Tuesday, 28 May 2013

Balik Kampung!!

Dah 2 minggu aku kat KL.. ingat nak balik mggu ni, tapi tak dapat jugak sebab nak g majlis tunang Sha minggu ni.. so, teruskan cuti saya!! stresss.. Cuti pun stress.. apakah? ye la.. dah nama cuti, so aku meng'apply'kan maksud cuti itu dengan bersungguh-sungguh.. satu kerja pun tak buat.. :(.. Abaikan jerlah perasaan stress tu.. kalau tak buat apa pun tak da makna jugakkan.. So hari ni nak cerita.. Aku baru balik dari kampung!! Yeayyyy!!!

Bila ntah kali last aku balik kg ntah.. raya? entah.. tak ingat sudah.. cerita dia, hari khamis hari tu, aku balik kampung aku kat Bagan Serai, Perak. Jauh nun hujung Perak. 4 jam jugak la dalam keretapi.. Kampung aku banyak bendang. Gambar kat bawah ni view dari belakang umah moyang aku. Sangat suka sebab masa aku balik musim panas jugak kat sana.. hari sangat terang.. 

Bawah ni gambar tumbun kelapa? entah aku pun tak tau apa nama dia.. selalu ada kalau cari kat dalam kelapa tua yang dah nak bercambah daun dia tu.. ala tau kan ape yang aku maksudkan kan.. benda ni masa aku kecik-kecik dulu suke makan.. sekarang susah nak jumpa especially yang dok bandar nih.. memang tak la.. unless kalau ada mesin pengukur kelapa.. rasa dia? ada masin-masin air kelapa.. lembut dan rangup.. sedappppp...
Tumbun Kelapa
Petang-petang aktiviti aku kat sana, tengok Pak Da aku gi menjala.. jeles okey tengok cousin aku berenang dalam tali air nih.. Ni la tali air yang menyalurkan air ke dalam petak-petak bendang area rumah nenek aku.. kalau lepas musim menuai, dalam tau.. orang kata ada terlepas buaya sekor...??!!! sah bukan kat sini la.. kat tali air besar nun.. dekat dengan sungai.. orang kampung kata mmg ada.. scarryyy..

Jajang.. hasil jalaan.. banyak ikan belida, puyau and adalah sesat ikan sepat sekor..last minute dapat sekor ikan lampam.. tak ramai yang pandai makan ikan sungai.. even Pak Da aku yang tukang jala ni pun ha tak makan.. Apa yang aku paling suke ialah telur ikan sungai.. sedapppp... Alhamdulillah cita-cita aku nak makan telur ikan sungai tercapai sebab dpt ikan yang ada telur dia.. weeeeeee :) Me happy :))
 
Nak ceritakan serba sedikit pasal kampung aku.. well.. i'm a banjarian.. nak ccerita pasal bajar ni pun aku tak reti sangat mana asal usulnya.. mohon google lah kalau nak tahu.. saya malas.. tehee.. aku nak cerita satu perkara unik yang aku selalu sangat perati bila orang datang melawat.. macam hari tu ada orang datang berseruan kat rumah moyang aku.. berseruan ni maksud dia, nak datang panggil ke kenduri.. ini dialog orang tu dengan moyang aku..

Mak cik A: Assalammualaikum..
Moyang: Siapa? (memandangkan penglihatan moyang aku ni dah tak berapa jelas)
Mak cik A: Aku.. bini bidin menantu said (contoh)
Moyang: Aaa.. napa nyak.. (Kenapa?)
Mak cik A: Aku datang handak bersaruan.. aruh rumah B (Datang nak menjemput, ada kenduri kat rumah B)

Haa.. lebih kurang mcm tulah bunyi perbualannye.. yang menarik minat aku, cara orang tu perkenalkan diri.. 'bini bidin menantu said'.. apesal tak sebut jer nama sendiri.. minah ke, peah ke, kan?? tapi ginilah cara orang kat kampung aku perkenalkan diri.. kalau nak lagi panjang mcm ni.. 'aku minah, bini bidin menantu said anaknya leman'.. haaa.. agaknye kalau ingat nama sepuluh generasi, sepuluh2 disebut kot.. ahaha.. 


