Saturday 18 May 2013

Sungai Chiling Waterfall

Share it Please
Sebelum aku menidurkan diri aku dengan lebih awal sebab esok ada marathon pulak, aku nak update apa aktiviti aku hari ni.. aktivitinya adalah.. ber'Chiling' kita.. Mungkin ramai yang tau pasal sungai Chiling ni and mungkin ada jugak yang tak tahu.. untuk aku, aku tahu bila kawan-kawan hiking aku ajak ber'chiling' tapi aku tak dapat pergi time tu.. atas sebab ape ntah.. so masa tu aku dah tau nama 'Chiling' ni tapi masih belum tahu apa sebenarnya yang ada pada Chiling.. kemain kan ayat-ayat diatas.. -_-'' cerita dia nak cerita pasal aku baru tau Chiling ni the best waterfall kat Selangor ni.. seyes bestttt.. betulll.. tak bohong.. the best waterfall i've ever been.. actually, my first waterfall pun yang kena redah masuk hutan and rentas anak sungai ni.. selama ni parking kereta, menapak 10 minit.. tadaaaa.. dah sampai waterfall korang.. kannn... 

Panjang pulak cerita dia kan.. ok.. ok.. for those yang tak tau Sungai Chiling ni kat mana, ianya terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.. Betul-betul lepas Selangor Dam.. about 500m la from that Dam. Kalau nak coordinate dia, I tak da.. aku tukang masukkan dalam GPS sham jer.. Tak banyak yang aku nak komen sebab, it will be much more better if you experience it by yourself.. seriously.. worth it.. Jom layan gambar..


View Bukit Kutu from Selangor Dam (Aku rasa la..)

Map nak menuju ke Chiling Waterfall

Nampak berapa banyak sungai nak kena redah? enam ok.. tapi kalau nak g upper waterfall, jangan redah stream No 6, pastu ambil kanan.. kena hiking sikit sebab dah nama upper pun kan.. dia berada ditingkat lebih atas.. dinasihati jangan la naik kalau musim hujan sebab arus sangat la deras. Hari ni aku naik walaupun hari terang, tapi aku rasa arus dia agak kuat jugak la.. so hati-hati kay..


Middle Waterfall
Cantik sangatttt...
Tiga gambar kat atas ni gambar middle waterfall.. Serious cantik sangat.. kalau tengok kat gambar tak feel sangat kan.. cuba tengok dengan mata kepala sendiri.. aku sangat kagum dengan keindahan ciptaan Allah.. bila g sini terlintas kat fikiran, banyak sebenarnya tempat yang cantik and menarik kat Malaysia ni, kita je yang tak tau kan..  

Upper Waterfall
 Sini level yang paling tinggi.. nampak macam dekat dengan waterfall tu kan, tapi jauh.. aku tak berani gi jauh lagi sebab dalam.. mak tak pandai berenang.. harap maklum T T..









Cer tengok.. banyak kan ikan... banyak okeyh.. banyakkkk... ikan kelah kata mereka.. first time aku berendam dikelilingi ikan-ikan.. rasa nak menjala pun ada.. ahahaha.. tapi you cannot okey sebab tempat ni dibawah jagaan Jabatan Perikanan.. aku cakap la kat Sham.. ala kalau amek sekor pun tak luak kan.. ahaha.. tak pasal-pasal kena marah -_-''.. cettt.. kedekut.. hehe.. 

Okey.. itu jer kot.. dah nak beradu sudah.. esok kena bangun pepagi g marathon pulak.. kalau tak pergi sah ada yang jerit kat telinga aku karang... sobb.. sobb.. Selamat malam korang :))


Assalammualaikum..

Followers

Busuk!