Tuesday 28 May 2013

Balik Kampung!!

Share it Please
Dah 2 minggu aku kat KL.. ingat nak balik mggu ni, tapi tak dapat jugak sebab nak g majlis tunang Sha minggu ni.. so, teruskan cuti saya!! stresss.. Cuti pun stress.. apakah? ye la.. dah nama cuti, so aku meng'apply'kan maksud cuti itu dengan bersungguh-sungguh.. satu kerja pun tak buat.. :(.. Abaikan jerlah perasaan stress tu.. kalau tak buat apa pun tak da makna jugakkan.. So hari ni nak cerita.. Aku baru balik dari kampung!! Yeayyyy!!!

Bila ntah kali last aku balik kg ntah.. raya? entah.. tak ingat sudah.. cerita dia, hari khamis hari tu, aku balik kampung aku kat Bagan Serai, Perak. Jauh nun hujung Perak. 4 jam jugak la dalam keretapi.. Kampung aku banyak bendang. Gambar kat bawah ni view dari belakang umah moyang aku. Sangat suka sebab masa aku balik musim panas jugak kat sana.. hari sangat terang.. 

Bawah ni gambar tumbun kelapa? entah aku pun tak tau apa nama dia.. selalu ada kalau cari kat dalam kelapa tua yang dah nak bercambah daun dia tu.. ala tau kan ape yang aku maksudkan kan.. benda ni masa aku kecik-kecik dulu suke makan.. sekarang susah nak jumpa especially yang dok bandar nih.. memang tak la.. unless kalau ada mesin pengukur kelapa.. rasa dia? ada masin-masin air kelapa.. lembut dan rangup.. sedappppp...
Tumbun Kelapa
Petang-petang aktiviti aku kat sana, tengok Pak Da aku gi menjala.. jeles okey tengok cousin aku berenang dalam tali air nih.. Ni la tali air yang menyalurkan air ke dalam petak-petak bendang area rumah nenek aku.. kalau lepas musim menuai, dalam tau.. orang kata ada terlepas buaya sekor...??!!! sah bukan kat sini la.. kat tali air besar nun.. dekat dengan sungai.. orang kampung kata mmg ada.. scarryyy..

Jajang.. hasil jalaan.. banyak ikan belida, puyau and adalah sesat ikan sepat sekor..last minute dapat sekor ikan lampam.. tak ramai yang pandai makan ikan sungai.. even Pak Da aku yang tukang jala ni pun ha tak makan.. Apa yang aku paling suke ialah telur ikan sungai.. sedapppp... Alhamdulillah cita-cita aku nak makan telur ikan sungai tercapai sebab dpt ikan yang ada telur dia.. weeeeeee :) Me happy :))
 
Nak ceritakan serba sedikit pasal kampung aku.. well.. i'm a banjarian.. nak ccerita pasal bajar ni pun aku tak reti sangat mana asal usulnya.. mohon google lah kalau nak tahu.. saya malas.. tehee.. aku nak cerita satu perkara unik yang aku selalu sangat perati bila orang datang melawat.. macam hari tu ada orang datang berseruan kat rumah moyang aku.. berseruan ni maksud dia, nak datang panggil ke kenduri.. ini dialog orang tu dengan moyang aku..

Mak cik A: Assalammualaikum..
Moyang: Siapa? (memandangkan penglihatan moyang aku ni dah tak berapa jelas)
Mak cik A: Aku.. bini bidin menantu said (contoh)
Moyang: Aaa.. napa nyak.. (Kenapa?)
Mak cik A: Aku datang handak bersaruan.. aruh rumah B (Datang nak menjemput, ada kenduri kat rumah B)

Haa.. lebih kurang mcm tulah bunyi perbualannye.. yang menarik minat aku, cara orang tu perkenalkan diri.. 'bini bidin menantu said'.. apesal tak sebut jer nama sendiri.. minah ke, peah ke, kan?? tapi ginilah cara orang kat kampung aku perkenalkan diri.. kalau nak lagi panjang mcm ni.. 'aku minah, bini bidin menantu said anaknya leman'.. haaa.. agaknye kalau ingat nama sepuluh generasi, sepuluh2 disebut kot.. ahaha.. 


Last sunset 
Lepas ni entah bile ntah nak balik kampung lagi.. raya ni pun belum tentu balik lagi huhu.. Tapi pape pun.. saya sayang kampung saya :))

Assalammualaikum..

1 comment:

  1. cantiknya kg awak.kg kita xde sawah padi pun..yg ada kelapa sawit je..huhu jeleznya..kita panggil tumbuh klapa bukan tumbun klapa.sedap nak2 tumbuh yg kecik2..dulu atok tokey klapa selalula dpt makan tumbuh klapa.skrg bsness dah x jalan,klapa pun dah xde.keenakan tumbuh klapa tinggal kenangan je..huhu..

    ReplyDelete

Followers

Busuk!