Last sunset 
Lepas ni entah bile ntah nak balik kampung lagi.. raya ni pun belum tentu balik lagi huhu.. Tapi pape pun.. saya sayang kampung saya :))

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Monday, 20 May 2013

Milo Breakfast Movement!!

Akhirnya.. hari ditunggu-tunggu telah tiba.. my first marathon.. katanye.. Tapi sebenarnyaaaa.... hehe.. jap lagi cerita.. Jom tengok gambar..


Sebelum memulakan perlarian, kita minum dulu.... sedappp.. apesal milo kat lori sedap tapi aku buat tak sedap pun.. manis dia sedap and lain macam.. ada tips tak nak bancuh air milo macam ni ke? ada? ada? ada?



Nombor giliran saya :)

Medal pinjam.. :D
Medal pinjam??? apakah? kenapakah?? huhuhu.. ni aku nak citer.. sebenarnya aku tak sempat nak join pun marathon ni.. Tengah-tengah jalan nak ke arah tempat berkumpul, tetiba ada orang suh kitorang jalan tepi and orang tu report first runner dah sampai.. aku dengan bear dah blur.. first runner? eh dah start ke?? lepas tu makin ramai yang berlari kat belakang kitorang.. aku dengan bear saling berpandangan.. pastu memasing gelak.. marathon sangat kan.. actually larian dah start pukul 7.. kitorang sampai kul 730.. sedang elok la orang dah abes berlari.. nak marathon apa kah?? ahahaha.. 


Jejak kasih.. terjumpa kawan adik aku.. 
Faizal Ismail
1st Place
Mamat ni dapat 1st place dengan rekod 29 minit 44 saat.. hebatkan.... hebattt.. aku 100 meter pun leh amek 15 minit kot huhu... tahniah kamu..

Cerita dia, pas penat menghabiskan masa kat pesta MILO tu, kitorang g cari pokok sebatang yg famous masuk dalam lagenda budak setan tu kan.. Alang-alang dah ada kat UPM kan.. so misi bermula dan berjaya.. 











Sekian update aku untuk marathon yg tak berapa nak marathon sgt tu.. Ada hati lagi ni  nak join marathon ni.. for next marathon kat UiTM.. kali ni nekad ok nekad.. ahaha.. we'll see :)

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Saturday, 18 May 2013

Sungai Chiling Waterfall

Sebelum aku menidurkan diri aku dengan lebih awal sebab esok ada marathon pulak, aku nak update apa aktiviti aku hari ni.. aktivitinya adalah.. ber'Chiling' kita.. Mungkin ramai yang tau pasal sungai Chiling ni and mungkin ada jugak yang tak tahu.. untuk aku, aku tahu bila kawan-kawan hiking aku ajak ber'chiling' tapi aku tak dapat pergi time tu.. atas sebab ape ntah.. so masa tu aku dah tau nama 'Chiling' ni tapi masih belum tahu apa sebenarnya yang ada pada Chiling.. kemain kan ayat-ayat diatas.. -_-'' cerita dia nak cerita pasal aku baru tau Chiling ni the best waterfall kat Selangor ni.. seyes bestttt.. betulll.. tak bohong.. the best waterfall i've ever been.. actually, my first waterfall pun yang kena redah masuk hutan and rentas anak sungai ni.. selama ni parking kereta, menapak 10 minit.. tadaaaa.. dah sampai waterfall korang.. kannn... 

Panjang pulak cerita dia kan.. ok.. ok.. for those yang tak tau Sungai Chiling ni kat mana, ianya terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.. Betul-betul lepas Selangor Dam.. about 500m la from that Dam. Kalau nak coordinate dia, I tak da.. aku tukang masukkan dalam GPS sham jer.. Tak banyak yang aku nak komen sebab, it will be much more better if you experience it by yourself.. seriously.. worth it.. Jom layan gambar..


View Bukit Kutu from Selangor Dam (Aku rasa la..)

Map nak menuju ke Chiling Waterfall

Nampak berapa banyak sungai nak kena redah? enam ok.. tapi kalau nak g upper waterfall, jangan redah stream No 6, pastu ambil kanan.. kena hiking sikit sebab dah nama upper pun kan.. dia berada ditingkat lebih atas.. dinasihati jangan la naik kalau musim hujan sebab arus sangat la deras. Hari ni aku naik walaupun hari terang, tapi aku rasa arus dia agak kuat jugak la.. so hati-hati kay..


