Sunday, 21 February 2016

The Fast Foward 4 Second Menggedik with Boomerang Apps

Tajuk dia kan.. ahaha.. aku dok la tengok iklan Nuffnang ni promote blogger yang post bout Fast Foward tips ni kan.. actually i'm not really into it pun sebab I dont know what it's for.. but.. they do gives you good tips for daily routines and everything.. baca la post diaorang kalau rajin k.. 

Untuk aku punya.. memang saja nak menggedik because lately apps Boomerang ni ramai pakai kat Instagram.. ala ni kira tengah viral la ni sama la macam dubmash dulu kan.. lepas tu Vivavideo tu pulak.. 

Apps Boomerang ni yang bestnya it's just 4 second video and it just repeat your movement.. Best ke bunyi gitu ahahaha.. ontahh.. orang zaman sekarang.. macam-macam.. 

Ini contoh vidoe for apps Boomerang ni.. 


video

Macam takda motif je kan?? bia laa.. hakak kan nak menggedik...jangan kecam hakakkkk.. ahahaha

Ok dah.. tu je entry hari ni.. nanti dah tak busy sikit aku nak update entry wedding bff aku kat Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor.. first time pergi wedding kat Johor and tengok sendiri adat Tol-tol nih..

Till next enty ya..

Assalammualaikum...

Continue Reading...

Wednesday, 17 February 2016

TUTORIAL: Cara letak CommentLuv di blog anda





Lagi tutorial uolss.. gigihkan.. kali ni aku belajar benda baru lagi.. how to install CommentLuv plugin in your blog.. kenapa aku gigih nak install CommentLuv ni? untuk pengetahuan korang, aku ni walaupun dah 8 tahun dah ada blog ni.. aku tak pernah berblogging bersungguh-sungguh.. ada one time tu je aku gigih tapi lepas tu.. haremmmmm.. then tetiba gigih balik bila aku dah start travel..sebabnya aku nak sharekan experience aku dengan korang semua plus aku nak jugak la mengabadikan pengalaman aku so that bila bila rindu aku boleh baca balik dan tadi.. tiba-tiba rindu nak pergi Boracay.. sobss.. macam nak pergi lagi je.. macam nak pergi lagi je.. Klik sini kalau nak baca trip aku ke boracay tu yep.. Ok dah jauh merepek.. apa yang aku nak bagitau korang sebenarnya, aku sangat lah zero dalam ilmu berblogging ni.. yang aku tau update post and share je apa yang aku nak share.. and it is what blog for right pun kan.. tapi dalam masa yang sama aku nak la jugak menjana pendapatan dari berblogging ni.. the only way yang aku tahu hanyalah dengan menginstall Nuffnang kakakaka.. but dengan istalling Nuffnang ni je pun not enough ok.. korang kena rajin naikkan traffic ke blog korang lah.. aku ada baca SEO jugak.. sumpah aku bukannya paham semua ni ahaha.. so aku decide, berblog dengan gumbira tanpa stress memikirkan macam mana nak naikkan traffic ke blog aku.. Niat aku just, provide information yang orang kat luar sana nak.. dan aku.. sangat enjoy menulis.. jangan tak tau aku pernah berniat nak jadi novelist.. kah!! thesis pun satu page seminggu pun belum tentu siap.. cita-cita kauu.. cettt!! ok dah.. panjang membebel..

Ok sebelum aku mulakan dengan tutorial, sebenarnya aku search kot-kot ada plugin kat blog yang boleh bagitau ada comment kat post kita without bukak email ke apa.. ada ke? demand ko kan.. ahaha.. al-kisahnya template aku yang baru install ni tak leh nampak comment dari luar.. kena bukak post baru leh nampak.. aku nak cek email memang tak la.. macam la ramai sangat yang komen ahaha.. dapat sorang komen satu post dah teruja okeh.. terima kasih la awok komen post kita.. ok dah meleret lagi.. nampak kan aku suka menulis.. nampak kan.. kan.. kan... 

Ok kali ni betul.. jom start..

