore Uluwatu
  • Morning: Padang-padang Beach. Sebenarnya niat nak pergi Dreamland beach.. Tapi pernah baca post tentang Dreamland Beach yang katanya dah jadi Nightmare Beach -_-"
  • Afternoon: Lepak-lepak kat Suluban Beach
  • Sunset at Uluwatu Temple
  • Night walk at Jimbaran Beach
Sabtu

  • 1.30 a.m heading to Mount Batur for trekking.. Yeay!! :)).. Motifnya disini nak tengok sunrise..
  • Around tengah hari sampai ke hotel balik.. Rehat barang 2, 3 jam ker..
  • Petang move to Seminyak Beach for sunset.. Again..
Ahad

  • Morning: Tegallang Rice Paddy Terace
  • Ubud Monkey Temple
  • Ubud Market (Shopping time!!)
  • Kuta Beach for sunset again :))
  • Explore Kuta.. Night walk in the city
Isnin

  • Balik!!!!
Ha...gitulah perancangannya.. ntah dapat ke tak ntah buat semua tu kan.. macam tamak jer semua tempat nak pergi huhu.. Tapi aku harap sangat leh buat semua tu.. Hopefully nasib akan menyebelahi kami.. InsyaAllah.. Nanti kalau aku dh pergi, aku akan update experience aku kat sana.. Dapat ke tak kitorang buat ape yang dirancangkan.. InsyaAllah..

Mesti korang nampak banyak sangat activity pergi ke pantainya kan.. Ni diatas permintaan kawan aku yang kata nak pergi pantai.. Lagi satu aku suke sunset and sunset kat pantai bali cantik-cantik.. Jom kita tgk gambar.. 

Jimbaran Beach


Jimbaran Beach

Dreamland Beach
Dreamland Beach
Sanur Beach

Padang-padang Beach
Suluban Beach
Seminyak Beach


Mount Batur


Uluwatu Temple
Uluwatu Temple

Tanah Lot temple

Tanah Lot Temple


Monkey Temple

Teggalang Rice Paddy Terrace

Ni semua gambar aku cekau jer dari orang.. hehe.. Tak sabar nak tengok dengan mata sendirikan.. adakah indah khabar dari rupa? We'll see..

Kalaulah aku rajin update thesis mcm aku rajin update blog -_-"

Bye. Bye. Bye.

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Wednesday 27 March 2013

Ber'sunset' di Pantai Minyak Beku

Dah pukul 11.34 malam dan aku masih belum mandi -_-''.. aku bukannya nak cerita tentang aku tak mandi lagi.. sungguh busuk entry aku kalau mcm tu :))

Cerita dia.. sedang aku asyik kemas bilik, tiba2 housemate aku ajak g kejar sunset.. aku dilanda kebuntuaan.. Ye la, selalu yang buat keja kejar sunset ni aku je.. aku tanye la apesal tetiba ajak g tgk sunset. jiwa kacau katanya.. untungla jiwa kacau g tgk sunset.. nasib la Pantai Minyak Beku tu dlm 30 minit jer dari Parit Raja ni.. Oleh kerana dekat, selalu jugak la aku ajak housemate aku lepak sini.. tapi setakat ni baru pergi 2 kali.. selalu la sangat.. kekeke.. selalu ajak jer.. perginya tak pun.. korang kena paham structure ayat tu.. blerghhh :p

Sunset sangat kan..

Ni la tuan empunya diri yang jiwa kacau tu.. kekekeke
Balik dari ber'sunset' kat Pantai Minyak Beku tu, kitorang singgah makan kat kedai 'Mee Racun' kejap.. ala kedai yang femes msk 'Jalan-Jalan Cari Makan' tu.. korang hado?? hehe.. Tapikan, sungguh malang nasib aku.. ngidam nak makan mee racun special 1, tapi yg special semua habis.. tinggal mee racun biasa jer.. sesungguh aku seperti diracun bila budak tu kata special abes T T.. At the end aku order mee racun biasa-biasa saja.. bagi lepas tekak.. next time harus aku datang lagi nak makan yang special.. mesti korang tertanya2 special dia camna kan? aku dah delete lak gambar lama.. special dia, dia letak gear box kat mee tu.. tp gear box tu bukan lembu okey.. dia kambing.. pastu ada special 1 and special 2.. kalau 1 means letak satu ketul.. kalau 2, letak 2 ketul.. kalau korang rasa nak melahap gear box tu, mintak la special 2.. bagi aku special 1 pong dah cukup..
Cendawan goreng RM4.. cekik darah betul harga dia aku rasa.. 