Middle Waterfall
Cantik sangatttt...
Tiga gambar kat atas ni gambar middle waterfall.. Serious cantik sangat.. kalau tengok kat gambar tak feel sangat kan.. cuba tengok dengan mata kepala sendiri.. aku sangat kagum dengan keindahan ciptaan Allah.. bila g sini terlintas kat fikiran, banyak sebenarnya tempat yang cantik and menarik kat Malaysia ni, kita je yang tak tau kan..  

Upper Waterfall
 Sini level yang paling tinggi.. nampak macam dekat dengan waterfall tu kan, tapi jauh.. aku tak berani gi jauh lagi sebab dalam.. mak tak pandai berenang.. harap maklum T T..









Cer tengok.. banyak kan ikan... banyak okeyh.. banyakkkk... ikan kelah kata mereka.. first time aku berendam dikelilingi ikan-ikan.. rasa nak menjala pun ada.. ahahaha.. tapi you cannot okey sebab tempat ni dibawah jagaan Jabatan Perikanan.. aku cakap la kat Sham.. ala kalau amek sekor pun tak luak kan.. ahaha.. tak pasal-pasal kena marah -_-''.. cettt.. kedekut.. hehe.. 

Okey.. itu jer kot.. dah nak beradu sudah.. esok kena bangun pepagi g marathon pulak.. kalau tak pergi sah ada yang jerit kat telinga aku karang... sobb.. sobb.. Selamat malam korang :))


Assalammualaikum..
Continue Reading...

Friday, 17 May 2013

Review Drama Teduhan Kasih

Rajin benar aku update blog hari ni kan.. bertemankan mak aku yang tolong suapkan ayam goreng dan rancangan cina kat tv8 ni, aku mengupdate review pasal Teduhan Kasih ni. Cerita ni sekarang tengah ditayangkan kat tv3. Setiap isnin hingga khamis and semalam baru episode 2. Aku ni kan kalau tak emosi tengok cerita tak sah kan.. sakit jiwa okey tengok perempuan tak pandai gaya gitu.. well.. mungkin la kan sebab kita tak ada ditempat orang tu, so kita boleh kata gitu kan.. tapi.. tapi.. tapi.. okey dah stress.. ahahaha.. abaikan aku yang mudah emosi tak tentu pasal ni.. jom ulas sikit pasal drama ni..

Ok, first, drama ni diadaptasikan dari novel Teduhan Kasih hasil nurkilan Marissa.. aku pun belum baca novel ni.. hari tu buat perabih voucher tak tercari lak novel ni sebab tak tau lak pasal cerita ni. Tapi semalam tengok cerita dia kat tv tetibe aku nak beli and baca novel dia..






Gambar atas ni barisan pelakon untuk drama ni.. yang aku paling kenal pun Adi Putra and Nabila Huda.. Sherry ngan Shah Iskandar tu aku kurang mengenali la tapi rasa mcm pernah nampak berlakon mana-manakan.. almaklumla dunia lakonan kita sekarang ni ramai pelakon baru.. mak kenal Aaron Aziz jer okeyh.. gituuu... ahaha..

Aku tengok Sherry ni macam lembab sikit lakonanya.. Kalau Nabila Huda ni, tau-tau la kan kalau dia bawak watak jahat.. jahat sungguh!! Adi Putra? ermmm... dia ni orang mana eh? Singapore ke Malaysia.. Ensem ke dia ni? Erk.. off topic.. miana-mida.. hehe.. Shah Iskandar bagi aku watak dia sungguh looser dalam cite ni.. baru kena goda sikit jer pun.. Aku paling pantang bila seorang lelaki mengata bini dia bila suka kat perempuan lain.. pastu laki yang suka kata ex-girl ke or lelaki yang bila ditolak perasaan cinta dia.. pendek kata dikecewakan la.. Aku da kawan gini.. masa buat luahan perasaan dia punya hampa kena reject kat aku tu, rasa nak hempuk jer.. hello... itu orang yg kau sayang or pernah sayang.. Kalau kau kata yang buruk-buruk tentang dia, maknanya kau tak sayang dia dengan ikhlas pun.. sayang tu bukan lahir dari hati kau. Even ada marah and rasa tak boleh nak memaafkan.. bagi aku, tak gamak aku nak kata seseorang yang aku pernah sayang.. kot ye pun perempuan nak kata.. kata tu pun sebab nak luahkan perasaan jer.. tapi kalau lelaki yang mengata.. homakaih.. lagi pedas dari perempuan okeyh.. okk.. lagi sekali off topic.. mintak maaf.. kan dah kata saya seorang yang emosi -_-''