Kepada yang tak tahu CommetLuv tu apa, aku la tu tapi sekarang aku dah tahu.. so aku nak share dengan korang.. CommentLuv ni memberi fungsi yang membolehkan korang letak backlink pada comment korang.. Dengan kaedah blogwalking and meninggalkan backlink ni, korang boleh menguatkan lagi status ranking korang di carian google.. contoh backlink yang aku maksudkan macam ni..


yang macam dalam kotak merah tu.. so, kalau ada orang berminat tengok tajuk post korang, orang tu akan click and direct ke post korang.. senangkan? mungkin ini la yang dimaksudkan boleh menaikkan status ranking korang dicarian google.. kalau salah, yang pakar mohon betulkan ye.. 

So how nak install CommentLuv ni?

1 STEP: Pergi ke website intensedebate.com

https://intensedebate.com/ - Klik sini untuk ke websitenya.. 

Tekan sign up for register yer..

2 STEP: Register with details

Masukkan the required information
3 STEP: Install IntenseDebate




Korang Klik install intensedebate tu ok.. lepas tuuuu..

4 STEP: masukkan link blog korang

5 STEP: Choose your platform

Untuk Display IntenseDebate comment on: it is recommended to select All new posts.


6 STEP: Backup template blog korang

Pergi dekat blog korang, masuk template and backup korang punya template..



7 STEP: Backup template blog 

pergi dekat file yang korang simpan template tadi, then upload..

settel upload, tekan button 'upload file and continue'

8 STEP: Copy template code yang baru

after tekan button 'upload file and continue' tu.. you will redirect to the below given screen.. just copy the template code given in the box ok..


9 STEP: Paste template code yang baru di blog template 

Pergi dekat template blog korang, then paste template code yang korang copy tadi.. then save template k..


10 STEP: Activate CommentLuv

Last step.. pergi kat website intensedebate > plugin> CommentLuv.. click activate kat CommentLuv.. dah settle.. jangan lupa save setting kat setting ye..


Macam ni la rupanya dekat post comment korang nanti..
Actuallykan.. aku tak pasti samada kat post orang lain, bila nak comment tu pasti akan ada macam ni.. maksud aku.. what if blogger lain tak install commetLuv ni? adakah korang tulis comment macam biasa? or it's only applicable for those yang install commentLuv ni jugak? Ok yang tu korang cari jawapan sendiri.. dah dapat share ngan hakak hokeyh..

till next entry uolss..
Continue Reading...

Tuesday, 16 February 2016

TUTORIAL : Hilangkan Menu bar pada template sedia ada





Ok kali ni aku nak share dengan korang satu perkara yang aku belajar sendiri hari ni.. cara-cara untuk hilangkan Menu bar pada template sedia ada.. paham tak maksud dia kat sini? Ok actually aku baru je tukar template untuk blog aku.. dan template tu ada Menu bar macam kat bawah ni..


Nice je kan.. but the problem is, aku tak guna pun Menu bar tersebut.. at first aku nak biarkan je.. tapi rasa macam semak la pulak sebab tak da function pada blog aku.. Nak buang aku tak pandai so aku google la kot-kot ada tutorial macam mana nak buang kan.. cari punya cari aku tak jumpa.. tapi takpe, aku tak putus asa.. aku decide nak godek-godek sendiri coding kat dalam template dan akhirnya..... aku berjayaaaa!!! Terasa pakar IT tetiba ahahaha..

Ok jom aku tunjukkan..

Memula korang kena pergi kat template html



Korang masuk situ and then cari <ul id='menu'>. kalau tak boleh guna Ctrl F, korang scroll je sampai jumpa k.. dia macam kat bawah ni..


Nampak dok?? kalau dah jumpa yang tu, korang delete je then save.. SIAP!! kalau nak tengok hasilnya jadi ke tak, view blog korang..

Beginilah hasilnya.. hilang dahh.. lega mata hakak memandangnya.. 

Ok dah settle.. selamat mencuba korang..

Till next entry..

Continue Reading...