Sate Ayam + kambing

Mee racun biasa

K lah.. that's all for today.. mak nak g mandi jap.. dah 11.48 malam.. kyaaaa O.O.. tau mak aku ni berdarah telinga kena beleter.. huhuhu..

Bye. Bye. Bye.

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Monday 25 March 2013

Bukit Jugra : Paragliding

2 minggu yang lepas, aku ngan dia g try paragliding kat Bukit Jugra hasil dari hasutan rancangan majalah 3 kat Tv3. Dah lama rancang cuma tunggu masa yang sesuai je. Almaklumlah aku ni perantau di Batu Pahat ni.. So kalau nak pergi, dia tu kena tunggu aku balik KL la.. dan sesungguhnya telah aku bagi amaran kalau nak pergi mohon tunggu aku!!


Sebelum pergi dia dah g survey dulu camno nak g bukit jugra ni pastu kalau nak join paragliding ni bapo nak kena bayar.. apa requirement dia.. So dipendekkan cerita sila lah bwk GPS bagi yang baru nak try tu.. kalau dari Ampang, nak dekat 2 jam jugak perjalanan dia. Dan, GPS tu limited sampai kat satu kawasan jer. Korang akan jumpa tokong cina dulu sebelum sampai ke lokasi rumah api Bukit Jugra. Untuk memastikan korang tak terlepas simpang ke rumah api bukit jugra tu, ada simpang ke kanan dan menaiki bukit.So msk simpang tu then sampai la korang kat rumah api Bukit Jugra.



Rumah api Bukit Jugra
Untuk pengetahuan korang, sesungguhnye tempat korang nak gliding ni tak ada centre pun.. Semata-mata seperti gambar diatas. Kat belakang pokok tu ada pondok mcm bus station tu untuk korang duduk. Masa aku sampai, memang tak ada orang langsung and aku tak expect keadaan dia cenggitu.. Aku budget adalah kaunter pembayaran, store for paragliding equipment and gear ke pape jelah yang menunjukkan tempat tu centre for paragliding kan.. tapi nan hado. So cerita dia cenggini kalau korang nak try, kena g sana jumpa orang yang offer service bawak korang glide or google pun buleh..



Instructor saya :)

Berterbangan :)
Dalam excited nak try, nervous gila masa mula-mula nak take off.. sedar-sedar je kaki dah tak jejak tanah. Perasaan yang sukar nak digambarkan.. It's good that aku tak ada masalah dengan ketinggian.. Kalau korang nak pergi, make sure hari yang korang pergi tu cuacanya sangat elok dan panas. Factor angin juga penting so jangan pergi masa musim hujan eh.. Instructor aku ckp, hari yang aku naik ni cuaca sgt bagus sebab angin sepoi2 bahasa.. lembut je hembusannya.. kalau aku datang hari sabtu, cuaca cantik jugak, cerah dan berangin.. tapi, angin kuat sangat, so ramai yang mabuk and siap muntah lagi dari atas.. sian dia.. sape lah yang malang tu kan.. Kalau masa aku pergi ni, angin sepoi2 pun aku dah rasa pening2 kat atas, ntah canne lah kalau angin kuatkan.. 









 Motif aku tangkap gambar kasut? Katanye nanti orang terpercaya aku try paragliding nih..So korang pun jangan lupa tangkap gambar kasut jugak tau.. kikiki..


With Alex. Come straight from Thailand semata-mata nak glide kat Bukit Jugra nih.. Btw dia pun Paragliding instructor.

Berjaya mendarat. Yeay!!
Seriously, it's worth trying. You guys should try too. Untuk paragliding dengan abang ni, just rm150 for sekali naik jer. Sebab tu faktor cuaca penting kalau korang nak naik.. Sebab.. kalau cuaca elok, korang leh terbang lama2 kat atas tu.. mcm aku dpt jugak lah dlm sengah jam..tu pun abang tu tanye, nak turun dah ke?. Aku pun cakap nak sbb rasa lama lak kat atas tu.. pening-pening lalat dah.. Abang tu kata, kalau nasib tak baik.. elok take off jer terus landing.. rugi kan.. Lagi satu, kalau korang nak g tak yah la nak pakai sporty sgt mcm aku tu -_-".. pakai jeans pun buleh dan kasut or sandal yang sesuai.. ni dia punye pasal la ni kata pakai track suit pun buleh.. sekali dia pakai jean short jer.. hangin betul aku.. Blerghh..

