Rajin benar aku update blog hari ni kan.. bertemankan mak aku yang tolong suapkan ayam goreng dan rancangan cina kat tv8 ni, aku mengupdate review pasal Teduhan Kasih ni. Cerita ni sekarang tengah ditayangkan kat tv3. Setiap isnin hingga khamis and semalam baru episode 2. Aku ni kan kalau tak emosi tengok cerita tak sah kan.. sakit jiwa okey tengok perempuan tak pandai gaya gitu.. well.. mungkin la kan sebab kita tak ada ditempat orang tu, so kita boleh kata gitu kan.. tapi.. tapi.. tapi.. okey dah stress.. ahahaha.. abaikan aku yang mudah emosi tak tentu pasal ni.. jom ulas sikit pasal drama ni..
Ok, first, drama ni diadaptasikan dari novel Teduhan Kasih hasil nurkilan Marissa.. aku pun belum baca novel ni.. hari tu buat perabih voucher tak tercari lak novel ni sebab tak tau lak pasal cerita ni. Tapi semalam tengok cerita dia kat tv tetibe aku nak beli and baca novel dia..
Gambar atas ni barisan pelakon untuk drama ni.. yang aku paling kenal pun Adi Putra and Nabila Huda.. Sherry ngan Shah Iskandar tu aku kurang mengenali la tapi rasa mcm pernah nampak berlakon mana-manakan.. almaklumla dunia lakonan kita sekarang ni ramai pelakon baru.. mak kenal Aaron Aziz jer okeyh.. gituuu... ahaha..
Aku tengok Sherry ni macam lembab sikit lakonanya.. Kalau Nabila Huda ni, tau-tau la kan kalau dia bawak watak jahat.. jahat sungguh!! Adi Putra? ermmm... dia ni orang mana eh? Singapore ke Malaysia.. Ensem ke dia ni? Erk.. off topic.. miana-mida.. hehe.. Shah Iskandar bagi aku watak dia sungguh looser dalam cite ni.. baru kena goda sikit jer pun.. Aku paling pantang bila seorang lelaki mengata bini dia bila suka kat perempuan lain.. pastu laki yang suka kata ex-girl ke or lelaki yang bila ditolak perasaan cinta dia.. pendek kata dikecewakan la.. Aku da kawan gini.. masa buat luahan perasaan dia punya hampa kena reject kat aku tu, rasa nak hempuk jer.. hello... itu orang yg kau sayang or pernah sayang.. Kalau kau kata yang buruk-buruk tentang dia, maknanya kau tak sayang dia dengan ikhlas pun.. sayang tu bukan lahir dari hati kau. Even ada marah and rasa tak boleh nak memaafkan.. bagi aku, tak gamak aku nak kata seseorang yang aku pernah sayang.. kot ye pun perempuan nak kata.. kata tu pun sebab nak luahkan perasaan jer.. tapi kalau lelaki yang mengata.. homakaih.. lagi pedas dari perempuan okeyh.. okk.. lagi sekali off topic.. mintak maaf.. kan dah kata saya seorang yang emosi -_-''
Ceritanya aku macam nak follow cerita ni tapi.. uwaaa.. umah sewa den, tv nan hado.. nak tengok kat tonton? dengan bantuan berukband den tu ha.. line bergayut yolah nama dia huhu..
Nanti aku nak try cari novel dia.. mahu!!
Malam ni sambungan cerita "Sebenarnya saya isteri dia".. heeee.. suka Tiz Zaqyah berlakon.. can't wait.. can't wait.. :))
Assalammualaikum
manjanya makan mak suap,ni jelez nie..cite nie jrg dpt tgk..ade sekali je tgk minggu lpz.geram dgn watak ayu yg rmpas hsbnd kwn bek sendiri
ReplyDelete