TUTORIAL : Cara nak tukar template blog anda





Ini first tutorial aku.. dah lama sebenarnya aku nak buat label for tutorial walaupun dah ramai pun dah yang buatkan.. tapi tak pe.. aku banyak masa terluang hari ni (kemainn.. kerja hakak belambak awokk.. sobbss) and dalam masa yang sama nak jugak share ilmu seciput ni kan..

So.. lets begin..



For beginner, aku suggest korang backup korang punya current template dulu.. incase korang tak berkenan template yang korang baru download tu, korang boleh install balik template lama..

First.. pergi kate blog template and click Backup/Restore macam gambar kat bawah ni.. dekat sini juga la nanti korang akan upload korang punya template ok..



Second.. of course korang kena cari template pilihan hati kan.. download and save ok.. after that, extract file kat tempat yang korang simpan macam ni..


Next.. pergi dekat Backup/Restore balik and pilih location kat mana document yang korang extract tadi..



Pilih xlm.document tau untuk di upload
Nampak tak banyak file yang aku download.. gigihkan nak tukar template.. tapi kesudahannya -.-''
ok kita teruskan.. bila korang dah upload, korang view lah blog korang untuk lihat hasilnya.. senang je kan? simple sangat.. tapi yang susahnya part nak cari template yang free tu.. but don't worry awokk.. aku sharekan website yang provide free template untuk korang download.. ada certain yang korang kena bayor.. yang kena bayor tu tak yah la pilih.. pilih yang free jee.. tapi kalau korang rasa mampu nak bayor.. silakan..

Antara website yang hakak jumpa.. cikedutt bebehh..

FRESHDESIGNWEB

DEVELOPERSFEED

CSSAUTHOR

SMASHINGAPPS

Tadikan aku gigih nak tukar template kan.. sudahnya aku install balik template lama kikiki.. sebabnya, hakak tak gigih nak edit balik layout lah, arrangement gadjet lah.. so siapa yang bercita-cita nak tukar template tu, pastikan anda mempunyai masa lapang and kesabaran yang tinggi ok..
Selamat mengedit awokk..

till next entry...

Continue Reading...

Monday, 15 February 2016

Dulang girl @ bridesmaid





Warning: Too much picture.. harap awok sabar gambar loading yepp.. 

Aku tengah berfikir ni.. colour apa yang match dengan dusty blue as my nikah attire nanti colour dusty blue.. owh yeahh... tak da mukadimah langsung kan.. hekk.. FYI, aku tengah memikirkan colour for my lovely dulang girls a.k.a bridesmaid di hari nikah aku nanti.. aku ada la jugak google and and usha kat instagram.. banyak je awok and kebanyakkan nya pilih warna yang soft contohnya light blue, light pink, light yellow, dusty pink, purple and so on la.. kat sini aku selitkan pics yang aku dah survey for korang punya info or mungkin boleh dapat idea jugak kan..

Pic credit to google, instagram and blogger (banyak sangat sampai aku pun dah lupa ambil kat mana.. kalau awok ternampak gambar awok, kita pinjam gambar awok yerrr.. muchas graciass :)))

Nak link cepat, korang leh cek 10 warna baju bridesmaid dekat SINI


Continue Reading...

Saturday, 13 February 2016

Bagpacking Trip to Koh Lipea, Thailand





Seperti yang dijanjikan.. hari ni aku nak update trip aku ke Koh Lipea or Lipea Island, yang terletak di Satun, Thailand. Trip ni aku totalkan dalam baht sebabnya currency time aku pergi ni tinggi kemain.. so price will be differ at the time korang pergi.. If currency kita dah ok masa korang pergi.. Alhamdulillah.. masa aku pergi ni, USD 1 = Rm4.30-Rm4.40.. baht masa ni rasanay 100 baht = Rm8.00 -.-..

Untuk penginapan, kitorang booking siap-siap.. Thanks Pat sebab uruskan booking hotel and boat trasfer dari Hat Yai ke Koh Lipea.