Otw balik, kat bandar banting tu aku singgah kat kedai snack. Walaupun tak ada kene mengenakan tapi tetibe nak promote kedai kakak tu pulak.. ahaha.. kalau korang nak borong biskut or kopok buat makan kudap2an.. singgah lah ye.. murah pun murah.. Tapi aku tak ingat lak kedai dia ape nama.. Yang aku ingat wording SNACK jer.. hehe..

Selamat bergliding :)

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Wednesday 20 March 2013

Backpacking Trip to Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia


Cita-cita aku nak travel. Mmg menjadi impian aku utk mengelilingi satu dunia. Tapi aku bukan lah org yg berduit sangat so, aku pilih backpacking!! Backpacking fun.. seriously.. when you know the tricks.. So dengan tahap kemampuan aku, aku membuat kira-kira untuk travel.. weeeee... so excited!!

Cambodia bukan 1st negara yang aku pergi, itu second. Yang 1st aku jejak adalah Singapore.. Well, nothing to be proud about kan.. bercakap mcm dah pergi bnyk negara.. ahahaha.. :)
Tapi ini adalah permulaan :).. Dengan rezeki and izin Allah, insyaAllah.. slowly aku akan kejar impian aku..

Total budget aku untuk trip ni RM600 tapi tak termasuk tiket flight. Tiket flight seingat aku around rm153 pergi balik.. if i'm not mistaken la.. beli time AA offer tiket murah.. Actually kalau korang pandai budget, boleh jimat lagi tu.. aku ni sebabnya belum nak pandai lagi nak uruskan duit time travel.. nak.. nak time shopping souvenir T T.. Ok.. enough mukadimah.. letss tgk gambar.. and aku cerita sikit2..


Phnom Penh International Airport

Kitorang sampai kat Phnom Penh International Airport rasanya masa tu pukul 9 waktu Malaysia kot.. Tak berapa nak ingat sangat sebab dah lama.. And for your info, cambodia awal sejam dari Malaysia.


Siem Reap

Sebaik sahaja (owh terasa skemanye T T) sampai, kitorg terus amek bas pergi ke siem reap. Akan bermalam 2 hari disana sebelum kembali ke Phnom Penh semula. Tujuan datang ke sini? sudah semestinya utk melawat angkor wat. Yang aku agak jakun kat sini, tiket masuk Angkor Wat tu siap print gmbr kita.. so dah terjawab kenapa masa nak beli tiket tu kena pandang kamera.. ha.. canggih kau.. Malaysia hado? mungkin ado kot.. aku je tak tau kat mana.. ok jom sambung.. kat bawah ni gambar2 masa pergi tgk Angkor Wat.. Letsss..







Sebelum kitorang g sini.. gatal-gatal konon nak naik basikal jer dari guesthouse.. Adventure kunun..Aku suke sangat dengan idea ni.. Yela, tempat orang kan, so mcm nak try bnyk benda dengan cara santai.. Tapi.. Tapi.. oleh kerana tentangan beberapa pihak, diaorg kata tak nak n nak naik tuk-tuk jer.. Glad we made that decision! and you should too!.. sebab? meh aku listkan sebabnyer..

1) Panas hokeyh!! Cambodia lebih panas dari Malaysia.. Reason? sebelum korang landing, cube tgk kat bawah.. tak ada ape yang korang nmpk kecuali tanah lapang + sawah padi.. aku rasa aku leh kira jumlah gunung yang diorg ada.. itu pun kalau boleh dipanggil gunung. Lepas tu kan.. tak mcm Malaysia, bnyk hutan.. I dunno whether they have any or not coz i cant see one.. mungkin ada, tapi tak sebesar hutan kita.. Plus, tempat diaorg sangat berdebu.. so, for those yang tak berapa nak sihat kat paru2 n sistem pernafasan.. mohon la cari mask ker kay.. 

2) From temple to temple sangat jauh!!. Ni lagi satu reason.. aku bayangkan la kalau kitorang naik basikal.. dengan panasnye, dengan jauhnye.. bepoloh betei!.. tak terkira berapa bnyk kalinye la kitorang bersyukur sbb tak naik basikal hehe.. tapi kalau korang nak try, bleh jer.. aku rasa mcm ada jer terserempak dengan matsaleh mengayuh basikal.. gigih betul..kalau aku tak la dengan kepanasan tahap gitu.. 

