Macam yang aku cakap semalam kan nak cite pasal rumpai laut ni.. cerita dia hari ahad hari tu, aku g umah along kat cheras.. Along baru balik dari Sabah.. memang banyak la stock rumpai laut ni dia bawak balik.. dia kata ke aku yang rumpai laut hijau ni paling bagus diantara semua rumpai laut.. aku ni mana lah tau sangat kan ada yang kata colour purple la, ada yang gred AAA la.. gred AAAA la.. pape jer lah..
Aku dengar banyak la jugak yang kata bagus makan untuk kecantikkan ni.. aku ni pantang la sangat dengar product untuk kecantikkan, pasti nak mencuba ahahaha..well.. -_-''.. so nak dijadikan cerita, aku beli lah satu packet rumpai laut hijau dan tadi dengan jayanya aku berjaya memasak beliau..
Aku ikut resepi kawan aku.. kata dia:
1) Amek 2 urat rumpai laut. Basuh dan rendam semalaman. Rajin-rajin la tukar air dia ye.. aku tukar air dia sekali sebelum tidur. Pastu pagi tadi aku tukar air dia lagi.. Motifnya untuk hilangkan masin air laut, kotoran dan juga hanyir rumpai laut tersebut.
2) Bila dah rendam semalaman n dok tukar air je, rumpai laut tu jadi macam dalam gambar kat bawah ni.. putih.. hilang terus hijau dia..
3) Renehkan dengan air masak. Aku google resepi orang, 100g kena guna 2.5L air.. tapi aku tak tau la aku nya tu berapa gram kan. So aku guna 2 L sahaja sebab bila 2.5L aku guna dia jadi cair.. maka ikut suka aku je aku menukar kuantiti air tersebut
4) Reneh kan selama 20-30 minit ye sampai rumpai laut tu hancur. Sila kacau sentiasa katanya tapi tak la aku kacau sentiasa pun.. at the end jadi la macam gambar kat bawah ni..
Cara Pengambilan (sumber: mylovely-fieda.blogspot.com)
- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.
- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.
-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.
-Makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)
Done cerita rumpai laut aku.. tak taulah sejauh mana benda ni berkesan kan.. semoga berjaya la kat aku nak makan benda ni sebab bunyi dengar macam ramai yang tak sanggup nak makan -_-''.. aku akan try update hasil dia after a month okey.. kalau aku ingat la.. hehe..
Assalammualaikum :)
tak pernah cuba lagi..nak tgk hasilnya nanti..kalau awk brjaya boleh la cuba..hehe..
ReplyDeletebaik.. nanti saya update hasilnye hehehe
ReplyDeletecik adik, ni Along dr cheras... knp buang yg hampas tu? itulah yg plg byk khasiat tau...
ReplyDeleteerkk.. yg tu kena buat ape long? leh makan ke? wuwuwuwu
Deletemakanlh yang oiii!!! itu plg byk khasiatnya...
ReplyDelete