Wednesday, 10 February 2016

Cerita baju nikah

Share it Please




Afternoon everbodehhhh... kemain omputih kan.. Assalammualaikumm.. heee... 
Erghh... aku rasa setiap awalan entry aku mesti gini kan.. homakkkk ehhh lamonyoo la tak hupdate blog.. ahaha.. terus jadi oghang nogori sembilan colup.. maafkan loghat den.. den tak do darah nogori.. den pure Perak tapi tak regheti cakap Perak.. nak suh aku cakap banjar tahu am sikit-sikit.. hehehe.. Intro mak mesti nak drama melankolia kannn.. kikikiki..

Ok actually hari ni aku nak cerita tentang/mengenai/pasal/ baju nikah.. Ya Allah, hanya Allah jelah yang tahu betapa aku pening memikirkan baju nikah ni.. apa yang pening sangat tu? duhhh.. benda yang sama aku pening masa nak buat baju tunang.. nak warna apalah, nak design macam manalah, nak pakai kain apalah.. dan apalah apalah apalah lagiii.. *hakak peninggg

Walaubagaimanapun.. diketika ini, disaat ini, baju nikah aku tengah didalam process pembikinan oleh my fav tailor forever ever kak Yan!! kak Yan ni aku memang suka la jahitan dia.. baju raya aku confirm antar sini.. Alhamdulillah aku puas hati dengan jahitan.. haa jgn tak tahu baju raya aku dah siap hokey.. bulan 1 hari tu hantar dalam masa nak bincang baju nikah aku.. bulan 1 tu jugak nak antar kain baju nikah tup tup dah siap baju raya aku.. pantas kak Yan! I loikeee... 

Ok berbalik kisah baju nikah.. nak cerita baju nikah je pun dah 3 perenggan ahahaha.. miann.. symptom kemaruk menaip diblog mungkin.. ok dah.. jom seriusss *buat muka serius

Untuk bride-to-be macam aku ni.. confirm dah banyak buat reaserchkan bout other people experiences on baju nikah ni.. so as for me.. what I'm telling and sharing with you right now, is what I've expernced during my hunting for my baju nikah.. Actually nak buat baju nikah ni senang je.. senang for those yang dah tahu apa yang diaorang nak, but susah for those yang tak tau apa yang diaorang nak.. so untuk aku, yang second tu.. -.-''.. for those yang tak leh decide lagi baju nikah tu nak macam mana, I feel you baby.. been there, done that... since aku dah rasa semua tu, so dikesempatan ini.. aku nak cerita and berkongsi sikit mengenai pengalaman aku selama serabut memikirkan baju nikah tersebut..

1) warna baju

Perkara first sekali yang korang nak kena fikirkan sebelum beli kain or baju nikah ni.. warna apa yang korang nak... untuk aku.. huhh.. segala warna la aku nak..ahahaha.. at first, aku cakap kat fahmy nak warna putih.. ok fine la acah-acah nak nampak suci kan dihari nikah nanti.. plus kalau kena design and detailing manik.. baju nikah uollss bukan sahaja nampak suci, malah elegant, kerluss dan seangkatan dengannya.. contohnya seperti dibawah uolss. 
Ihsan instagram: hakak suke sangat manik tu.. *nanges bucu katil

designer emma_wf.. korang boleh cek ig, design dia pun banyak chanss chanss tauu
ini antara first idea aku untuk baju nikah.. chanss sangat kan.. wuwuwuwu
Ni antara baju yang dah siap la untuk colour putih... dan seperti sedia maklum.. baju nikah bukan colour putih sahaja.. macam-macam colour dah orang buat.. So jenuh la jugak nak fikir colour apa.. 

Antara chiffon beaded yang aku sempat usha.. tak tau la apesal berkenan sangat beaded pesen gini -.-''
Nampak tak kain yang colour belancan tu? aku cakap kat fahmy nak buat baju nikah colour macam tu pulak selepas putih tersingkir.. sebab tengok cantik sangat beaded dia kan.. banyak kali fahmy tanya betul ke nak colour ni.. dan aku dengan confident cakap nakkkk tanpa perlu mengubah fikiran lagi dan akhirnya.. Fahmy pilih colour biru.. cehhhhhh... so at the end, aku dan fahmy decide colour biru.. ok colour dah set.. skang masuk jenis kain pulak..