Ceritanya aku macam nak follow cerita ni tapi.. uwaaa.. umah sewa den, tv nan hado.. nak tengok kat tonton? dengan bantuan berukband den tu ha.. line bergayut yolah nama dia huhu..

Nanti aku nak try cari novel dia.. mahu!!

Malam ni sambungan cerita "Sebenarnya saya isteri dia".. heeee.. suka Tiz Zaqyah berlakon.. can't wait.. can't wait.. :))

Assalammualaikum


Continue Reading...

Sia-sia amalan jika....

Assalammualaikum.. salam Jumaat..

Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit info yang aku baca dalam majalah Solusi.. sejak kebelakangan ni aku layan majalah ni jer.. best, good info and cara penyampaian penulis kena dengan jiwa aku.. haa.. gitu.. kemainnn.. hee..

So, apa yang aku sibuk nak share tu? ni ha... Sia-sia amalan jikaaaa......

1) Hasad

"Beringatlah kamu daripada hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu". (Riwayat Abu Daud).

Hasad ialah perasaan tidak selesa melihat orang lain mengecap sesuatu nikmat, dan mengharapkan nikmat itu lenyap daripadanya. 

Alangkah ruginya solat yang dilakukan sehari-hari. Pahala hilang kerana berasa iri hati melihat jiran berkereta baru!

2) Menghina Saudara Seiman

"Cukuplah seseorang itu melakukan kekejian dengan menhina saudara Muslimnya!" (Riwayat Muslim)

Ia bermula dengan satu sikap, iaitu mudah memandang hina orang lain. Lalu diterjemahkan dengan perkataan dan perbuatan yang menghina saudaranya.

Namun sekadar perasaan akibatnya sudah cukup dasyat.

3) Takbur

Permulaannya sikap mudah memandang hina orang lain. Kemudian terbentuk satu lagi sikap keji iaitu takbur. 

Takbur ialah perasaan diri lebih baik, mulia sedangkan orang lain hina dan rendah kedudukan daripadanya. Cukuplah dengan sekelumit takbur dihati, tertutuplah pintu syurga untuk kita. 

seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: " Seorang lelaki yang suka bajunya cantik dan kemas, sandalnya baik. Bagaimana denganya?"

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Maha Cantik, dan suka akan kecantikan. Takbur itu menyanggah kebenaran (Kerana ego) dan menghina orang lain!" (Riwayat Muslim)

Rasulullah mengingatkan hal ini degan mengisahkan: " Ada seorang lelaki berkata: 'Demi Allah, Allah tidak akan mengampunakn si fulan!' (dia memandang hina saudaranya si fulan kerana sentiasa dalam maksiat)

lalu Allah swt berkata: 'Siapakah yang berhak memutuskan ke atas-Ku untuk tidak mengampunkan si fulan? ssesungguhnya Aku telah ampunkan si fulan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!'" (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud : " Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"

4) Bergaduh sesama muslim

"Dibukakan pintu syurga serta hari isnin dan khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang (daripada mereka) yang saling bertelingkah.

Maka, diseru : "Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik." (Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah-mudahan diredai Allah dan amalan kita tidak sia-sia.

Sumber: Majalah Solusi




Continue Reading...

