Friday 17 May 2013

Sia-sia amalan jika....

Share it Please
Assalammualaikum.. salam Jumaat..

Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit info yang aku baca dalam majalah Solusi.. sejak kebelakangan ni aku layan majalah ni jer.. best, good info and cara penyampaian penulis kena dengan jiwa aku.. haa.. gitu.. kemainnn.. hee..

So, apa yang aku sibuk nak share tu? ni ha... Sia-sia amalan jikaaaa......

1) Hasad

"Beringatlah kamu daripada hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu". (Riwayat Abu Daud).

Hasad ialah perasaan tidak selesa melihat orang lain mengecap sesuatu nikmat, dan mengharapkan nikmat itu lenyap daripadanya. 

Alangkah ruginya solat yang dilakukan sehari-hari. Pahala hilang kerana berasa iri hati melihat jiran berkereta baru!

2) Menghina Saudara Seiman

"Cukuplah seseorang itu melakukan kekejian dengan menhina saudara Muslimnya!" (Riwayat Muslim)

Ia bermula dengan satu sikap, iaitu mudah memandang hina orang lain. Lalu diterjemahkan dengan perkataan dan perbuatan yang menghina saudaranya.

Namun sekadar perasaan akibatnya sudah cukup dasyat.

3) Takbur

Permulaannya sikap mudah memandang hina orang lain. Kemudian terbentuk satu lagi sikap keji iaitu takbur. 

Takbur ialah perasaan diri lebih baik, mulia sedangkan orang lain hina dan rendah kedudukan daripadanya. Cukuplah dengan sekelumit takbur dihati, tertutuplah pintu syurga untuk kita. 

seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: " Seorang lelaki yang suka bajunya cantik dan kemas, sandalnya baik. Bagaimana denganya?"

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Maha Cantik, dan suka akan kecantikan. Takbur itu menyanggah kebenaran (Kerana ego) dan menghina orang lain!" (Riwayat Muslim)

Rasulullah mengingatkan hal ini degan mengisahkan: " Ada seorang lelaki berkata: 'Demi Allah, Allah tidak akan mengampunakn si fulan!' (dia memandang hina saudaranya si fulan kerana sentiasa dalam maksiat)

lalu Allah swt berkata: 'Siapakah yang berhak memutuskan ke atas-Ku untuk tidak mengampunkan si fulan? ssesungguhnya Aku telah ampunkan si fulan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!'" (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud : " Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"

4) Bergaduh sesama muslim

"Dibukakan pintu syurga serta hari isnin dan khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang (daripada mereka) yang saling bertelingkah.

Maka, diseru : "Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik." (Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah-mudahan diredai Allah dan amalan kita tidak sia-sia.

Sumber: Majalah Solusi




Followers

Busuk!