2) Kain baju nikah/ design baju nikah 

Ok part ni aku gabungkan antara kain pilihan dan design pilihan sebab, 2-2 related.. once korang dah dapat design pilihan, korang kena cari kain based on design yang korang nak kan.. Al-kisah kain and design ni.. aku memula tak kisah and tak fikir pun budget untuk baju nikah ni.. sebab acah-acah pengalaman nak berjimat and budget untuk baju tunang hari tu.. sudahnya stress sepanjang hari pertunangan.. so kiranya aku tak nak la pisang berbuah 2 kali, acah-acah tak kisah pun budgetnya janji cantik dan aku puas hati.. pada mulanyaaa.... hunting utk kain aku bahagikan kepada 2 fasa.. 

Fasa first hunting for chiffon beaded.. sebab at first aku nak buat baju kurung moden je pakai chiffon beaded.. mudah dan selamatkan.. confirm-confirm cantik.. untuk cari chiffon beaded ni, aku terjah banyak kedai.. antaranya, Jakel opkoss.. Gulatis and Euro Mudo.. sedara mara je diaorang ni pun.. so kain chiffon beaded yang aku tunjuk kat atas tu aku tgk kat Gulatis.. lepas tu aku ada jugak masuk macam Maya (tak banyak pilihan).. basically, aku memang dok ulang alik masuk Jakel and Gulatis untuk tengok kain jenis ni.. 
Antara kain yang aku try kat Euro Moda
Ini pendapat aku je eh.. sepanjang aku mencari kain untuk baju nikah ni.. korang memang kena betul-betul decide design baju and material baju yang korang nak.. sebab perkara-perkara ni mempengaruhi budget korang.. contohnya la eh.. aku start hunting for baju nikah ni december 2015.. time semua la buat sales jualan akhir tahun la, harga junam junam la bagai.. tapi korang jangan terpedaya dengan semua ni.. tau-tau bulan depannya ada sales lagi.. dan harga kat Gulatis tu rasanya sepanjang masa je pun sales jugak.. so bagi yang tak sabar and risau tak sales macam aku la contohnya.. sakit otak and tak menyabar nak beli jugak sebab takut nanti harga mahal.. dan nasib baik aku tak beli sebab kemudiannya aku ubah design aku.. lagi satu.. jangan terlalu terpengaruh dengan sales dekat Jakel.. kadang-kadang ada je dekat tempat lain yang lebih murah dengan kualiti kain yang sama.. so kena rajin pergi tengok and survey.. but for chiffon beaded.. Gulatis, Euro Moda dan Jakel adalah tempatnya.. range harga biasa dalam rm600-700 untuk package pengatin.. kebiasaannya kain adalah termasuk:

4 meter chiffon beaded
4 meter kain satin 
4 meter kain untuk baju melayu

ataupun 2 meter chiffon beaded
4 meter kain satin
4 meter kain baju melayu

It's depend la promotionnya macam mana but normaly akan include yang aku listkan tu.. harga range Rm600-700 depends la beaded dia macam mana.. dan harga boleh lagi tinggi dari tu.. kalau kat Jakel hari tu aku ada nampak jugak yang package around Rm300-400, sama jugak item dia.. bezanya quality kain and beading dia.. so, pilih lah dengan bijak ye.. ha lagi satu.. untuk tempahan baju nikah bagi kain chiffon beaded ni.. normally tailor akan ambil harga dari Rm300-450.. depend la tapi kebiasaanya harge within that range.. aku ada tanya kak Yan dia ambil berapa kalau nak buat baju nikah chiffon beaded.. dia cakap dia ambil rm250.00.. which aku rasa murah la kan.. 

Fasa kedua hunting baju nikah adalah apabila aku dah decide design baju nikah and kain yang aku nak guna.. baju nikah aku design sendiri lepas tetiba aku diberi ilham.. tak tau lah macam mana boleh dapat ilham nak buat design gitu.. so lepas aku bincang dengan Fahmy and dia kata ok.. aku pun pergi jumpa kak Yan and mintak pendapat dia mengenai design baju nikah aku.. dah bincang-bincang and buat detailing sikit, kitorang bincang jenis kain yang nak beli, dan berapa meter. Dan bermulalah misi membeli kain untuk baju nikah aku..

Good thing about something yang korang dah decide and nekad, korang akan focus untuk benda tu.. since aku ni jenis yang tak tetap pendirian, perkara macam ni sangat membantu.. aku, mak, mak ngah and along turun KL untuk cari kain.. since just nak pakai kain chiffon, lace and lining je.. kami just masuk Kamdar, Nagoya and Gio Fabrics untuk cari kain yang aku nak.. ok nak cari kain chiffon colour biru yang berkenan dihati tersangatlah payah..