Wednesday, 15 May 2013

Kalaulah Syurga Dapat Dilihat

Allah Yang Maha Mengetahui bertanya kepada Malaikat-Nya
"Apakah yang diucapkan oleh para hamba-Ku?"
Malaikat menjawab: "Mereka sedang bertasbih, bertakbir, bertahmid dan memuja-Mu"
"Adakah mereka melihat-Ku?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihat-Mu"
"Bagaimana seandainya mereka melihat-Ku?"
"Seandainya mereka melihat-Mu, pasti mereka akan lebih beribadah, memuji dan bertasbih kepada-Mu"
"Apakah yang mereka pohonkan kepada-Ku?"
"Mereka memohon kepada syurga-Mu"
"Adakah mereka melihatnya?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihatnya"
"Bagaimana seandainya mereka melihatnya?"
"Seandainya mereka melihatnya, pasti mereka akan lebih mengehendaki, meminta-minta dan mengimpikannya"

(Riwayat al-Bukhari)

Sources: Majalah Solusi
Continue Reading...

Tuesday, 14 May 2013

BFF Day Out + Iron Man 3

Sebelum aku nak g mandi and mengadap review paper, aku nak buat entry ni kejap.. dah lama benar nak update tapi tak jugak update.. heee.. cerita 2 minggu lepas pun masa aku keluar dengan bear and paan.. khaliq tinggal.. sape suh buat hal kan.. blerghhh...

Hari jumaat hari tu, kitorang hangout setelah agak berbulan jugak lak tak hangout together2.. yelah, sorang kat penang, sorang kat johor, sorang lagi kat KL.. memasing tunggu masa yang sesuai and semua ada kat KL baru leh hangout together2.. tu pun perancangan awal nak kuar hari sabtu aku tak leh.. tetibe bear ajak hari jumaat.. so jumaat aku on... nak2 paan nak amek kat umah kan.. ape lagi.. ibarat menghantar driver ke rumah, me pun setuju la hehehe..

Activitinye, g tengok wayang Iron man 3 kat wayang Bukit Raja, Klang.. kemain jauh dia -_-''
Tapi tak pe, since dah lama giler tak turun shah alam kan, so takda masalah.. Cerita yang kitorang tengok lak Iron Man 3.. serius best giler.. tak sia-sia aku g tengok kat wayang.. sumpah rasa nak satu suit dia tu.. wuwuwuwu.. mana mau dapat? 




Bear dengan tumbler dia.. kemain..
Done tengok wayang, g supper kat Pak Li.. siapa ex student uitm shah alam, sure tau tempat ni.. tempat lepak katanye.. tapi aku kurang.. cendol kat sini superb!!!



Done tengok wayang, g karok kat Hotel Quality.. memang port karok aku masa dulu-dulu.. hehehe..

Okey done!! Dah datang mood aku nak buat review paper..

Assalammualaikum :)

Continue Reading...

Cara Memasak Rumpai Laut Hijau

Macam yang aku cakap semalam kan nak cite pasal rumpai laut ni.. cerita dia hari ahad hari tu, aku g umah along kat cheras.. Along baru balik dari Sabah.. memang banyak la stock rumpai laut ni dia bawak balik.. dia kata ke aku yang rumpai laut hijau ni paling bagus diantara semua rumpai laut.. aku ni mana lah tau sangat kan ada yang kata colour purple la, ada yang gred AAA la.. gred AAAA la.. pape jer lah.. 

Aku dengar banyak la jugak yang kata bagus makan untuk kecantikkan ni.. aku ni pantang la sangat dengar product untuk kecantikkan, pasti nak mencuba ahahaha..well.. -_-''.. so nak dijadikan cerita, aku beli lah satu packet rumpai laut hijau dan tadi dengan jayanya aku berjaya memasak beliau..

Aku ikut resepi kawan aku.. kata dia:

1) Amek 2 urat rumpai laut. Basuh dan rendam semalaman. Rajin-rajin la tukar air dia ye.. aku tukar air dia sekali sebelum tidur. Pastu pagi tadi aku tukar air dia lagi.. Motifnya untuk hilangkan masin air laut, kotoran dan juga hanyir rumpai laut tersebut.


2) Bila dah rendam semalaman n dok tukar air je, rumpai laut tu jadi macam dalam gambar kat bawah ni.. putih.. hilang terus hijau dia.. 