Trip: 4D3N
Zanom Sunrise Beach Resort = 1350 B/ 3 night
Van-Boat Transfer Hat Yai - Koh Lipea = 1700 B/ return
Pak Bara Pier Entrance Fee = 20B

Pakbara Pier Entrance Fee
Speed Boat.. kalau tak tau la kekekeke
Perjalanan dari Hat Yai ke Pak Bara Pier akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam, manakala dari Pak Bara Pier ke Koh Lipea akan mengambil masa dalam 1 jam lebih tak silap.

Nantikan masa korang dah sampai ke Koh Lipea, dia tak ada jeti sebab boat tak boleh lalu kawasan dia cetek. So dari pier yang kecik tu korang kena naik long tail boat untuk bawa korang ke darat.


Hakak tunggu bagpack hakak loading 




Sesampai je kat Lipea aku macam biasa la.. kompom excited tengok laut nang biru tu kan.. since macam dah lama gila tak jalan ke laut.. excited terlebih kikiki.. Actuallykan.. orang dok kata yang Lipea ni Maldives in Thailand.. well.. wellllllllll.... no komen kakakaka..




sebenarnya entry ni dah lama dah terperuk dalam draft sampai aku dah lupa dah nak update apa.. so aku update ringkas-ringka je apa yang aku ingat okey.. and of course, aku belanja gambar sekali.. hehehe..



Suasana bilik
Gambar kat atas tunjuk bilik yang kitorang dapat.. clean and nice.. cuma masalah dia, bila malam-malam banyak sangat nyamuk.. aku rasa memang patutlah sebab kawasan Lepea ni diaorang tak develop betul-betul lagi and sangat banyak longkang and sampah.. kebetulan masa kitorang sampai hari tu adalah musim hujan.. memang teruk la jugak keadaan.. sekarang aku tak tau la macam mana kat sana..

Sampai-sampai terus makan.. ni luar bilik.. layan kan..
lepas makan aku sempat jalan-jalan dulu menyusuri sisir pantai.. aku belanja gambar je k..

View depant resort


sepanjang persisiran Lepea




Bagi aku view kat Lepea memang cantik kalau nk comparekan dengan Phi phi island sebab Lepea memang laut dia sangat jernih.. air dia pun hijau kebiruan.. walaupun x nampak sangat dalam gambar ni.. aku pakai iphone je snap.. aku rasa kalau datang musim panas, mmg lagi naik warna air dia.. kalau korang nak pergi sini.. kena pergi around nov sampai mei kot.. air cantik and tourist memang ramai laa..

Not much activity yang kitorang buat.. malam tu pergi survey untuk snorkeling.. kalau nak diving, price around 1200-1200 bhat tak silap aku.. tapi kitorang tak amek sebab musim tengkujuh and vis tak cantik.. so kitorang decide untuk pergi snorkeling je.. ambil package island hoping 500 bhat perperson..
suasana malam di walking street

kat Lepea ni pun ada walking street.. since pergi bukan hot season, so memang tak ramai orang pun.. macam-macam ada kat sini.. korang nak cari souviner, nak makan seafood, nak massage dan segala ah.. kat sini jugak la korang nak cari package island hoping and diving.. lagi satu, kalau korang nak cari transport balik ke Malaysia kat sini pun boleh.. masa aku dulu siap-siap booking sebab takut tak ada.. tapi dont worry.. ada ok..


antara seafood yang ada
For your info 



For your info 



ok dah tak tau nk update apa sebab yang penting-penting aku dah tulis.. makan kat sini korang jangan risau sebab ada banyak kedai halal.. ada satu kedai tu memang boleh cakap melayu la.. siap loghat utara lagi.. and jangan terkejut kalau kadang-kadang korang terdengar diaorang borak dalam bahasa kita.. sebabnya Lepea ni dekat sangat dengan langkawi.. korang boleh pergi datang sini naik bot dari langkawi lagi..

belanja gambar syok sendiri.. mohon jangan muntah kekekeke

Penemuan tergempar: ikan duyung berekor kunin ahahahaha






Air terjun ni memang sejukkkk gila.. korang wajib try ok!!
Ok dah... lega akhirnya habis jugak entry ni.. total budget tak banyak around rm400 kot.. since tak banyak sangat activity yang boleh di buat kat sini.. tempat ni sesuai untuk santai je.. aku ngan bear pergi asyik kerja melepet kat bilik tido je.. dah macam pasangan honeymoon.. orang honeymoon pun berjalan sakan tahu..

till next entry...