Antara warna biru idaman hati.. yang tengah tu cantik kan.. sobbss 
Puas keluar masuk kedai, finally aku jumpa jugak colour biru yang aku nakkk sangattt.. 
nampak excited muka hakak?? ahaha

Aku jumpa warna ni terus tak nampak warna lain dah.. memang yang ni jelah aku usung ke hulur ke hilir ahaha.. Aku beli kain chiffon ni kat Gio Fabrics.. harga kain chiffon ni Rm8.00/m and since aku ada member card, harga jadi Rm5.00/m.. maigaddddd!! murah ke tak awakkk?? murah sangat hokeyh.. aku ambil 7 meter untuk baju and veil sekali.. lepas tu untuk lining, kak Yan suruh cari kain cotton je.. untuk kain cotton aku beli kat sini jugak dengan harga rm2.80/m.. kain cotton aku ambil 4 meter.. settle baju nikah aku, aku cari kan kain untuk baju nikah Fahmy pulak.. untuk Fahmy, aku jumpa kain yang senada colournya untuk matchkan dengan kain baju nikah aku kat Nagoya..

Aku tak tau la apa jenis kain ni tapi mak ngah aku cakap sesuai untuk buat baju nikah sebab dia tak shining sangat and tak panas.. aku beli dengan harga Rm48.60 untuk 5 meter. Settle baju nikah, start hunting untuk lace pulak.. untuk lace aku beli dekat Osman.. aku ada jugak tengok kat Gulatis and Euro Moda.. tapi xda yang berkenan.. kenapa tak tengok kat Jakel? jauh sangat nak menapak so abaikan.. kebetulan masa aku pergi Osman terus jumpa yang berkenan.. kat Osman ada banyak pilihan lace.. ada lace 3D.. chantekkkk awakkkk.. tapi harga dia pun chanss jugak hokeyh.. 1k per meter.. jadah mendeeeee.... tengok je la yang mampu ahahaha..

Ok ini antara lace yang aku matchkan dengan kain aku.. teka aku pilih yang mana? jeng..jeng..jeng..
Untuk lace ni aku bayar lebih sikit.. tapi takpe sebab within budget.. at least tak lah total semua harga sampai Rm600 macam chiffon beaded tu.. untuk lace ni aku dapat dengan harga Rm130.50 per meter.. dia nak jugak letak 50 sen tu.. cetttt... aku beli semeter je.. cukup untuk patch kat baju and veil nanti.. owh lupa.. aku pun dah beli siap-siap tudung nikah.. kain chiffon jugak dengan harga Rm10.00.. so settle dah preparation untuk baju nikah aku.. eh lupa.. manikk.. tak lengkap baju nikah hakak without manik uolss.. manik aku beli kat kedai manik kat Pertama.. aku lupa la nama kedai dia tapi dia kt tingkat 2 tak silap.. atas BSN? sorry lupaa.. untuk manik ni cousin aku akan jahitkan.. so aku belikan manik je kat dia.. 

Acah-acah nak design gitu la.. teka aku beli manik dalam 4 jenis tak silap.. teka berapa harga.. Rn97.50 oiii.. hukhuk.. hakak redhaaa.. ni plan nak tambah manik lagi.. adoiii.. tapi takpa.. nak cantik punya pasal.. kikikiki..

Ok dah settle cerita baju nikah aku.. kalau di totalkan budget aku untuk beli baju nikah, semua sekali Rm325.60.. yup Rm325.60 jeee.. aku ada terfikir.. konon-kononnya la kan kalau upah beading untuk baju ni around Rm300.00.. manalah tau kan sebab aku nak baju aku heavy beading termasuk dengan veil sekali.. serupa macam aku beli chiffon beaded yang harga dalam Rm400.00 per meter tu.. sama dengan jekan kalau upah jahit beading.. tapi bila aku fikirkan balik.. bila tempah baju yang siap beading, you have to add up another Rm300-400.. tapi upah baju nikah aku pun kak Yan kata around Rm250-300.. ok aku harap cousin aku tak charge mahal untuk beading ahahaha.. kesimpulannya lebih kurang je.. tak pa.. nanti aku update balik bila baju dah siap ok.. tak zabarrrnyaaa.. tapi at the same time I'm so nervous.. kemain design sendiri ntah apa jadi.. hukhuk..

Aku tak tau la entry aku ni informative ke tak... rasa macam nak bagi tips tapi lepas tu meleret ahaha.. hopefully dapat la membantu B2B kat luar sana.. tu pun kalau mampu melayan entry aku yang meleret nih.. terima kasih awak sudi baca panjang-panjang.. muahhh cikeddd...

Untuk awak-awak yang masih runsing cari baju nikah.. bertabah lah awakk.. and I wish good luck untuk awak-awak jugak.. selamat berjuang baby.. muahhh

till next entry yaa.. 

Followers

Busuk!