3) Renehkan dengan air masak. Aku google resepi orang, 100g kena guna 2.5L air.. tapi aku tak tau la aku nya tu berapa gram kan. So aku guna 2 L sahaja sebab bila 2.5L aku guna dia jadi cair.. maka ikut suka aku je aku menukar kuantiti air tersebut


4) Reneh kan selama 20-30 minit ye sampai rumpai laut tu hancur. Sila kacau sentiasa katanya tapi tak la aku kacau sentiasa pun.. at the end jadi la macam gambar kat bawah ni..


5) Dah settle reneh sampai 20-30 minit.. ambik penapis dan tapis.. kita nak air dia ye tuan puan.. macam gambar kat bawah ni.. dalam container tu air rumpai laut dan dalam mangkuk tu hampas rumpai laut.. yang hampas tu ndak mahu bah..



6) Jajang.. settle sudah.. 2 urat rumpai laut, aku leh dapat 2 bekas.. oklah kan.. ada yang jual 1 bekas container taufu fa tu rm20.. tapi aku beli kat Along satu packet rumpai laut = 1 kg, RM20 jer.. untung laaa... haaa.. lupa lak.. lepas tu simpan dalam peti sejuk yep.. nanti dia jadi macam jelly or agar-agar..



Cara Pengambilan (sumber: mylovely-fieda.blogspot.com)


- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan. 

-Makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)

Done cerita rumpai laut aku.. tak taulah sejauh mana benda ni berkesan kan.. semoga berjaya la kat aku nak makan benda ni sebab bunyi dengar macam ramai yang tak sanggup nak makan -_-''.. aku akan try update hasil dia after a month okey.. kalau aku ingat la.. hehe..

Assalammualaikum :)


Continue Reading...

Monday, 13 May 2013

Repeat Gunung Datuk, Rembau

Apa activity korang hujung minggu ni? untuk aku.. sekali lagi aku gi panjat Gunung Datuk ket Rembau dengan cita-cita nak tengok sunrise.. cita-cita jer lah kan sebab cita-cita tersebut tak tercapai huhu.. Sebabnye tak tercapai? sebab hujan and cuaca sangat la berkabus.. cer tengok gambar.. berkabus sangat sampai tak nampak apa-apa view pun.. me so saddd T T.. tapi tak yah nak sad sangat la kan sebab kalau tak berkabus pun tak dapat tengok pun.. naik pun kul 7 pagi nak sunrise ape? wuwuwuwu.. semangat den beli torch light tau kunun2 nak start panjat kul 530.. konon je nak panjat kul 530, gerak dari semneyih pun kul 5 sebab first, tunggu member kepada member aku yg lambat sampai + sesat cari umah member aku yang kat semenyih tu.. tapi nasib la jugak kan tak naik kul 530 sebab dengan cuaca berkabus gitu, dengan bantuan torch light pun sure tak nampak jalan.. perancangan Allah swt tu lebih baikkan.. nampak??

Tak ada apa nak cerita sangat sebab ni dah kali ketiga aku pergi.. agaknye sebab dah cukup tiga kali aku naik, for the first time aku kena gigit pacat kat sini -_-''.. tau-tau dah berdarah kaki pastu cik pacat nan hado.. sah dah kembung perut dengan darah aku lalu dia tergolek-golek kegirangan dilantai.. cetttt..  biarlah beliau dengan rezeki beliau.. jom layan gambar diawang-awangan.. hehehe..





Nampakkan berkabus sangat

Orang kata ni bekas tapak kaki Hang Tuah.. orang kata la...



Ahli rombongan
Gambar bawah ni lak masa lunch.. g makan kat medan selera Rembau.. Okey la.. aku ada rasa daging salai masak lemak cili api.. tak tau la orang kedai tu msk tak sedap ke ape kan sbb aku rasa tak sedap.. yang masak lomak siput sedut ni okey la.. belum smpai tahap aku rasa sedap giler.. jenuh ok sedut siput sedut.. aku rasa half of the siput aku tak dapat sedut..  -_-''


Ni jer kot aku nak citer hari ni.. aku ada beli rumpai laut dari sabah kat along.. haa.. yg tu aku update next entry eh.. hehe.. till then.. bye.. bye.. bye..

Assalammualaikum..
Continue Reading...

Followers

Busuk!