Continue Reading...

Thursday, 11 February 2016

Idea dulang hantaran





Just nak update ringkas bout idea untuk dulang hantaran.. been thinking bout this for awhile.. tengah nak fikir colour apa untuk tema hantaran.. yang ada dalam kepala ni baby blue and purple.. cam manakah rupa?? and yeah concept.. nak buat concept modern yang sangat popular kat Singapore.. ringkas but very nice and modern.. nak buat sendiri pun senang sebab tak renyah and using very minimal material.. aku sharekan dengan korang k..

white theme.. suci sangatkan..
Continue Reading...

Wednesday, 10 February 2016

Cerita baju nikah





Afternoon everbodehhhh... kemain omputih kan.. Assalammualaikumm.. heee... 
Erghh... aku rasa setiap awalan entry aku mesti gini kan.. homakkkk ehhh lamonyoo la tak hupdate blog.. ahaha.. terus jadi oghang nogori sembilan colup.. maafkan loghat den.. den tak do darah nogori.. den pure Perak tapi tak regheti cakap Perak.. nak suh aku cakap banjar tahu am sikit-sikit.. hehehe.. Intro mak mesti nak drama melankolia kannn.. kikikiki..

Ok actually hari ni aku nak cerita tentang/mengenai/pasal/ baju nikah.. Ya Allah, hanya Allah jelah yang tahu betapa aku pening memikirkan baju nikah ni.. apa yang pening sangat tu? duhhh.. benda yang sama aku pening masa nak buat baju tunang.. nak warna apalah, nak design macam manalah, nak pakai kain apalah.. dan apalah apalah apalah lagiii.. *hakak peninggg

Walaubagaimanapun.. diketika ini, disaat ini, baju nikah aku tengah didalam process pembikinan oleh my fav tailor forever ever kak Yan!! kak Yan ni aku memang suka la jahitan dia.. baju raya aku confirm antar sini.. Alhamdulillah aku puas hati dengan jahitan.. haa jgn tak tahu baju raya aku dah siap hokey.. bulan 1 hari tu hantar dalam masa nak bincang baju nikah aku.. bulan 1 tu jugak nak antar kain baju nikah tup tup dah siap baju raya aku.. pantas kak Yan! I loikeee... 

Ok berbalik kisah baju nikah.. nak cerita baju nikah je pun dah 3 perenggan ahahaha.. miann.. symptom kemaruk menaip diblog mungkin.. ok dah.. jom seriusss *buat muka serius

Untuk bride-to-be macam aku ni.. confirm dah banyak buat reaserchkan bout other people experiences on baju nikah ni.. so as for me.. what I'm telling and sharing with you right now, is what I've expernced during my hunting for my baju nikah.. Actually nak buat baju nikah ni senang je.. senang for those yang dah tahu apa yang diaorang nak, but susah for those yang tak tau apa yang diaorang nak.. so untuk aku, yang second tu.. -.-''.. for those yang tak leh decide lagi baju nikah tu nak macam mana, I feel you baby.. been there, done that... since aku dah rasa semua tu, so dikesempatan ini.. aku nak cerita and berkongsi sikit mengenai pengalaman aku selama serabut memikirkan baju nikah tersebut..

1) warna baju

Perkara first sekali yang korang nak kena fikirkan sebelum beli kain or baju nikah ni.. warna apa yang korang nak... untuk aku.. huhh.. segala warna la aku nak..ahahaha.. at first, aku cakap kat fahmy nak warna putih.. ok fine la acah-acah nak nampak suci kan dihari nikah nanti.. plus kalau kena design and detailing manik.. baju nikah uollss bukan sahaja nampak suci, malah elegant, kerluss dan seangkatan dengannya.. contohnya seperti dibawah uolss. 
Ihsan instagram: hakak suke sangat manik tu.. *nanges bucu katil

Continue Reading...

Followers

Busuk!