So, itu je reason yang aku rasa kuat kenapa korang kena amek tuktuk kalau g sini.. Lets next!

Poyo kan.. kikiki


Pokok dalam citer Tomb Rider katanye :) 

Sunrise over Angkor Wat
 kalau korang pandai cari port menarik amek gambar.. mesti dapat gambar yang cantik2.. hp aku murah jer, so itu la kualiti gambar yang ada.. hee :)).. btw, org kata sunset kat sini pun cantik.. try la..

Tak da keje tangkap gambar kat tengah2 jalan.. time ni around kul 9.. mmg dah sunyi bandar diaorg.. ni kalau kat KL ni alamat nye dah arwah dah la.. on the way nak g night market cuci mana.. Ni on our 1st day pun pic.. b4 g Angkor wat.. 

 Painting yang aku belikan utk dia.. Last2 tak bagi pun huhu.. sbb bile aku pkr balik, dia dah ada 2 panting sederhana besar kat umah tu.. then mana la dia nak cmpk painting aku ni kan.. buat somak yo.. kat sini la pembaziran itu berlaku T T.. usd25 kot.. boleh beli mcm-mcm tahu.. mcm-mcm!! masa kat pnhom penh aku belikan dia panting baru 3 buah usd5 jer.. sebab ape belikan painting? sbb aku tak tau ape benda nak belikan utk lelaki especially dia tu.. jenuh!!


gambar one of gerai yg ada kat sana.. kat sana korang leh bargain kaw-kaw okey.. bygkan painting tadi harga dia usd60 dia boleh turun kan smpai usd25.. baju yg harga usd18 dia boleh turun smpai half price.. trick dia? blah jer kalau diaorg tak nak turunkan harga dah.. for sure diaorg akan turunkan harga kaw2 punyer.. dan tips kwn aku pulak kata.. start bargain from usd1.. giler kejam kan.. aku teringat lagi words org2 kedai tu bile kita bargain smpai half price.."no profit maam.. no profit maam".. somehow i find it cute.. the way they say it.. try la.. lagi satu perkara penting!! make sure korang tukar jugak duit korang ke matawang diaorg sikit.. rm5 pun cukup kot.. reason? sbb nak beli benda2 yang murah mcm mineral water ker.. sbb, kalau korang tak da duit kecik, korang kena pakai usd. Bayangkan eh, harga air mineral 2500 reil bersamaan ngan 25 sen.. tp kalau korang tak da duit kecik nak bayar, korang kena guna cara lain.. mgkn bayar usd1 utk 1 botol besar + 1 botol kecik mineral.. mahal okey!! paham kan? paham kan ape yang aku cube nak sampaikan ni.. Mintak maaplah aku ni tak reti nak menerangkan ke orang.. huhu..

Next pic berlokasi di Phnom Penh.


Dari Seim Reap ke Phonm Penh kitorang amek mini van.. usd11. Dan aku tak suggest korang naik ni.. baik lagi nai bas aku rasa.. Reason? sebab jalan kat sana tengah under construction. So la bumpy. Kalau naik bas, tak rasa sgt.. Sapa tak tahan mmg muntah la.. Tapi aku rasa mungkin sekarang jalan tu dah siap berturap kot.. 


Killing Field
Bagi aku, not much to see kat Phnom Penh kecuali Killing Field and S21 kot nama tempat tu lagi satu.. Other option, korang leh g muzium.. Disebabkan budget, tak masuk pun.. Killing Field ni harus korang pergi.. entrance fee dia usd2 kot kalau tak silap aku.. Kat tempat ni, mesti korang terfikir, sekejam mana manusia boleh jadi.. lebih kejam dari binatang.. Kejam2 binatang pun, itu nature diaorg untuk hidup.. tapi manusia?
Besarkan Teddy dia.. Nak 1!!
 Okiess.. That's all rasanya.. For those yang next trip g cambodia.. Selamat berjalan!! aha, cadangan aku.. instead korang g phnom penh, why not korang pergi Vietnam.. Bagi aku, Phonm Penh tak ada ape sgt.. mungkin lebih baik dari siem reap then msk vietnam.. Dari phnom penh ke Ho Chi Minh city usd21 kalau tak silap aku.. so maybe from Siem Reap much more cheaper or around that price..

Continue Reading...

Followers

Busuk!